Wednesday, 20 August 2014

Jemputan NNRaya Open House 2014

Salam,
Semalam, aku buka facebook... tengok ada kawan blogger AkuBiomed update pasal jemputan raya Nuffnang dah diedarkan kepada yang terpilih. Aku pun ada join jugak contest tu.. tapi takda pulak email dari Nuffnang.. ermm dalam hati, tak dapat kot. Sentap Mak!



Pastu terdetik nak bukak Promotion (gmail)... scroll ke bawah... banyaknya email.. ehh ada mesej Nuffnang la..


Yeay!!.. Lompat-lompat!.. Sayang Nuffnang.. muah muah muah!!
eii tak sabar nak jumpa blogger-blogger femes!! Yeay!

Aku -"Abang! Sabtu ni kita pergi Rumah Terbuka Nuffnang tau!"
Suami-"Ha? Kat mana?...Awak dapat ke?"
Aku-"Haah saya dapat la!..Lokasi dia dah bagi... Sabtu ni tau!!"
Suami-"ok! eh... abang takda baju la"
Aku-"ehh dia pulak lebih ni"

Siapa yang join lagi.. korang pergi pukul berapa ye?

Ahha..Sekian.