Wednesday, 3 September 2014

Tuhan, Jaga Dia Untukku

Salam,
Jam di tangan menunjukkan waktu 5.00 petang, dah sampai masa untuk pulang ke rumah. Bersiap-siap berkemas-kemas. Kertas di atas meja susun rapi kerana meja yang kemas boleh membuatkan mood gembira apabila tiba di pejabat esok pagi. Tap! Tali pinggang di bangku duduk kereta di pasang. Memang aku wajibkan agar sentiasa memakainya. Keselamatan mestilah di utamakan.

Memandu laju keluar melusuri pintu gerbang. Keadaan memang sentiasa sesak maklumlah duduk di Kuala Lumpur menjadi kebiasaan bagi kami. Sebelum itu, hands free telefon di pasang di telinga. Seperti biasa, perkara yang aku akan buat................................. 


kredit gambar dan mesej dari Google



Call Mak. Kalau tak call mak rasa tak lengkap perjalanan pulang menghadap kesesakan. Bertanya khabar, bertanyakan keadaan kesihatan, maklumlah mak tu bukannya boleh susah hati dan penat sangat. Selesai berbual dengan mak. Seorang lagi yang aku wajib telefon selepas berbual dengan mak. Call Nenek. Pantas tangan mendail nombor nenek...

Nenek...nenek...
Eh...Nenek dah tak ada la..
Nenek dah tak ada... Astaghfirullah.

Setiap kali selepas selesai berbual dengan mak, 
tangan aku memang pantas sahaja akan mendail nombor Nenek.
dan setiap kali hati aku tersentap! Nenek dah tiada Liza.. nenek dah tiada!

Oh Tuhan, terasa begitu sunyi perjalanan yang aku lalui ini. Terasa kosong, terasa sangat sangat jauh, terasa kerinduan itu menjelma menusuk kalbu ini bertubi-tubi Ya Allah.

Aku rindu.. aku rindu..

Wahai Nenek,
Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkan nenek kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga dicucuri-Nya rahmat dan keampunan.

Ya Allah,
Kurniakanlah limpah rahmat-Mu kepada nenek kami, ampunkanlah dosa dan kesalahannya, juga ampunkanlah dosa dan kesalahan kami ya Tuhan seru sekalian alam. 

(Petikan dari ayat terakhir Bacaan Talkin)

Amin. 

I miss my happy Nenek.
 Al-Fatihah.