Saturday, 15 November 2014

Dream Trip To MACAO, Impian Percutian ke MACAU!


Salam / Selamat Sejahtera,

Hari ni aku berkongsi satu kisah Percutian Idaman yang menjadi igauan setiap malam tatkala ini. Ia tidak lain tidak bukan, percutian 3 hari 2 malam yang di taja sepenuhnya oleh Macau Government Tourist Office (MGTO) dengan kerjasama Nuffnang. Percutian ini adalah satu percutian yang mampu meninggalkan bibit-bibit Kenangan Manis Yang Menyentuh Jiwa kepada sesiapa yang berpeluang melawat ke sana. Kenapa Macau? Apa yang ada di Macau? Apakah destinasi menarik di sana? Jom saya kongsikan bersama rakan sekalian. 

Sehingga malamku termimpi-mimpi


Jom! saya kongsikan...

1) REKREASI DAN SUKAN.


Coloane Karting Track





Ia adalah sebuah trek perlumbaan go-kart yang berkeluasan 50.000 meter persegi dan panjang 1.2 km di Pulau Coloane. Apa yang istimewa berkenaan Trek Go-Kart Coloane ini adalah, ia merupakan salah satu trek yang paling mencabar di Asia. Menurut Laman Web Macau, trek yang mencabar seperti ini hanya terdapat di Macau/Hong Kong sahaja. Wah!!! Hebat kan! Mestilah saya nak cuba asah bakat saya memandu kereta Go Kart. Bukan calang-calang trek ni.

Trek ini dibuka kepada orang awam dengan bayaran masuk MOP180 (satu kart 15 minit ).

Untuk info selanjutnya boleh layari pautan berikut: Laman Web Coloane Karting Track


2) HIBURAN KElUARGA



2.1) Macau Giant Panda Pavilion


Siapa yang tidak tahu saya sangat sukakan haiwan peliharaan. Tambahan pula jika haiwan tersebut adalah PANDA yang sangat comel. Lokasi kedua yang saya akan pergi adalah di Giant Panda Pavilion ini. Lihatlah betapa comelnya ia!

Kalau nak tahu, Pavilion ini berkeluasan sekurang-kurang 3000m2 yang berbentuk kipas. Macau Giant Panda Pavilion direka mengikuti gabungan bentuk bumi semulajadi yang beralun-alun beserta ciri-ciri senibina yang unik.

Maklumat lanjut berkenaan pusat ini, sila layari Laman Web Macau Giant Panda Pavilion.


2.2) Kereta Kabel 


Wah!! Saya teringin sangat nak menaiki kereta kabel ini sambil menikmati pemandangan landskap terbaik di bandar Macau, iaitu Sungai Pearl dan pulau-pulau sekitarnya. Kereta kabel ini menuju ke Bukit Guia di semenanjung Macau. Pasti suasana kehijauannya memukau dan memikat pandangan. Sungguh teruja sekali!

Lokasi adalah di Avenida Sidónio Pais.

Untuk maklumat lanjut boleh layari : Laman Web Pelancongan Macau


3)  WARISAN DUNIA



3.1) Ruins of St. Paul's




Menurut Laman Web Pelancongan Macau, terdapat lebih 20 monumen lama di tengah-tengah bandar Macau. Ia telah tercatat didalam Senarai Warisan Dunia pada tahun 2005 dikenali sebagai "Pusat Sejarah Macau". Ia merupakan titik pertembungan bagi budaya timur dan barat yang sangat unik dalam sejarah dunia. Wah seronoknya, saya adalah peminat sejarah dan jika berpeluang saya akan pastikan melawat Warisan Dunia ini. Saya hanya perlu berjalan kaki disekitar kawasan sambil menikmati pemandangan bumi Macau.

Gambar di atas adalah  Ruins of St. Paul's yang mana pada asalnya ia adalah sebuah Gereja Mater Dei yang dibina pada 1602-1640. Kemudian, ia dimusnahkan oleh kebakaran pada tahun 1835. Disini juga terdapat muzium yang dibuka kepada pelancong iaitu Museum of Sacred Art and Crypt.


