Wednesday, 15 October 2014

Pemenang Samsung Galaxy S5 NNRaya 2014

Salam,
Oh... mana nak mulakan ni, ok mulakan dengan Bismillah. Amin syukur ... 
Menjerit, melompat, ketawa terbahak-bahak, hilang selera makan, tersenyum seorang, dan menangis teresak-esak merupakan simptom-simptom gangguan emosi yang telah di alami dalam tempoh 48 jam ini. haha.. macam nak gila jugak tak percaya, 10 kali baca emel ni atas bawah atas bawah.. bukan SPAM ni bukan SPAM ni... betul ni.. betul ni. pitam......

Orang pertama yang aku call adalah Chadeq, "Abang!! saya menang Samsung 5S untuk post NNRaya haritu!!".. dan reaksi yang diberikan adalah ."......................." diam untuk seketika sehingga "Hello! Hello!... dengar tak?" ... dan reaksi dia adalah "..............." diam.. pastu baru muncul perkataan "Betulke?"...haha "ngok ngek.. betulla!"

Petang tu aku call office Nuffnang, bagitahu nak datang ambik hadiah!.. cepat je kan nak ambik hadiah. Oii.. tak sabar nak pegang HP baru oii.

Tak susah nak cari walaupun drive sendiri, sebab dah pernah datang kutip hadiah churp-churp haritu. hihi, sampai je depan pintu terus carik Samantha dan berkenalan dengan dia. Peramah orangnya. sangat cute dan comel. Macam pernah nampak, rupanya Samantha la yang jaga bilik UMobile masa Rumah Terbuka NNRaya haritu. bagus memori kepala ku ni..

Kemudian, haruslah bergambar dengan Phone 5S tu sambil memegang sepanduk NUFFNANG!

Gambar di Instagram Nuffnang


Aku juga di bawa sekitar office Nuffnang yang cool tu. Kalau tak tahu, Office Nuffnang ni merupakan diantara 3 Coolest Office You Would Want to Work at in Malaysia menurut femalemag.com


dan ini adalah hasil rakaman kamera ku.

Meeting room

Masing-masing tengah sibuk tu..

dan ... opss sorry gambar u gegar la.. hihi

Yang ni siapa tak tahu, tempat lepak, tempat Nuffies ambik gambar ramai-ramai

dan ni pula, gambar aku dengan Samsung 5S milikku... ceh milikku terus..

sila abaikan baju dan tudung yang tak match langsung tu.. asi boleh je tu..

Dengan Samantha :)
Tq pretty lady!

Aku tanya Samantha, siapa yang jadi hakim untuk blog contest NNRaya bersama UMobile ni, mengikut Samantha, pihak UMobile yang pilih sendiri. wa... terharunya. tak sangka UMobile suka entry ku yang tak seberapa tu. Ingat lagi, malam tu gigihkan jugak siapkan entry sampai pagi pastu dapat tido sejam je sebelum kerja. Uwaa.... berbaloinya. suka suka. Betul-betul menjadi pembakar semangat untuk terus menulis blog. Terima kasih UMobile! dan terima kasih Nuffnang!

Kalau korang nak tahu entry mana yang menang tu berikut adalah pautan ke entry tersebut:

Rumah Terbuka Nuffnang 2014 bersama UMobile


enjoy your reading k!
Sekian. terima kasih kerana membaca.