Monday, 10 November 2014

Macam orang kaya lepak makan di WonderMama Restaurant & Cafe, Bangsar Village - kata suamiku

Salam,
Di suatu malam...

Aku: Daddy! Jom pergi Bangsar nak tak? Jom makan kat sana jom! Nuren kata kat situ ada satu restoran sedap!

Dengan loghat mat salleh celup dia menjawab: 
Daddy: Ohhh! BENGSARR! Oh thempat orheng-orheng khayer! Pakai Mercedes, ada driver rumah bheysar-bheysar!..

Aku: Betu-betul la.. jom makan sana jom!

(Dengar cerita awek-awek Bangsar Hot hot!)

Haha!.... eiman ni kalau bab awwek memang suka sangat!

Malam tu Eiman, berbaju Poney gambar Eiffel Tower. Hadiah dari auntie Nuren masa kami berkunjung ke Singapore. Tq auntie!

Ini saya... mak Eiman. Senyum sikit!

Tapi dalam beberapa situasi.... wajah ini akan keluar! haha


Lokasi kedai ni adalah di :
G6, Bangsar Village 1, Jalan Telawi 1,
Bangsar Baru, Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: (+60) 03 2284 9821
Email: bangsar@wondermama.co

Yang menariknya adalah pada dindingnya dilekatkan Tikam-tikam ni.. masa kecik-kecik dulu selalu main kot! Terimbau saat itu, bayar seposen untuk dapat satu nombor. hihi tapi dalam 3 kali tikam selalunya 1  kali pun susah nak kena. 


Pemandangan tempat duduk di dalam restoran WonderMama ni. Hiasannya minimal tapi menarik dan kemas. Cahaya agak malap sebab dia pakai mentol oren. Gambar makanan pun tak berapa cantik sangat. Tapi i dah cuba tangkap yang terbaik untuk tatapan u alls semua! k


Untuk minuman, aku order warm water sahaja dan husben aku order Teh ais. Dia serve pakai koleh je, macam zaman dulu-dulu kan. Comel. Lama dah tak nampak koleh macam ni.

Makanan pula aku order Special Seafood Maggi Mee Goreng, recomended by Nuren and rasanya cukup sempurna dan sedap!

Untuk Chadeq, dia mesti nak makan nasi so dia order Mama Kampung Style Friend Rice.
Rasanya sedap dan cukup menyelerakan. Sehingga licin lincau menjikat mangkuk.

Eh... dah nak habis dah cerita ni, ala... best kan kalau cerita panjang-panjang sikit. Hahahahaha. So penutupnya adalah sebuah sketsa dari anak aku Wafri Eiman. Sekarang dia dah pandai tak nak duduk dalam Baby High Chair dah. Sekejap je boleh, lepas tu nak keluar jalan-jalan. isk isk... Malam itu kami pulang ke rumah dengan gembira dan perut pun kenyang. Total... ekkk... lupa la... haha tapi menu macam tadi rasanya around RM 40-50 kalau tak silap. 


Ok.. itu sahaja dari saya buat masa ini. Harap korang semua gembira dan ceria selalu.
Thank you for reading ya!!
Jumpa lagi k!

Sekian.