Thursday, 4 December 2014

Belanja Makan di Naili's Place Ampang berdekatan Ampang Point

Salam,
Holla, meh citer makan lagi ni nak bagitahu haritu layan makan di Naili's Ampang. Syok jugak lepak situ, santai dan tenang je rasanya dengan deko-deko dalamannya seperti berada di kampung-kampung gitew. Masa ni, yong aku teringin nak makan steak katanya. Jadi kami bawalah ke sini sebab dekat sini semua ada, western, malay food, semua ada...

Kegembiraan terasa membuak-buak sebab dapat makan beramai-ramai terutamanya apabila mak kesayangan ikut sekali. Mak .. mak, rasa macam hari-hari nak tengok muka mak kalau boleh.

Tengoklah makanan semua ni.. lazatnya... ammphh... amphhh...

Jom intai apa selanjutnya..

Mak.. ni lah mak. Aku macam muka mak tak? Actually, mak aku ni suka jugak bergambar, sama je dengan anak-anak dia. Lepas tangkap satu gambar je mesti nak tengok... pastu tangkap lagi... tengok lagi.. pastu cakap tak lawala.. nak sekali lagi.. hahaha so aku letak mak pose paling lawa dalam ni.. haha


Ni yong dengan pika.. yong aku la yang mengidam steak tu.. 
Tengokla wall kat kedai ni, gambar dinding pun lawa kan.. berkenan aku, nampak nyaman je.. hehehe 

Macam cina tu abang ipar aku, yang macam ustaz ada janggut tu somi aku la..

Sambil menunggu makanan yang diorder tu siap, mari kita kudap-kudap dulu dengan cucur ikan bilis ni.. sedap jugak.. rangup pastu cicah dengan sos cili pergh!

Aku punyala kopi o panas tu, siapa lagi. Aku memang suka layan kopi ni. Arwah nenek aku yang ajar aku minum kopi. Sekali dengan laki aku pun terjebak suka minum kopi sekarang. Ohh... rindunya aku pada arwah.

Sup cendawan untuk eiman.. dengan garlic bread. Karang korang tengokla anak jantan aku tu makan macamana....

Air 3 tingkat, nama dia aku lupa.. nampak cantik, rasa macam air tropika gas gas skit

Ni pun yong aku yang order, air laici apa tah..

eiman pun layan jugak makan cucur ikan bilis  ni

Ok.. belanja selfie satu

 Tadaaa....

Makanan pun sampai. Jadi sebelum baca doa makan, mari kita tangkap gambar makanan ni dulu.
ahh... ni nasi goreng sea food rasanya

Anak buah aku si Pika mesti makan spaghetti, her feveret

Ahh.. ni kompom aku tahu, nasi goreng kampung hihihi, somi aku punya

ahh.. ni pun aku tahu apa... telur dadar. hahaha.. 

Inilah dia steak yang di idamkan.. yong aku cakap sedap! next time aku cuba pulak.

Fish and Chip ni mak aku punya

Ni satu lagi gambar mak yang cantik. Mak tengah makan fish and chip pon boleh berhenti sebab nak bergambar punya pasal. kikiki lawakla mak aku ni

Haa, ni lah dia amukan sup cendawan dari anak aku. Kemain dia nak makan sendiri haa!

Eiman oh eiman.. biarla comot di muka asalkan boleh duduk diam-diam


Tengok tangan dia.. pergh! Aku biarkan je, belajar-belajarlah makan sendiri. Masa aku kecik dulu pun makan comot jugak. Takdala mak aku nak marah. Mak aku biarkan je, nanti lama-lama pandai la. kan eiman kan

Nah ni last gambar selpi kami bertiga. dengan tema : "Tiru gaya Eiman" 

Happy rasanya dapat makan ramai-ramai. Yela masing-masing dah ada keluarga, bukan dapat makan gini selalukan.  So totalnya lebih kurang RM150++. 

Sekian. Thank you for reading ya!