Wednesday, 8 October 2014

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 1

Salam,
Hye... penat berjalan masih terasa lagi, kaki lenguh sebab berjalan dari pagi hingga ke malam. Percutian kali ini adalah bersama kawan baikku iaitu Nuren. Yes, kami berdua je, anak-anak dan bapa-bapa kami tinggalkan di Malaysia. hihi.. Actually, nuren is on business trip, aku pula sebab pergi bercuti. Tapi bukan senang tau aku nak dapatkan persetujuan dari persatuan bapa semalaya ni, tambah-tambah pergi berdua pulak tu kan. Walau apapun yang pasti kami dah selamat pulang Sabtu lepas. Wehuu... Jom layan gambar-gambar yang aku sempat tangkap semasa hari Pertama kami menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Changi Singapura.   

Kami menaiki Kapal Terbang Air Asia AK 707 yang bertolak lebih kurang jam 11 tengah hari.

Ha! Aku ada satu cerita masa dalam flight. Masa booking tiket, Nuren dah siap-siap order makanan untuk kami, iaitu Nasi Lemak Pak Nasser dan Uncle Chin Chicken Rice. Memang nampak sedap sangat tambahan pula kami pun memang lapar. Pramugari menghantar makanan selepas kami terbang tinggi di udara, semasa kami menikmati makanan, harusla kami bersembang-sembang bergelak ketawa sambil penumpang di depan menjeling kerana tak dapat tido. Makanan ada separuh lagi ni, tiba-tiba Juruterbang membuat pengumuman 

"Kapal terbang akan mendarat 20 minit dari sekarang. Sila duduk di tempat masing-masing, pasang tali pinggang, tegakkan bangku, tutup meja di hadapan dan buka tingkap"... 

aku pandang dia, dia pandang aku. hahaha.. makanan masih banyak dan kami pun kelam kabut telan makanan cepat-cepat. Pramugara yang nak kutip makanan tu pun terpaksa skip kami sebab kami sibuk makan lagi. hahaha... Singapura je kot kan, memangla cepat je sampai. Terkekek-kekek kitorang ketawa sebab menggelabah makan lambat sangat. haha.. satu pengalaman dan pengajaran untuk habiskan meal cepat-cepat masa pulang nanti. Singapura je kot kan!!

Pemandangan di Lapangan Terbang Changi, kami sedang menuju ke Balai Ketibaan

Ni masa mula sampai kat Airport terus ambik kesempatan guna WIFI Free Airport Changi. Kiasu sangat kan!! Bak kata Nuren. Kalau boleh memang nak Video Call terus dengan hubby dan anak masing-masing kan. Tapi phone aku buat hal la, tak boleh langsung roaming sepanjang di Singapura. Mungkin sebab aku ubah plan Celcom haritu dan Roaming tu dia tak buka. isk isk... patutnya aku check awal-awal sebelum bertolak.

Mesej dengan kesayangan di seberang lautan

Caption ni lebih kurang macam ni "I'm here! In Singapore weehuu"
Aku pakai beg silang dengan kasut flat sebab aku tak larat nak angkat handbeg berat dan berjalan pun mesti banyak dan jauh. Biasala kan dah tua, tak fit dah nak pakai heels tumit tajam. haha

Terus ke Kaunter Imigresen untuk mendapatkan kebenaran masuk ke Singapura. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Gambar di bawah semasa kami menunggu bagasi masing-masing. 

Kemudian, kami menaiki teksi ke V Hotel Bencoolen Street
Ni bilik hotelnya.. kemas dan sesuai untuk kami berdua. Tambahan pula, ada WIFI Free! weeehoo video call harusla kena buat dulu dengan orang Malaysia.

Setelah selesai apa yang patut di Hotel, kami pun menaiki kaki sendiri menuju ke MRT untuk meninjau sekitar Bandar Singapura. Selfus dulu di depan lorong hotel.


Berjalan punya berjalan kami pun singgal di Cathay Mall yang tak jauh dari hotel kami.. Memandangkan perut pun dah lapar, maka kami bersetuju untuk makan di sini. Sebelum makan, kami nyinggah ke Wash Room dulu, saja je nak tengok best tak... orang kata tandas Singapura bersih. yeke..

Ni entrance tandas.. wow.. cantik la! dalam pun bersih sangat! Wangi!

Ada pulak lukisan di dinding.. jadi bergambar la dulu kan.

Cantik kan..

Dah lewat petang ni, perut lapar dan kami makan di Saizeriya. Nuren sangat suka kedai ni, katanya masa dia belajar di Jepun dulu, kedai ni merupakan salah satu kedai yang selalu dikunjungi. Malaysia macam takda je.. dan dia kata Pizza Cheese dia sedap sangat!.. jom tengok apa kami makan

Menu.. harga Seafood Gratin dengan Doria kami hanya $5.90 dam $6.90 je.. murahla tu.. jangan convert, sebab kalau convert jadi mahal. hii hii

Air pulak free flow, siapa ada salad lagi sebagai pembuka selera! Best kan!
Kemudian, harusla ada Pizza Cheese yang sedap tu.

Lepas makan-makan dan minum-minum sehingga kekenyangan kami berjalan ke menuju ke Orchad Road. 
Suka la gambar ni!

Kemudian, kami menaiki MRT ke Orchad. Tak susah pun nak MRT, yang penting kalau tak tahu kita bertanya.

MRT ni berhenti di Ion Mall. Masa berjalan keluar, kami terjumpa pula Coffee Bean. OMG!!! Nakk!!!!
Minum pulak.. hahaha! Chill la sekejap kan. Its like so murah macam Nuren cakap 7 dollar je..  

Di Ion Mall ni kami sempat shopping di Forever 21, beli baju, jeans dan aksesori. Hasil tangkapan yang pertama. Singgah tandas sekali lagi dan terpegun dengan kebersihannya. Patut jadikan sebagai contoh.

Bergambar depan cermin besar depan lorong menuju ke Wash Room

ION ORCHAD.. cuba cari mana satu bukan patung

Bergambar dengan gadis seksi dan seekor Panda di depan ION MALL

Harus!

Di Orchad ni banyak sangat Mall dan ada yang Very High Standard Class Mall, Middle Class dan juga ada barang murah-murah di Plaza especially untuk beli buah tangan buat kawan-kawan di Malaysia. Seronok la shopping di Mall dan Kedai-kedai di Orchad ni. Rabak jugak la duit poket yang suami aku bagi. hihi, Budget sangat tak nak shopping, tapi ko tengokla!... haa.. berplastik-plastik. Bak kata suami aku : "Shopping ni terapi wanita!".. yes daddy, i agree with you. Malam tu kami tak singgah makan di mana-mana tempat pun, kami beli di 7 Eleven tapau balik sebab kaki dah penat berjalan. 


Ni la hasil tangkapan aku untuk diri sendiri dan suami. haha.. Makan malam adalah Maggi Mee Siam dan Asam Laksa serta Burger. Air Vitamin untuk kesihatan dan memulihkan tenaga yang telah banyak hilang. Oh ya, lagi satu, Perfume Versace kat bawah tu nak di letgo oleh kawan aku hanya dengan harga RM 230.00 sahaja. Kalau berminat sila bagitahu i ok!

Last but not least gambar ku buat pembaca Blog Nova Leeza yang disayangi. haha...
Lepas ni aku update Part 2 plak k!

Tq for reading!
Muah! sayang korangs!
Sekian.

Boleh search tajuk bawah ni box search tepi atas tu.

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 2

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 3