Monday, 27 October 2014

FAMILY DAY - PANTAI CHERATING PAHANG (PART 1)

Salam,
Hye you alls. Minggu lepas kami sekeluarga telah pergi bercuti selama 3 hari 2 malam mengikuti rombongan FAMILY DAY pejabatku ke Pantai Cherating. Wah wah wah... teruja sangat sebab pertama kali mengikuti family day pejabat baru ku ini. Baru ke?? haha.. adalah setengah tahun dah!.. Jom layanzzz!

Budak kecik ni duk menyengeh nak pergi bercuti

Lokasi berkumpul adalah BHP selepas Tol Gombak..
Setelah taklimat diberikan kami pun berkonvoi seramai 12 biji kereta.
Wah!! First time aku mengikuti konvoi macam ni.
(gambar HP member, kereta persona strike oren tu selaku MARSHALL kami)

Berhenti rehat di RnR Gambang
Kawan-kawan tengah menjamu selera ... (curi gambar dr wasap group! tq u olls)

Tiba di Sanctuary Resort lebih kurang jam 2.30 petang. Meronda sekitar kawasan dan mendapati ada sebiji kolam renang. haha.. (curi gambar dr wasap group! tq u olls)

Petang tu tiada aktiviti, Free & Easy. Ada yang terjun kolam, ada yang berjalan di pantai dan ada yang tidur kepenatan. Aku dan Chadeq pula ke Kuantan lepas letak barang di bilik, mengambil angin ke sana sambil makan tengah hari. Malam ni baru ada aktiviti barbeque. Wah!! bestnya barbeque tepi pantai!

Menjelang malam, unggun api pun dah dinyalakan (curi gambar dr wasap group! tq u olls)

Kami makan malam di hotel. Sekadar mengisi perut sementara menyiapkan barbeque.
Ini kali pertama eiman tengok unggun api di tepi pantai. 
Suka sangat anak aku tu sambil menjerit "Api!! Api!!"

Berjumpa kawan baru namyanya AMAR

Eiman dan kawan barunya

Gadis-gadis di tepi pantai. Rakan pejabatku. Kak Byha, Reen, Kak Sally dan Ima

satu lagi! Pose!

Yang lelaki tengah kesibukan memasak di tepi pantai

Sedang menyediakan barang-barang masakan sambil diperhatikan BOS

Kanak-kanak yang lain juga sibuk bermain. Yang duduk tu mak kak Byha

Calon-calon suami ni!... bagus bagus pandai diorang ni masak. 

Sporting sangat diorang ni, tak kesah dan tak berkira. Semua bekerjasama menjayakan aktiviti barbeque malam tu.

Marinate disediakan oleh Kamarul dan isterinya Jojo.
Ada kambing, ayam, jagung, sotong... wah! sedap sedap!

kaum hawa juga turut membantu. Oh... farah pejam mata sebab mengantuk agaknya. hihi

Makanan hampir siap masak. Jagung juga akan dibakar. Manis betul jagung ni.
(curi gambar dr wasap group! tq u olls)

Lepas masak kami makan beramai-ramai sambil menghirup udara segar pantai bersama deruan ombak yang menghempas pantai! Cewah... romantik la! Gambar makanan tak sempat nak ambik. haha.. ingat makan je.. bau kambing pergh!!!!! sedap sangat sangat! Thank you guys!

Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita barbeque lagi!

haha... tq urusetia yang bekerja keras untuk menjayakan acara malam ni. Syu, Kamarul,wife kamarul, farah, farah ain, kak ain, azri, As, hamim dan kawan-kawan yang berusaha keras! Bukan senang tau.. nak sediakan makanan, nak buat budget, nak angkat barang, nak sediakan barang memasak.. wah! Hebat kalian semua!



Tahniah ya! I kasi 10 bintang.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kemudian....
Lepas makan....
Budak ni tak dapat di kawal dah.





Kemudian, terus angkat dia balik mandi.
isk isk... sampai makan pasir tu yang tak tahan tu.. adoi!

Malam tu aku dan eiman tido awal. Esok nak bersenam dan ada acara sukaneka.
Lepas ni aku sambung entry part 2 k! Best kan? Best kan? stay tuned ya!