Thursday, 9 October 2014

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 2

Salam,
Merajinkan diri untuk update cepat sebab kalau makin lama datang pulak penyakit Alzheimer's disease aku ni kang. Haha.. nasib boleh refer dengan Nuren bila lupa kronologi penceritaannya. Boleh gitew kan! 

So, hari kedua, haruslah berjalan sakan lagi ke tempat lain ceruk di Singapura itu. Hari ini kami merancang ke Mustafa Centre, EXPO, Orchad sekali lagi sbb nk beli sourvenir lagi dan makan di Saizeriya sekali lagi. Kami dari Bras Basah akan menuju terus ke Ferrer Park. dari situ kami berjalan kaki di sekitar Little India dan terus ke Mustafa Centre.

Pose satu di Stesen MRT Bras Basah
Dengan Tema Kawan Baik Selamanya!

Dalam perjalanan ke Mustafa Centre terjumpa pula masjid Angullia. Pastu pose satu.


Masjid ni kecik je, macam surau kat Malaysia je. Seronok jugak la tengok little India di sini, kebudayaan India pun tak ubah macam di Malaysia. Ni pintu masuk Masjid Angullia.

Ha... tu dia mustafa Centre... Nuren tengah berjalan menuju ke sana. Cuaca pula panas seperti di Penang, mungkin sebab dekat dengan pantai. Bahang panas seperti menggigit muka dan tangan.

Mustafa Centre tu dekat Lembu Road, ... haha kelakar nama dia Jalan Lembu. Kasi pose satu.

Dekat dalam Mustafa Centre ni banyak sangat barang - dari aksesori ke jam, ada penjagaan wanita, segala jenis sabun, perfume, make up, penjagaan kesihatan, kain-kain.. sebut je, semua ada dan harga gila murah sangat oii!!! Memang boleh kata sekali ganda kurang dari harga asal. Boleh beli banyak .. boleh beli satu. Terpulang.. duduk dalam ni je dah lama sebab kami dok musing-musing tengok barang.

Hah! Rembat satu buat pakai harian. Murah je.. aku beli satu je untuk aku. Ingat macam nak beli untuk daddy tapi takut dia tak berkenan pulak, di tu cerewet skit kalau nak beli barang dia. So aku batalkan je niat beli untuk dia.

Lepas tu berjalan keluar sikit, perut pun lapar maka kami singgah di Indian Restaurant yang halal ++++ ada WIFI FREE!!!!! Watsap! harus! 

Kegembiraan kerana ada WIFI Free!

Lauk Lunch: Kambing masak kurma dan it is so sedap! Nuren pun cakap sedap!
Rasa dia tak macam masak kurma di Malaysia. Lain la... dan sedap! Lassi pun sedap.

Memandangkan ada WIFI Free aku pn wasap la gambar jam tu kat daddy, pastu dia cakap thank you!.. Eh Eh..hello!!! tu untuk i okeyh!.. ala... camana ni. Aku tanya dia nak ke? dia kata OFF COURSE NAK!! Cehh... menggelupur aku berjalan patah bali ke Mustafa Centre sebab nak beli satu lagi. Lepastu demand pulak nak Casio yang boleh masuk air kedalaman 100m. isk isk Ambik, terus bayar dan blah. Sebab masa dah suntuk nak ke EXPO Lagi.. nak shopping barang anak-anak pulak.

Ni dia haa... 100M resist

 Perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke EXPO menaiki teksi. Tak lama pun tunggu teksi pun sampai.

Lama jugak kami di EXPO, aku tak tangkap pun gambar kat EXPO .. kenapa tah, mungkin sebab excited nak cari kasut dan botol susu Eiman kot. Memang target cari booth kasut untuk kanak-kanak dan booth Avent. Nak cari yang cantik dan style skit. hihi.. So ni dia... camana? ok tak? Baju Poney Eiffel Tower tu pulak Nuren belikan untuk Eiman. Tq so much Babe!

Dah pakai pun haritu! So Chomel! n I Love It so Much!

Aku nak carik botol style baru yang design limited edition, tapi tak ada pulak. Yang ada Classic Pink. So ambik jela. Murah je $ 14.90.. puting susu pun $6 je.

Kami di EXPO sepetang dan terus pulang ke Hotel menaiki teksi. Rehat dulu, kemudian baru gerak ke Orchad untuk beli apa yang masih teringat-ingat di kepala. haha, ni dalam MRT ke Orchad. 

Merembat apa yang patut dan terus gerak ke Cathay Mall .. ada jugak plan kalau sempat nak layan Movie tapi, bila naik tingkat atas, fuh lamak! panjangnya beratur! Tak jadila, pergi makan jela. Namun, sedih sekali, bila kami turun balik ke Restaurant Saizeriya, kedai tu dah Close Order. Takda rezeki. 

Sefus sekali depan Cathay Mall.. ramai student di sini, diorang lepak-lepak  

Kebersihan dan Keindahan malam memang tidak dapat dinafikan, susah nak jumpa sampah bertebaran di sana sini. Kawasan di jaga rapi dan sangat bersih.

Rezeki makan di Kedai Sushi, bersebelahan kedai Saizeriya. Kedai Sushi ni masih buka. Ok layan jugak makan sushi ni. Masa masuk tu ingat nak layan gelato dia, tapi lupa terus lepas keluar kedai.

Dinner kami malam tu.

 Buat order online, canggih gitu.Tu pun lepas kami order je dia kata dah Close Order.

Pulang kekenyangan, singgah 7 eleven dulu untuk beli apa yang patut dan balik ke hotel. Malam ni kena tido awal sebab esok dah nak balik Malaysia. Gembiranya harini!.... dan tak sabar nak balik jumpa anak masing-masing.. uwaaa.... rindu!

Sourvenir yang sempat di tangkap gambar kan..

ok last but not least. Kakak-kakak kesayangan eiman, Kakak Mia dan Kakak Ecah. Aku beli baju untuk diorang. Masa dapat tu diorang pose gambar ni. haha.. so happy.

So itulah cerita perjalanan di hari yang kedua. Panjang lebar kan. Geram sangat tengok barang-barang di Mustafa Centre.. tapi kena berbelanja secara berhemah sebab nanti tuan besar marah... haha...

Itu sahaja buat kali ini. Aku akan sambung Part 3 dan last, Percutian 3 hari 2 malam di Singapura.
Sekian. Tq for reading!

Boleh search tajuk bawah ni box search tepi atas tu.

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 1

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 3