Friday, 19 September 2014

MARIMO POKOK PELIHARAAN YANG JINAK

Salam,
Siapa tahu Marimo angkat tangan. hihi
Saya pun ada dah Merimo saya sendiri. Ceh.. guna saya sebab cerita kalini pasal benda comelkan, ayat pun kene comel. hihi Meh saya perkenalkan pokok peliharaan saya yang terkini nama dia MOMO!

Bentuknya bulat dan berwarna hijau

Begitu senang sekali membela Momo kerana.....
Momo tak perlu makan, momo tak perlu jumpa doktor pokok, Momo susah jatuh sakit dan Momo tak buat bunyi bising-bising. Nak pelihara di pejabat pun boleh. hihi macam yang saya buat sekarang ni, saya letak di pejabat. Bila saya rasa sunyi atau kebosanan, saya akan bersembang dengan Momo saya.

Masa mula-mula aku beli Marimo ni, ramai yang tanya apa benda ni??
Ok, ramai tak tahu, so aku terangkan kat mereka 

"Oh! ini binatang peliharaan saya, nanti kalau kat tempat gelap dia keluarkan kaki dia dan boleh berjalan"

Reaksi mereka "Iyeke! ehh.. takutnya!"

haha... lawak lawak kalau betul Marimo ni ada kaki siap boleh jalan, bukan kata korang, aku pun cabut larik.......... haha

So, meh aku bagitahu apa Marimo ni, merujuk kepada encik Wikipedia 

"Aegagropila linnaei, yang dikenali sebagai Marimo ("rumpai laut bola") di Jepun dan sebagai Cladophora bola, Tasik bola, atau Moss Balls dalam bahasa Inggeris, adalah spesies berfilamen alga hijau (Chlorophyta) yang terdapat di beberapa tasik di hemisfera utara. Marimo adalah satu bentuk yang jarang berlaku pertumbuhan spesies di mana alga berkembang menjadi biji bola hijau besar dengan penampilan baldu. Koloni bola tersebut hanya diketahui membentuk di Iceland , Scotland , Jepun dan Estonia."

ahh.. camtula. kalau nak tahu lebih lanjut boleh taip Marimo .... penuh gambar bola hijau yang comel-comel!! Sumpah comel! 

"Marimo domestik berkembang dalam air paip pada suhu bilik selama air ditukar setiap satu atau dua minggu ( lebih kerap pada musim panas dan kurang kerap pada musim sejuk ). Marimo boleh diletakkan di dalam peti sejuk dalam cuaca panas (melebihi 25 ° C), tetapi tidak bertahan beku."

Ha, kan cara nak jaga mudah saja cuma tukar air dia 2 minggu sekali, tak perlu makan dan minum haha
Nak tengok aku punya Momo lagi? Jom aku belanja gamba dia k!

Nampak tak Balang tu kotor kan...sebab dah 2 minggu dah

Tahu tak apa yang menghuni rumah Momo aku?.... jentik-jentik ooi!
Nasib kak Byha perasan, cecepat aku tukar air.. say no to Aedes ya!!

Ha... lepas tukar airnya... tadaa! bersih dan segar sekali

 Comel tak?? hihihi....

Marimo yang saya dapat ni bersaiz besar. Kalau dia membiak, dia akan menghasilkan Marimo yang kecil. ..
Di Jepun mereka menjadikan Marimo sebagai cenderahati atau perhiasan yang comel. 




Kredit gambar dari Google.

Mana nak cari?

Tak silap aku kat groupon pernah jual, aku beli kat kedai ikan ... cari pada bahagian pokok-pokok dan rumpai akuarium.. Harga sebijik Momo yang aku beli ni RM 28 sebab besar. Kak Byha pun ada sebijik Marimo.. hihi

Ok.. hingga berjumpa lagi!

Sekian.