Wednesday, 17 September 2014

"ABANG NAK PERGI TEMPAT SEJUK LA" kata suamiku

Salam,
Minggu lalu, sepanjang minggu suami aku asik cakap nak pergi tempat sejuk-sejuk macam Genting ke Cameron ke.. ntah napa tah dia ni.. haritu ada ke ajak naik Genting untuk lepak-lepak sejam dua lepastu balik. Kosa sangatla aku nak naik Genting yang jalannya mak hai berpusing-pusing tu. Halahai!! Aku ni pulak jenis cepat pening dan muntah.

So sempena ada sedikit acara berkumpul adik-beradik belah Mak aku di Ipoh, suami aku terus mencadangkan untuk naik ke Cameron. Haritu aku dah tolak, kalini kasi chance la kat dia sebab jalan ke Cameron tu takla pening sangat macam kat Genting kan.

Yang penting... mak shopping sayur!!! Jom layan gambar-gambar best! Sejuk! bak kata lakiku.

Anak teruna... sikit punya lebor senyum tu

Daddy went to toilet abihtu apa lagi kan selfie la anak beranak.. haha


Masa naik Cameron haritu pukul 5, sampai atas dan pukul 6 lebih. Matahari pun nak pejam dah.
Masa bergambar dengan matahari yang agak suram-suram ni, eiman propa je tak nak bergambar dengan Daddy 

Terkedek-kedek di Ladang Teh.. berdua-duaan anak dan bapak.. hihi

Cameron Valley 
Bharat Tea... lokasi pertama kami berhenti.. kena kejar masa sbb dah nak malam

Lokasi kedua.. Lavender Garden.
Haritu adik ipar aku, Nurul ke Cameron dengan kawan-kawan dia. Dia la bagi tahu ada Lavender Garden ni.. Aku meme tak pernah pergi. So excited la nak masuk kan.. fefeling hindustan skit.. gambar-gambar macam kat obersea skit

Sekali dah tutup ko.. Pukul 6 last masuk. Sedih mak!!! Uwaa....
Tiket msuk tak mahal pun, Dewasa RM 5, Kanak-kanak RM 3

Tak perla.. dapat bergambar kat luar pun jadikla!

Belakang tempat duduk tu kolam air.. memang budak tu berpusing ke belakang je nak terjun kolam tu. 
Dia ingat swimming pool kot kan... Budak ni memang kaki swimming pool.. Suka sangat berendam.
Ni jela gambar yang jadik, yang tiga empat keping yang lain semua bergegar..

Lepas tu, cuaca pun makin gelap, kami singgah di beberapa buah kedai di pesisir jalan untuk membeli-belah sayur dan buah. Yang tu aku takdala tangkap gambar sebab kepala hotak aku pikir shopping je. Punah dompet duit lakiku dikerjakan. Haha kurang-kurang sayur je dah 100 kan. Tah apa yang aku beli tah. Husben aku pulak jenis ok je manjang, janji aku Happy katanya. Wallaweh!!! Bini siapa yang tak suka shopping kan?? Ce angkat tangan... kalau ada duit kan.. menitis-nitis air liur kan, gatal-gatal segala badan mereyan nak shopping...Walaupun... yang ada kat sana sayur, bunga dan buah je kot kan!

Makan malam di Old Town White Coffe di Cameron Square..
Tempat ni macam baru sangat buka, banyak kedai tak operasi lagi. 
Bila kat Cameron ni, aku memilih makanan skit, sebab kalau sembarang kedai, lalat memang bertaburan..
Agaknya sebab faktor penanaman yang mengundang lalat ni..


Siapa yang tak tahu Daddy lukis apa kan..
Semestinya Gajah.
Heran aku, anak aku ni minat sangat dengan Gajah. Dalam banyak-banyak benda Gajah jugak yang dia suka. Kot la nak minat kat Train ke, Cars ke...Transformers ke..ni tak!
Takperlah nak, janji ko happy.. mummy pun happy jugak.

Sup tuk aku dan Eiman dan Chicken Chop Rice tuk husben

Bergambar skit... takda lagi gambar sekeluarga.



Ni kat luar ... ada lampu-lampu yang cantik.Berlari anak aku nak menengok lampu-lampu ni. Kalau korang ada tengok Instagram aku, ada aku letak. Yang last dia sebut BUBLE... tu maksudnya PURPLE. Anak aku ni kenal color Purple dengan Blue je buat masa ni. Sebab dia main belon besday Acu Ira haritu.


Aksi anak teruna.. memanjat bagi kat dia.. juara!!

Lepas perut kenyang.. shopping pun sudah.. kami pun turun pulang ke KL. Masa dalam kereta tu, Baby Eiman sekejap je terus lelap kepenatan. So senang la aku sikit sebab boleh pejam jugak. hihi tido-tido ayam.. sebab bila terasa kereta macam dipecut dengan laju je... mulut aku pun berbunyi "Abang! apa laju sangat ni!!" tapi mata pejam.
Mesti laki aku cakap "Tido ke tak orang tua ni!"
hahaha... Selamat sampai KL jam 12.30 malam dan esoknya aku kerja ye!

Percutian setengah hari ni tak dirancang pun, suami aku cakap jom pergi... aku pun jom jom jom kan je..
Seronok la.. walaupun sekejap je kan. Kegembiraan dia tak terucap bila kita dapat menikmati udara sejuk.
Patutla husben aku nak pergi tempat sejuk... seronok rupanya.

Okla. Lepasni aku update pasal kisah tautan kasih dengan makcik aku yang baru di jejak kasih kan...

Sekian. Stay Tune!