Monday, 29 September 2014

KRIM BERKESAN UNTUK RUAM DI BADAN ANAK

Salam,
Hye, kalini aku nak berkongsi satu ilmu yang aku tahu berkenaan ruam pada anak terutama bagi bayi.Aku pernah post satu entry berkenaan Ruam di Muka Bayi dan nampaknya ramai juga ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama. Aku juga dah gunakan pelbagai krim untuk masalah ruam sehingga aku mendapat nasihat yang sangat berguna dari seorang ahli farmasi ni.

Wafri Eiman semasa berumur 9 bulan

Nasihat yang aku dapat adalah cara untuk memilik Krim Ruam yang bagus untuk bayi anda.

Krim ruam terbahagi kepada dua iaitu

1. Krim ruam yang telap air
2. Krim ruam yang berasaskan minyak

Jadi apa beza dua krim ni?

Bagi krim ruam yang telap air, apabila anda sapu krim tersebut pada badan anak anda terutamanya pada bahagian sekitar alat sulit, celah peha atau tempat yang lembap, air kencing atau penuh boleh meresap pada permukaan yang di sapu krim dan menyebabkan kawasan tersebut lembap.

Bagi krim yang berasaskan minyak, apabila anda sapu krim pada bahagian yang lembap, ruam tersebut akan kekal kering dan air tidak boleh meresap pada permukaan yang disapu krim. Ia akan mempercepatkan proses pemulihan kulit yang dijangkiti ruam.

Ha... paham tak? Disebabkan aku bukan doktor, aku terangkan la cara cenggitu. haha

Tapi, aku nak ingatkan krim yang jenis pertama tu bukanlah tak elok, mungkin kita kena tengok dulu bahagian mana yang dijangkiti ruam. Kalau kat pipi atau kawasan yang berpengudaraan baik, bolehla pakai krim jenis macam tu. 

Macam mana nak tahu jenis krim tu telap air air berminyak?

Caranya mudah, pergi Farmasi dan tanya pada ahli farmasi. Mesti dia tahu.

Contoh krim berasaskan minyak?

Yang terbaik aku pernah jumpa setakat ini nama dia Sudocrem.

Berapa lama masa yang diambil untuk hilangkan ruam?

Bergantung pada keadaan ruam dan kanak-kanak sendiri, kalau anak aku dalam tempoh sehari InsyaAllah semakin baik.




Harap, dapat membantu ibu-ibu yang masih mencari-cari krim yang sesuai buat anak.

Sekian.

** Ini adalah pandangan peribadi penulis.