Tuesday, 18 November 2014

RESTORAN ASAM PEDAS SETIAWANGSA

Salam,
Kadang-kadang perut ni terasa macam nak makan asam-asam pedas-pedas.. lalu terfikirkan Asam Pedas. Sebab kerja di KL, lokasi makan aku kali ini adalah di Restoran Asam Pedas di Setiawangsa KL. Wah wah.. makan sehingga terbeliak-beliak mata aku dibuatnya. Kalau kawan-kawan pandai masak,boleh masak asam pedas balik kerja harini. Sedap kan kan? Lepastu buat sambal belacan dengan ulam sayur, telur masin dan ikan masin goreng... Pergh!! Terangkat suami di rumah. kikiki


Jom baca selanjutnya...
Sambil menunggu masakan siap, mari suruh laki ambik gambar kita dulu. hahaaha..
katanyerr! hp canggih kan!

Gambar budak baik dulu
 

gambar hodoh kemudian, hahaha

Ok tanpa melengahkan masa, marilah aku tatapkan gambar asam pedas ikan pari dan ikan tenggiri yang kami order. Kat bawah ni Ikan Tenggiri, suami aku punya.

Dan untuk aku, Ikan pari. Aku memang suka asam pedas pari, rasa ngam sangat.

Nah, ni menu kami tengah hari tu

Kami ambil satu set ada sekali dengan ikan masin dan telur masin. Timun dan sayur lah sekali.. oh ya ada jugak tapai.

sayur kobis

Minuman, Teh O Halia dan Ice Tea

Ok satu kali lagi gambar makanan yang sedap ini.

Tengah cuba seting Handphone saya ke tu bang?

Jumlah bayaran untuk kami berdua adalah 30++
Tahap kebest-an makanan: baik dan sedap
Akan datang lagi: Semestinya  

Alamat:
Restoran Asam Pedas 
No.6 Jalan Jelatek 1, 
Jelatek Business Park,
54200 Kuala Lumpur

Sebagai penutup, gambar kekenyangan terpancar dari mata yang bersinar!
Cewah! hahahaha!

Sekian.