Wednesday, 29 October 2014

FAMILY DAY - PANTAI CHERATING PAHANG (PART 3)

Salam,
HITAM!!!! TERBAKO!! kulit aku terbako!! Habisla.. dahla sedia hitam, sun burn lagik! Anak aku kulit burn, aku kulit burn, laki aku... tok sah cakap... kalau dia berlari keluar bilik air dalam gelap mau aku menjerit orang minyak!! agagagagagagagaga *^&&^%&%^$% Gambar selfie pun rasa tak konfiden. Tapi kalau ikutkan pantun 2 kerat ni;

hitam hitam sitampuk manggis, 
makin ku pandang bertambah manis....


Habis je sukaneka, aku terbungkang atas katil tido dengan eiman sampai pukul 2 petang. Bangun-bangun perut dah lapa. Makan di hotel dan bergerak ke Terengganu mencari kepok lekor dan membeli belah di pasaraya 10 ten yang ada diskaun sehingga 50%.... Annis (housemate) yang bagitahu ada sale gila-gila kat 10 ten tu. Memang banyak jugak aku borong pakaian... memang murah sesangat!! Tapi aku takdala ambik gambar sebab terlalu meroyan shopping masatu.



Lepas shopping kat 10 ten odw pulang beli kopok kat tepi pintu gerbang  Selamat Datang ke Terengganu.
Yeay MISI BERJAYA! (gambar kawan-kawan dari wasap group)


 Pelbagai jenama ada... Cap Kapal Layar, Cap Ikan Emas, Cap Hasan 2.. pilih-pilih mana suka boleh beli!

Nyam nyam.. Sata

Enak di makan

Pembuatan keropok lekor


---------------------------------habis cerita mencari makanan------------------

Malam tu,kami ada dinner dan beberapa acara lain. Ni yang tak sabar sangat ni. 
Acara dimulakan dengan ucapan Pemangku Pengerusi Kelab @ Mak Pengantin iaitu Cik Syuhada, diikuti Ucapan Pengerusi kelab Bos kami iaitu En. Shamsul. 

Sambil menjamu selera...


Lepas ucapan, sesi karaoke pun bermula.
Amir dan Azri berduet

Ni kawan-kawan perempuan ofis aku, cantik-cantik belaka


 Kemudian, kami diberitahu pertandingan sukaneka pagi tadi ada kumpulan mendapat markah yang sama. jadi setiap kumpulan wajib kena hantar wakil berkaraoke sebagai markah penentu.
Ni kumpulan 1- wow wow wow!! mantap sangat suara diorang ni

Diselang seli dengan Acara Cabutan Bertuah
Cabutan oleh Dr. Hanizah isteri Bos
Tengokla tu Amir husband F.A happy sangat dapat hadiah

Kemudian, cabutan bertuah lagi oleh Kak Byha
Kak Byha cabut hadiah kasi mak dia menang la....haha

Pemenang Cabutan Bertuah juga ni...

Sambung balik acara Karaoke

Kumpulan 4 dan Kumpulan 2 pun berkaraoke

Kemudian, ada BIRTHDAY SURPRISED!!!!
ha... terkojot terkojot!! Sambutan Birthday ni adalah buat Mejar (ayah Annis) Bos dan En.Tafazani (husband as). Siap suap menyuap lagi ha... romantik gitew!

As menyuap Tafa.. hihi as ni kuat mengusik husband dia.. so sweet both of them

Nak Enterframe skett!


Kemudian, cabutan bertuah oleh Bos, hihi kalini aku pun dapat! walaweh!

Cabutan Bertuah oleh Mejar. Tahniah Semua!

Cabutan Bertuah oleh Makcik Faezah (Mak Kak Biha)
terima kasih mak!

Thank You Mak! hihi... pose senget  satu dengan cawan dan kain napkin ...  mak mak sangat bak kata Fharah!


Kemudian, ada hadiah untuk Pasangan Romantik * farid & pasangan,
Peserta Paling Sporting * Dr. Hanizah dan Keluarga Paling Sporting * Family Kamarull

Kemudian, pemenang bagi pertandingan Karaoke!
Tafa dan Reen ~~~ Johan Karaoke!

Kemudian, malam tu ada pulak aksi kawan-kawan yang boleh dibuat dialogue.. kikiki




 As dan Tafa.. sedondon kuning satu keluarga
anak as dah tidur dah tu...

  Fharah, Syu (orang  kuat majlis) dan hadiah mereka

Urusetia Hari Keluarga 2104

Hamim, Ima dan Shelly

Keluarga Annis dan isteri Kamarull, Jojo

Suamiku dan anak


Kemudian, acara kemuncak adalah penyampaian hadiah!
jeng jeng jeng
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Pemenang Tempat Kedua Acara Sukaneka adalah ~~~ Kumpulan 1

Tahniah Kumpulan 1!!

Juara pula!!!......
Jeng jeng jeng............
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kumpulan 2!! Group ai menang!
Walaupun aku main satu game je! Tahniah buat korang semua sebab berusaha gigih sehingga berjaya!
Tahniah ya!!!
Husband dan aku, Shelly, Annis, K.Byha, dan Shahrul
Korang memang sporting habisla!

Wehu! Mak menang!

Kasi letak sini banyak sikit gambar menang ni


Kemudian, hadiah di agih-agihkan!
Terima kasih semua!
  
Malam tu aku pulang dengan hati yang gembira berbunga-bunga!
Bertolak pulang jam 12 tengah malam dan sampai KL jam 2.30 malam.
Laju jugak lakiku bawak.. aku ingat nak teman tapi tak tahan mata ni tersengguk-sengguk sepanjang perjalanan.

Hari Keluarga kami tamat di sini.  
Terima kasih dan Tahniah buat semua yang menjayakannya!
Tahun depan kita pergi pulau pulak yok!

Selain itu, aku nak kongsikan jugak gambar kawan-kawanku yang pergi ke Pusat Konservasi Penyu keesokan harinya
Wah wah bestnya korang!


Cantik la gambar penyu-penyu ni, kalau bawak eiman mesti dia suka sangat! 


Macam real je penyu tu F.A

Chomel kan penyu-penyu ni,
Kalau korang ke Cherating, datangla melawat ke sini. Sambil beri sumbangan pada Pusat Konservasi ini. Masuk adalah PERCUMA ya! Hanya derma seiklas hati sahaja!




Anak-anak penyu ... ni family Kamarull


Ok itu sahaja dari entry saya yang panjang lebar ni. Memang puas la dapat share semua benda. 
Puas hati dah! hahaha...
Ok...Sekian. Thank you for reading guys!

Nah ni last last betul... Girls office i yang cun cun...
hahaha sekian.



FAMILY DAY - PANTAI CHERATING PAHANG (PART 1)