3.3.) Dataran Senado


Ini adalah Dataran Senado dan ia merupakan pusat bandar Macau selama berabad-abad lamanya. Dataran ini sangat popular dan merupakan tempat untuk acara dan sambutan secara besar-besaran. Menurut Laman Web Pelancongan Macau, dataran ini dikelilingi oleh bangunan  neo-klasik berwarna pastel yang mampu mewujudkan suasana Mediterranean yang konsisten dan harmoni. Keadaanya dan suasa seperti ini mengimbau keadaan yang romantik seperti berada di Eropah. 

Menurut bacaan saya juga, di dataran ini terdapat sebuah kedai Kebab yang Halal bagi pengunjung yang beragama Islam. Cukup sempurna!


4) MEMBELI-BELAH



4.1) ‘St. Dominic’s Market’ (Mercado de São Domingos) 


Kunjungan idaman saya seterusnya adalah tidak lain tidak bukan, iaitu di kilang tekstil dan pakaian di Macau. Di kawasan ini, banyak pakaian pakaian dijual untuk pasaran di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.  Saya hanya perlu mencari kedai yang dilabel  dengan 'Goods for Export’. Pasti kualitinya amat memuaskan hati. Bolehla saya borong sakan untuk anakku eiman, suami dan orang-orang kampung sekalian. Rasanya dekat sini sahaja akan mengambil masa yang lama, sebab saya ni kaki shopping. Seronoknya!


4.2) ‘Shoppes at Venetian’



Menurut laman web Pelancongan Macau, ‘Shoppes at Venetian’ adalah sebuah pusat membeli-belah yang mewah.  menempatkan lebih daripada 330 buah kedai yang menampilkan butik dan jenama mewah terkenal di dunia. Melihat kepada gambar yang diberikan, saya dapat membayangkan suasana yang romantik seperti berada di Venice! Oh Seronoknya!! 

Selain itu, pengunjung boleh menikmati telatah penghibur jalanan ‘Streetmosphere’ dan ‘jugglers’, ‘living statues’ dan pemuzik kerana mereka berada di sekitar Venitian. Kalaulah saya dapat ke sana...


5) MASAKAN DI MACAU


Snek Tempatan


Ia adalah Pastéis de Nata  atau dikenali sebagai Portuguese egg tarts yang nampaknya sangat menarik dan sedap. Walaubagimanapun, sebagai seorang muslim akan berusaha mencari Portuguese egg tarts yang diyakini halal. Saya rasa di sini, makanan penduduk Macau mempunyai pengaruh Eropah yang sangat kuat. Pastinya makanan seperti Pasta dan Roti adalah yang terbaik!



Gambar Pemandangan Macau yang cantik dikongsikan sebagai tatapan rakan-rakan.







Bestkan?

Itulah impian percutian 3 hari 2 malam  saya dan jika ada rezeki suatu hari nanti saya dan keluarga ingin sekali melawat ke negara Macau. Kepada rakan-rakan yang lain, marilah kita sama-sama menyahut cabaran ini dengan melayari laman web Nuffnang. 


Terima kasih diucapkan kepada Macau Government Tourism Office (MGTO) dan Syarikat Nuffnang. Tarikh tutup pertandingan ini adalah 23rd November 2014 (Ahad) jam 11:59 malam. Segala maklumat dan gambar yang dinyatakan di atas telah di rujuk pada Laman Web Pelancongan Macau di pautan berikut.  



Sebagai penutup, saya akhiri dengan serangkap pantun:

Memilih pemenang bukanlah senang,
Para juri puas membidik,
Sekiranya sayalah jadi pemenang
Saya pasti buat yang terbaik.



haha.. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi melayan dan membaca blog saya.
Doakan saya ya! Hingga berjumpa lagi ya! Sekian.