Monday, 4 August 2014

SEBUAH HATI YANG TELAH PERGI

Salam,


Menulis kali ini dengan penuh hiba,
Kesedihan tak terpendam menyarang di hati,
Keperitan menjunam menerjah lubuk terdalam,
Kepasrahan dan keredhaan dipangku teratas,

Dijemput Illahi diapit pada anak cucu di sisi,
Suram petang 1 Syawal tetaplah sampainya,
Bila nyawa dipangkal detak,
Menghadap satu saat bersamaan 70 ribu tahun lama,
Kau lepasinya dengan tenang dan senang,
kembali pada Nya...La Ila Ha Illallah,

Pergi mu seorang ibu,
Disegani kegagahan mendidik mengasuh,
Biarpun seorang berteman kepayahan,
Jatuh rebah kau bangkit sendiri,
Setiap titik peluhmu tiadalah galang ganti,

Kau sahabat, kau kekasih, kau penghibur,
Kau juga ibu kau juga nenek,
Kasih sayang mu melimpah ruah,
Menutup melapik kesedihan merundung,
Bangkit kami senyum kerana semangatmu,
Kerana wajah manismu,

Kami payah, kami sunyi,
Tanpa dirimu berteman sepi,
Bait-bait kata mu kami semat,
Baik-baik dalam kelipat yang erat, 
Sebagai peringatan sebagai pedoman,
Tika bila jatuh rebah tak bertongkat,

Cinta mu tulus ikhlas,
Cinta mu tak terbalas,
Nenek, akan kami ingat dalam doa,
Tika tangan diangkat,
Menjabat memohon,
Agar kau sentiasa tenang tersenyum di sana,

InsyaAllah, kami akan menyusul jua..

Al-Fatihah
Allahyarhamah Ragayah binti Shukor
81 tahun
Isnin, 28 Julai 2014