Monday, 15 September 2014

ANAK AKU DAH BOLEH MAIN GELUNGSUR DI TAMAN PERMAINAN

Salam,
Hye, menghadap perkembangan anak sendiri membesar memang amat seronok! Setiap perkara baru yang dia boleh buat memang merupakan kegembiraan yang terlampau buat aku. Selalunya aku akan menjerit dan melompat sambil tepuk-tepuk tangan.. haha.. excited sangat weh!

Suatu petang beberapa minggu lepas, semasa kakak dan mak aku datang ke rumah kami di KL, aku bawak mereka ke Taman Permainan berdekatan. Kakak Pika la yang sangat seronok bermain, memanjat la, menggelungsur la, naik see saw la.. Anak aku... berlari berlari dan berlari ke sana ke mari tanpa arah dan dikejar oleh aku dan suami.. pergh penat wooo! Rasanya banyak kalori terbakar haritu mengejar Eiman.


Ha... berlari ke kiri kanan kiri kanan

Kakak Pika dan 4 tahun dah.. cepat rasanya dia membesar

Daddy dah penat.. tangkap eiman ajak duduk

Ha... menjerit nak turun... dan terus memanjat pulak

Jangan roboh sudah...

DADDY : "B! tunggu kat bawah! abang nak lepaskan eiman ni
Aku : "Abang!! Jangan! Jangan! Jangan! Eiman kecik lagi tak bolehla!! 
DADDY: "B! Cepat sambut abang lepas ni"
Aku :"Abang! No please jangan bahaya!!

dan eiman menggelungsur laju ke bawah....
Cepat-cepat aku sambut dan peluk, aku check kepala tangan kaki semua nak pastikan eiman selamat
Eiman pula...

Ketawa gembira.. menjerit-jerit seronok...

Kemudian.. berlari semula ke arah tangga nak main sekali lagi...

Dan untuk ke 5 ke 6 kalinya... dia bermain gelungsur dengan gembira dan seronok

Membuatkan aku hampir menangis... 
kerana melihat dia sudah boleh bermain gelungsur yang tinggi dan berterowong tu

Benjol dikepala
Semalam berlari laju dan jatuh

Kakak Pika pun main gelungsur

Pika dan Mama

See Saw

Mak dan Kakak... kesayangan saya

Mak : "Ambik gambar mak kat pokok ni.."
Aku :... ekkk..... 

Ini lah budak yang paling gembira sekali

Menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah.. Diantara aku dan suami, banyak perbezaan. Cara aku jaga eiman berbeza dengan suami.. tapi, perbezaan ini membuatkan aku belajar sesuatu.

Daddy... kita kena percaya anak kita boleh buat... biarkan dia belajar.. kalau dia jatuh biar dia bangun sendiri, kalau dia sakit dia tahu itu bahaya....

Aku pula... tak boleh nanti bahaya, tak boleh nanti takut eiman terjatuh... tak boleh nanti takut eiman sakit... nanti takut eiman...

Menjadi seorang ibu, memang begitu sukar. Sukar untuk aku untuk melepaskan eiman dari pandangan mata walau sekejap. Ia  adalah tindakan yang tidak membantu eiman untuk belajar perkara baru. ia jua akan membuatkan eiman kurang yakin pada diri sendiri.. kita patut yakin sebenarnya dia boleh dan mampu untuk buat sendiri..

Sejak itu, aku cuba untuk tidak menghalang dia mencuba sesuatu yang baru.. asalkan masih berada dalam kawalan dan pemantauan kita sebagai ibu bapa.

Terima kasih daddy.. you have taught me something that day.

Sekian.