Friday, 10 October 2014

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 3

Salam,
Hye semua, akhirnya selesai sudah perjalanan kami selama 3 hari 2 malam di Singapura. Hati sungguh rasa gembira dan seronok kerana berjaya menghabiskan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Kini tibalah masa untuk kami meninggalkan Hotel V dan menaiki teksi ke Lapangan Terbang Changi. Barang-barang telah siap-siap kami kemas semalam sebelum tidur agar tidak kelam kabut untuk bertolak awal keesokan harinya.

Until we meet again V!
Kaki akan melangkah pergi dan rasa teruja untuk bertemu anak dan suami. Inilah kali pertama aku berpisah dengan suami dan anak kerana bercuti. Bukan satu keputusan yang mudah dan perkara ini kami bincang agak lama juga. Percutian ini akan menjadi satu lipatan sejarah yang akan aku simpan sebagai satu kenangan yang manis. Entah bila lagi kami dapat bercuti bersama lagi. Mungkin ya mungkin tidak. Walau apapun yang akan berlaku kelak, aku rasa sangat bertuah kerana mempunyai seorang sahabat yang sangat memahami diriku ini yang serba kekurangan dan selalu menyusahkan dirinya itu. Haha... terutamanya bab LAMBAT. Kalau 10 kali janji nak jumpa, 10 kali tu jugak lambat.. dari sekolah dulu sampai ke beso cenggini pun sama jugak. I was so lucky to have a bestfriend like u yang paham sikap buruk ku yang tak boleh diselindungkan lagi. haha.. ehh tetiba jadi emosi pulak. Ok..  sehingga bertemu lagi Bencoolen!

OUR FEET


Masa Pergi kami bawa satu beg... bila balik masing-masing tambah lagi 1 beg

Our favourite place to pose adalah di depan cermin besar dalam toilet. haha harini kami pakai tudung yang sama colour..

Pose gila

Ok.. pose macam nak masuk majalah.... ayu ayu skit

Melepasi kastam dengan lancar dan dimomokkan dengan Pokok Bergambar

Kene mesej hubby dulu sebab WIFI FREE

SELFIE dengan jayanya tanpa rasa malu dan segan silu.

Satu..  dengan orkid yang cantik tu

COCOA POWDER COFFEE BEAN.. murah skit dari Malaysia

Kanak-kanak riang di Changi Airport

Masa menggu di pintu 32, ada pula disediakan pengurut kaki OSIM yang sangat OH SEM! DUDUK di sini 48 jam sehingga kapal terbang tiba. Kehebatan OSIM uPhoria Warm. Sangat sesuai buat kaki yang memang menadah untuk diurut ni. Dahla penat berjalan 3 hari ni.. dapat urut percuma pulak tu. Oh.. bertuahnya kaki ku ini. Abang if u read this... please please please find this machine! I want one! Suke sangat!

Sehingga... kapal terbang pun tiba, kami menuju pulang ke Kuala Lumpur dengan gembira.

kali ni, kami makan cepat sikit dan kurang berlabun... kalau berlabun nanti kapal terbang dah nak mendarat tak sempat nak habiskan. Aku makan roti canai, nuren makan Mee Goreng Mamak. Sedap!

 Itulah semua PART 1, PART 2 dan Part 3 sepanjang percutian kami di Singapura.
Boleh search tajuk Singapura dalam box search tepi atas tu.
Alhamdulillah kami tiba 13 minit lebih awal dari jangkaan. Syukur!

Thank you so much to Nuren, daddy, my in law's family yang sangat baik hati dan sentiasa memberikan kasih sayang yang tak berbelah bahagi buat diri ini. Syukur kerana dikelilingi oleh keluarga dan teman yang sangat baik dan sentiasa bersama. Aku doakan agar keluarga ku.. keluarga mertuaku.. kawan-kawan baikku sentiasa diberikan rahmat dan reseki yang baik-baik, dilapang dan dipermudahkan urusan serta berbahagia bersama keluarga yang tersayang. 

I love you all so much!!!!

Sekian. Tq for reading guys!