Friday, 8 August 2014

MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG DI WANGSA MAJU KL

Salam,
Keterujaan berkongsi makan tengah hari di Restoran Mak Jah Kuala Sepetang membuak-buak kerana keudangan yang melimpah ruah semasa menjamu selera Mee Udang Sepecial dan Kue Teow  Udang Sepecial. Lokasi adalah di Wangsa Maju, di hujung deretan kedai-kedai berdekatan Wangsa Walk. Erm.. memang puas hati dapat makan sedap harini. Memang tidak mengecewakan dan berpuas hati dengan layanan baik dari mereka. Tisu pun mereka hantar tanpa diminta selepas lihat kami makan agak bersepah dengan kulit-kulit udang di situ.



Buat mereka yang mengidam nak makan mee udang, roger-roger la saya, nanti boleh kita pergi lagi, lagipun tak jauh pun dari lokasi rumah baru kami. Memang akan repeat lagi makan di sini. Keudangan membuak-buak.. erm!! nyam!!

RESTORAN MEE UDANG MAK JAH
NO 22 JALAN WANGSA DELIMA 10
WANGSA MAJU

Ini saya order Kue Teow Udang Sepecial .. selak je kue teow ni... 
bersepah-sepah udang 7 ke 8 ekor besar-besar kat bawah! Dahla kue Teow dia sedap!.. 


Husben aku order Mee Udang Kuala Sepetang Sepecial!
Nom nom.. sedap kau!!

Tea O Limau Ais dan Teh Halia

"Aksi Menyelerakan"

Abang Senyum Manis

Kedai pun selesa

Pengunjung pun teruja!! kiki

Restoran Mee Udang Mak Jah tau!

Pose sikit

ha... ni la saya

sekali lagi

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Baik Punya!

Baik punya SEPECIAL!
opss.. mak jah... SPECIAL la Mak Jah.. kiki

Ok Harga pula

Mee Udang Special = RM 13
ku Teow Special = RM 13

Ok tak??? ok sangat kan!!

Sekian.