Thursday, 28 August 2014

PEREMPUAN BERMUKA STRESS MENGHADAP LAPTOP

Salam,
Minggu ni tak sempat nak update blog lagi. Isnin dan Selasa aku cuti. Isnin tu aku cuti sebab aku kena sakit belakang susah nak duduk nak baring semua la... ah sudah! Ni sebab slip disk tu la... tak boleh jadi, terus ke hospital dan dapat injection. Petang tu, aku gagahkan badan ke tempat mengurut di Manjakaki Ampang Point mencari kak Zana, bidan urut yang aku amat puas hati setakat ni. Tapi malangnya haritu kak Zana cuti pulak, aku call dia, dia rekemen kat aku Kak Mai. Dia kata kak Mai pun bagus.. Memang tip top la Kak Mai tu.. macam kak Zana jugak. Lega sangat sakit belakang ni... huh! Selasa tu pulak aku cuti sebabada appoinment dengan Pakar Ortopedik di Hospital Angkatan Tentera (HAT MIZAN). First time refer sini lepas dapat surat pelepasan dari Pakar Ortopedik Hospital Serdang. 

Tue ha.. sijil cuti sakit warna hijo atas meja aku... tak hanto lagi kat pengurusan..
Meja aku pun bersepah tu... ahhaa pemalas sangat oii!

Masuk kerja Rabu, kelam kabut nak isi borang permohonan tawaran HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)... atau Cuti Bergaji...()*()&*(^%^$...... tah apa nama dia panjang sangat tapi yang aku paham kalau tak dpt HLP aku tick tanda setuju kalau dia offer cuti belajar tanpa Biasiswa.. macamtula lebih kurang.haa.. Paham tak? haha.. Tawaran ini adalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana/ Master. 

First time aku nak mohon ni. Aku sebenarnya dah give up dah sebab rasa tak sempat dah... nak buat paper lagi la... bukan sikit pulak tu.. 1500 patah perkataan...ribu-ribu patah perkataan tu ... Haha.. tapi lakiku suruh cuba jugak... dia kata jangan mengalah sebelum cuba. Yela-yela.. cakap senangla, aku yang duk meraban kehulu kehilir mengusung sijil bagai nak kena potostat la nak kena cop kelulusan la..buat paper lagi la..gilaaaa..

Ni, aku tengah terhegeh-hegeh nak buat Paper, dahla aku takda sumber nak rujuk.. adala satu paper ni, kawan aku punya... Nama dia Lelaki Kunci aka Lukhman. Tq ya.. aku try ambik yang Kerja Kursus je sebab aku rasa otak aku ni macam tak mampu je nak buat Thesis berjela-jela.. haha...

Esok dah nak kena hantar.... nampaknya nak tanak malam ni aku kena jugak siapkan... Aku takdala nak berangan dapat pun.. sebab aku tak membuat persedian dengan baik.. tapi at least aku cuba buat pertama kali kan. Korang doakanla untuk aku ye.. Thanks Korang... nanti esok aku update pasal event Nuffnang tu k. 

Giler stress ni... haha.. 

K... nak sambung kerja..

Tata

Sekian.