Wednesday, 15 October 2014

Makan Dekat Cafe FLAVOURS Chef Riz, anak Chef Wan

Salam,
FLAVOURS Kitchen ni adalah sebuah restoran kepunyaan Chef Riz, anak Chef  Wan tu. Haritu masa lalu kat Dataran Jelatek, aku ternampak banner perpindahan Restoran Chef Riz ni dari Bangsar ke Jelatek. Oh... dalam hati, boleh la pergi cuba nanti bila buka.

Ding ding dong sampaila suatu hari tu .. di dalam kereta

Chadeq : "B, u nak lunch mana?"
Aku : "Mana-mana jela"
Chadeq : "Mana-mana tu yang payah ni.."
Aku : muka kerut-kerut.. hidung kembang kuncup.. mata kecik besar...mulut terkumat kamit..
"HA!!!! Belok kanan!"
Chadeq : " ha?? Sekarang?"
Aku: "Yaa!!! Kanan!!" 
Chadeq : Stereng terus dipusing ke kanan 90 darjah. "Makan nak mana ni??"
Aku : "Makan kedai anak Chef Wan"
Chadeq : "Apa?"
Aku: "Ikut jela!"

Ha.. dah sampai dah.... takda orang pun kat kedai ni. Kami berdua je makan kat sini.. bagus2, terasa macam anak orang kaya pulak book satu kedai untuk kami berdua. hahaha

Chadeq si suami

Setiap meja ada pokok kaktus ni. Boleh pulak suamiku Chadeq gi petik daun pokok ni
.. pastu selamba je cakap
"OOhh... ni pokok betulla!"
hahaha...  ngok ngek

Tu Kitchen dia 

Tadaaa!!! Air dah sampai! saya punya mestilah air mineral.

Tadaaa!! Makanan dah sampai! Ni aku punya, nama Riz Yong Chow Fried Rice 

Tadaa! ni chadeq munya Nasi Malaya


Sebelum makanan di kisar dan diproses ke dalam perut, kita bergambar dengan dia dulu k

Ceh tangkap macam gambar kawin je

Lepas makan bayar la bil.
Harganya meh aku tunjuk bil kot kot korang nak makan sini, siap2 bawak duit k.


Oh ya, alamatnya : Unit I-03 Dataran Jelatek, Jalan Jelatek

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.