Monday, 3 November 2014

KEWAJIPAN SENYUM PADA PELANGGAN

Salam,
Harini aku nak berkongsi cerita pengalaman dengan korang pulak. Asik cerita makan dan travel pun bosan jugak. Harini kita kongsi-kongsi suatu pengisian yang pada pandangan aku sangat bagus untuk dipraktikkan. Perkongsian ini adalah berkenaan KEWAJIPAN SENYUM. Macam pernah dengar kan? Promosi SENYUM ni dah lama dah dilaksanakan, di Media Cetak, Media Elektronik dan sebagainya. Tapi, adakah rakyat kita Malaysia bumi bertuah ini telah melaksanakannya dengan secara meluas?

Bagi aku.. jawapannya MASIH JAUH DARI YANG DIBAYANGKAN

Image From Google

Kenapa aku kata masih jauh? Sebab masa aku nak bayar duit beli goreng pisang di kedai tepi jalan, makcik tu tak pandang pun muka aku. Dia ambik duit sambil kepala pusing ke kiri sembang dengan orang sebelah. Dalam hatiku pun berkata, "Makcik ni tak happy ke aku beli goreng pisang dia?"

Lagi satu, masa aku nak tanya saiz kasut di sebuah pasaraya ni, Sales Girl yang jual tu macam nak tanak je layan aku dahla tu siap buat muka masam. Sakit hati jugak bile kenangkan. Kita datang bukan nak buat musuh tapi bagi dia rezeki. Huh! Mengeluh jugak kadang-kadang tu. Aku pasti, bukan aku sahaja yang pernah rasakan pengalaman seperti ini. Ada juga aku baca di Internet bagaimana CUSTOMER SERVICE melayan pelanggan mereka dengan teruk sekali.

Siapa yang RUGI KALAU ANDA SENYUM?
Tiada siapa yang rugi. Kepada peniaga, senyum itu tidak memberikan anda sebarang kos pun. Malah ia memberikan anda kesihatan dan emosi yang baik. Kepada pelanggan pula, senyum itu memberikan satu pengalaman manis ketika membuat pembelian. Mungkin, kelak pelanggan itu akan datang sekali lagi kerana mengenangkan senyum anda yang sangat manis itu.

Pengalaman aku semasa berada di Negara Matahari Terbit Tahun lalu memberikan impak yang agak besar buat aku. Biasalah, aku bukannya anak orang kaya nak ke Luar Negara selalu. Jepun itu pun merupakan negara yang paling jauh aku pernah sampai. Ceritanya, semasa aku turun dari stesen MRT berdekatan bandar HARAJUKU, kami ternampak seorang wanita Jepun menjerit-jerit di dalam bahasa Jepun memanggil pelanggan untuk masuk ke dalam sebuah MALL ni. Aku nampak wanita jepun itu memegang sepanduk DISKAUN 50%. "Ohh... banyak betul diskaun tu! nak masuklah!" kataku pada husben. Kami melepasi wanita tersebut di pintu masuk dan beliau tersenyum kegirangan kerana berjaya membuatkan aku masuk ke Pasaraya tersebut. Malah beliau tunduk hormat dan mengalu-alukan kedatangan kami. 

Setelah berlegar-legar hampir setengah jam, tiada apa pun yang aku beli dari kedai tersebut. Tak ada pula yang berkenan, lalu kami pun keluar. Sebelum sampai ke pintu keluar, aku lihat wanita tersebut masih menjerit-jerit kegirangan memanggil pelanggan masuk ke dalam Mall itu. Apabila beliau nampak kami keluar, beliau tunduk hormat mengucapkan terima kasih dan tersenyum lebar seperti menang loteri 50,000. "Huh! hebat mereka ni!" bentakku lagi di dalam hati. Aku pun tertunduk-tunduk rasa bersalah kerana tak beli apa-apa pun. 

Lalu, kami terus ke bandar Harajuku dan menghabiskan masa di sana sehingga malam. Jam menunjukkan hampir pukul 8 malam, kami perlu lalu melintasi kedai tersebut semula untuk menaiki keretapi. Apa yang membuatkan aku terkejut adalah, wanita siang tadi masih memanggil, menjerit dengan nada yang sama, senyuman yang sama dan kegembiraan yang sama setelah hampir 8 jam bekerja. "Ya Allah! Kagum kagum aku dibuatnya"... 

Bagaimanakan beliau mendapat kekuatan untuk memberikan komitmen yang sebegitu hebat? Walaupun beliau hanyalah seorang Sales Girl, beliau bekerja dengan penuh dedikasi dan tekun. Katalah dia rehat dan sambung semula kerja malam tu, boleh ke dia bagi senyuman dan jeritan yang sama macam baru masuk kerja?? Dari telahan aku, rakyat JEPUN ni telah maju  satu abad dari kita. Bukan setakat kecanggihan teknologi, malah sikap dan keperibadian melampaui norma kehidupan kita di sini. Setiap kedai yang aku singgah, pasti dimulakan dengan senyum riang dari mereka. Apatah lagi semasa hendak membayar barang di kaunter, CASHIER nya, sangatlah manis dan baik. Pandangan mata pada wajah kita, fokus pada suara kita, senyuman yang nampak sangat ikhlas tidak pernah lekang dari bibir dan tunduk hormat tak kira siapa kita.

Sungguh hebat Peradaban mereka. Cuba tanya Perdaban ISLAM bagaimana?

Ini juga telah mengingatkan saya tentang sunnah Rasulullah S.A.W yang mulia. Rasulullah S.A.W sentiasa senyum kepada sahabat beliau walhal baginda adalah orang yang paling banyak menanggung beban masalah umatnya.


Maka, senyumlah pada sesiapa tak kira agama bangsa dan pangkat. Senyum itu adalah sedekah dan dengan senyuman, ia mampu memberikan pulangan yang baik jika anda seorang PENJUAL GORENG PISANG, SALES GIRL, KERANI CUSTOMER SERVICE, PEGAWAI BERPANGKAT BESAR mahupun BLOGGER TOP atau TAK TOP.

Kalau ada rezeki lawatlah negara-negara luar agar kita boleh ambik apa yang baik untuk dijadikan contoh dan tauladan. Semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan pelindungan ALLAH Yang Maha ESA.

Sekian.
Thank you for reading guys!

Nak sebijik! kot kot boleh buat korang rasa bersalah kalau tak datang lagi ke sini kan!! hahahahahaha!


Sekian.