Sunday, 9 November 2014

Di Restoran Delicious Saya Makan Kari Yang Sangat Sedap

Salam,
Wah wah tak pernah aku update blog hari Ahad malam cenggini. Selalunya mesti sibuk menjaga anak sampaila dia tidur lebih kurang pukul 11 malam. Tapi syoknya malam ni pukul 8 malam Eiman dah tido bergolek atas tilam. Penat sangat nampaknya sampai berdengkur kepenatan. Pagi tadi tido lama jugak, jadi petang tadi dia dah tak nak tido. Bagus jugak kalau dia selalu tido awal macam ni, bolehlah mummy kerapkan diri update blog. hahahahahaha....gelak kejahatan!

Ok, so back to tha story, this is minggu lepas punya minggu lepas punya cerita. ha.. mak peram lama tau cerita makan ni tapi nak jugak hupdate kat blog nak kasi korang tengok makanan sedap ni. hahahaha. Jom layan... kari power! Lokasi: Restoran Delicious Mid Valley Mega Mall


Sementara menunggu air dan makanan, mari kita basuh tekak dulu dengan air di dalam botol comel ini. Aku pergi dengan siapa? Haha.. hari ini adalah hari Jumaat dan waktu rehat agak panjang, so aku ke Mid Valley sendiri untuk berdating dengan kawan baikku Nuren. Pergh! 12.15 t/hari sharp aku keluar dari opis, nak cepat sampai Mid Valley tak nak jam.


Aku ambik set Lunch sebab ada air sekali dengan pencuci mulut dahla tu dia kira murah skit. Tengah hujung-hujung bulan ni agak memikirkan strategi penjimatan kerana disebabkan oleh gaji bulan 10 yang masuk awal haritu bagi kakitangan kerajaan. So inilah air ice lemon tea.. walaupun tak minum ais, kali ini diberikan pengecualian. kih kih. 


Taraa!!! Ini nasi dan kari saya yang sangat awesome sedap!!! Dahla diletakkan begitu comel je di dalam pinggan putih ni. Rasa kari ni tak pedas, rasa lemak dan berkrim tu yang buat aku suka sangat sangat.


Close up sikit gambar kari.. tak nampak macam kari kan.. macam masak lemak pun ada.

Nah close up lagi dekat... fuh!!! Teringat balik, lapa pulak jadinya malam-malam cenggini.

Tu makanan aku, makanan Nuren pula adalah Carbonara. Ha.. ammik ha carbonara ni katanya adalah one of the best Carbonara di Kuala Lumpur! Aku pun rasa jugak Carbonara ni, memang power!!


Meh kasik close up!

Okeh, mak nak makan dulu... 


Lepas makan pencuci mulut pun menyusul... Nampak sedapkan? Tok sah cakap! Memang sedap pun!!

Banyak lagi menu yang power-power kat Restoran ni, kalau nak tahu lokasi dan menu-menu yang ada boleh masuk website nya di sini: http://www.thedeliciousgroup.com/


Penutupnya adalah menu yang paling manis sekali mengalahkan pencuci mulut iaitu
Persahabatan kami ... Nova + Nuren = Noven

ececeh... tanak kalah!!


So, selamat la bertiduran dan sehingga berjumpa esok hari. Ohh!!! Esok adalah hari Isnin!

Sekian. Tq for reading my friend!