Wednesday, 10 September 2014

Melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia

Salam,
Hye.. harini aku nak berkongsi kisah lawatan aku ke Muzium Kesenian Islam yang terletak di Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur. Haa.. ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Muzium Kesenian Islam ni. Kalau nak tahu, di Kuala Lumpur ni banyak tempat menarik untuk dilawati tau. Bagi sesiapa yang menetap di Kuala Lumpur, mungkin anda sudah biasa mendengar ataupun telah melawat tempat bersejarah seperti ini. 

Memang aku secara jujurnya suka melihat negeri/negara orang, sejarah mereka,keindahan ukiran, kesenian, budaya dan sebagainya namun semua itu agak menelan belanja yang tinggi kan. haaa.. apa kata kita tukar angin.. hujung minggu kita bersama keluarga melawat tempat-tempat menarik disekitar Kuala Lumpur. Suami aku yang sejak kecik menetap di Kuala Lumpur pun, tak pernah pergi Muzium-muzium, taman Rama-rama, Aquaria ke... semua yang dia pergi ni adalah kali yang pertama... takpe takpe.. nanti lepas ni banyak lagi tempat yang kita akan lawati di Kuala Lumpur.. hahaha bersiap sedialah ye bang.. kikiki

Seterusnya, jom kita alami pengalaman aku semasa melawat Muzium Kesenian ni.

Suami dan Baby Eiman bergambar di hadapan Muzium

Kawasan pintu masuk Muzium Kesenian Islam Malaysia

Tiket masuk bagi dewasa adalah RM 12.00
Kanak-kanak bawah 6 tahun : Percuma
Suami aku pula, guna Pas Pelajar so dapatla diskaun RM 6.00 hihihi

Sebenarnya, aku memang sukakan sejarah, suka melihat Tamadun, suka melihat peninggalan sejarah dan budaya di zaman dahulu. Sebab aku ni jenis suka menganalisa dan menghayati kesenian..  Ia sangat berguna sebagai sumber Inspirasi, Idea dan Pengajaran buat aku. dan suami aku tu pula jenis suami moden kontemporari, haaa.. macam lagu pulak. Ni sebab terpaksa pergi.. haha semasa kami di sini nampak sangat dia bosan sebab dia duduk je di bangku melayan anak. Aku pula, excited duk membelek-belek koleksi sejarah ni. Haha.. sungguh berbeza kami ni.

Kerusi ni bertatahkan gading gajah.. hasil seni dari Anglo-India
Kerusi ni adalah hasil tangan tau.. hebat kan!

Penerangan kerusi sandar 

Eiman... kena dukung dengan Daddy.. sebab dia dah belari ke sana ke mari seperti berada di Taman Permainan

juga menjerit....

Ok next

Ini pula adalah Selipar Bercembul (Paduka) Berukir
Bertatahkan gading gajah.. hokey!

Peti Gading Berukir dan Bekas Belerang Gading
Kalau ada jual kat kedai ni.. aku beli..(haha macam mampu je kan)
Bekas gading berukir tu cantik sangat!

Ha.. hebat tak hebat kan.. Alat Melibas Lalat pun cantik macam ni..

Kan dah cakap dah.. dia duduk je..haha

Macam dalam buku sejarah tu.. Syiling Emas yang digunakan semasa zaman Kesultanan Melayu

"B, tangkap gambar abang kat sini"

Pose cikit

Kasik chance dia bergambar enter frame

Siapa tak tahu ni cepuk pala dia
Kain Songket dan kain Melayu Tradisional

Dulang.. Cantik kan

Ukiran Kesenian Melayu yang sangat unik..
Kagum sangat melihat mereka mengukir kayu dengan begitu cantik dan teliti..

Tukar shift jaga... daddy dah penat berkejaran

Main petik suis pulak dah!

Ini pula adalah koleksi mempertahankan diri  
Yang bahagian bawah sebelah krii tu adalah cucuk sanggul yang boleh dijadikan Senjata kepada si Pemakai
Halus seni mereka!

Qur'an yang ditulis

Ini adalah Kitab Ilmu Perubatan Zaman Dahulu

Sejarah dulu ada ajar Cop Mohor.. ni la dia
Di bawah pula adalah tembikar

Hasil tangan.. tembikar. Mahal ni ... mahal ni

Ok seterusnya adalah pakaian dan perhiasan di Negara-negara Islam



Peralatan perang

Cantik.. semua cantik!

Ukiran dan seni halus.. lama je aku membelek2... sampai laki aku bosan ajak balik.. hahaha

Perhiasan tembaga.. serius comel sangat. Kalau aku kaya.. aku beli semuanya!


Kawasan Muzium Kesenian Islam

Timur Tengah

Aku bergambar dengan kain penutup pintu Kaa'bah.. tengok ni pun dah rasa gembira.
Harapan agar sampai di sana jua!

Otoman Room

Di bahagian bawah di tunjukkan Replika Masjid2 besar di seluruh dunia! Kagum kagum!

InsyaAllah suatu hari!

Kerusi Khatib

Masa ni, kami terserempak dengan kunjungan Perasmian oleh Y.A.M Sulltan Selangor merasmikan acara oleh Pusat Zakat 

Inilah anak saya

Cubit pipi kang baru tahu!

Last
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-











haha... tolak muka Daddy!

Secara kesimpulannya,

Banyak juga yang aku dapat belajar dari Muzium ni
Sejarah ini merupakan satu pelajaran buat kehidupan kita di masa hadapan
Di zaman dahulu, mereka juga mempunyai tamadun yang sangat tinggi... 
mereka juga hidup dengan kepandaian Intelektual yang hebat..

Ada tamadun yang bertahan lama sehingga beratus-ratus tahun
ada tamadun yang musnah begitu sahaja dalam sekelip mata
Setiap tamadun itu mempunyai cerita yang tersendiri
Bagaimana mereka bangkit.. dan kenapa mereka jatuh
Mesti ada pengajaran di setiap ketamadunan

Apa yang pernah terjadi dahulu tak mustahil akan berlaku sekarang..
Al-Quran juga ada bermacam-macam cerita mengenai ketamadunan ini..
Semoga kita mengambil pengajaran dan iktibar dari setiap yang pernah berlaku.

Sekian.