Thursday, 30 October 2014

MAKAN SEDAP DI DAVE'S DELI

Salam,
Hye semua, bahang demam cherating masih terasa lagi, keseronokan di tepi pantai sukar untuk dilupakan sebegitu sahaja. Malah ia tidak berhenti setakat itu, perancangan bercuti untuk tahun depan telah mula dibincangkan. Nampaknya keseronokan bercuti di Cherating telah mencipta satu memori yang indah bagi semua peserta. Aku dan suami pun masih hangat bersembang mengenai kenangan manis di sana. Oh.. tidak tercerita panjang pulak pasal Cherating. haa... kan dah cakap dah.. tak habis lagi pasal Cherating. Ok back to our topic harini.

MAKAN SEDAP DI DAVE'S DELI  

It's Lamb Bebeh!! Lamb Bebeh!!!


Pada hari kejadian....... dot dot dot

Haha... nampak tak? Lambat itu perlu diketengahkan sebab aku dengan Chadeq memang kaki lambat. hihihi.. sorry guys kene tunggu. Tapi we all try secepat mungkin that day tau! hihi... 


Nampak tak? Orang dah nak sampai.. kami baru bertolak.. adoi!! Tepok pala tepok pala! Alhamdulillah, sampai jugak kami di Dave's Deli. Drama sangat kan! Nak buat entry makan pun bersusah payah cerita kronologi .. hahahaha aku kan minat sejarah. Guru kesayangan arwah Cikgu Daud. Al-Fatihah.

Ni first time makan sini. Nak order makanan kene beratur macam kat IKEA. takda orang datang nak ambik order kat meja ya harap maklum. hihi. Masa beratur nak pilih makanan jadi confius sangat sebab makanan semua... Ya Allah! Nampak sedap giler! Rasa mcam nak cuba je semua!

Macam biasa aku order, dah tahu dah Chadeq nak makan apa. Mesti kesukaan dia iaitu Lamb dan eiman aku belikan Mash Potato. Orang tak ramai malam tu, jadi ada banyak meja kosong lagi. 

Eiman dah pandai suap sendiri. Jangan harapla dia nak orang suapkan.

  


 Haha.. setelah beberapa babak drama berlaku diantara eiman dan Nathania @  besday girl! Kami pun bersantaplah dengan keceriaan yang menggunung. Gunung ke??? Jom layan gambar makanan yang lazat itu.

Ni NZ LAMB CHOPS untuk Chadeq

FISH and CHIPS saya yang punya

Wow! lapa la bila tengok balik gambar ni.

Dave’s Original ¼ Roast Chicken untuk Mino dan Lamb jugak untuk Nuren

Suamiku Chadeq.. air untuk dia mesti Ice Lemon Tea.. feveret sangat dia ni

 Mess dengan Mash Potato Eiman


Haha.. last gambar kawan baik bersama! 

Kalau nak tengok menu lain, meh aku tunjuk:



dan kalau nak tengok menu lain boleh terus ke Pautan Berikut


Lokasi pun boleh tengok kat Website tu.

Hope you all enjoy reading about the makan-makan.

Thank you guys & girls! See ya on da next post ya!

Sekian.

Oh lupa.. charge yang dikenakan adalah 50++ untuk menu aku dan Chadeq.
So basically sorang dalam 20++ je. Sangat berbaloi dengan kelazatan menunya. 

ok tata.