Tuesday, 2 December 2014

Jika Event Menguntungkan Kedua-dua Pihak Apa Salahnya?

Salam,
Isu ni jadi sebutan sekejap bagi blogger-blogger di media sosial.Ada yang menghina ada yang mengeji, ada yang memboikot, ada yang buat tak tahu sebab malas nak ambil port. Bagi aku apa salahnya kalau event itu menguntungkan perutku. Haha.. siapa tak nak sudah. Dia tak paksa pun, dan dia pun tak paksa suruh orang join. 

Rentetan dari blog Ben Ashaari berkenaan hal ini, aku setuju dengan pandangan dia. Event bukan boleh dijadikan harta intelek. Bukan macam tudung ke jam ke kasut ke mahupun selipar jepun jenama Fipper. Rasanya aktiviti macam ni banyak je yang dah dibuat, macam-macam cara dan kaedah ada, boleh pakai mana-mana suka.. atau jeng jeng jeng... mungkinkah ada sesuatu disebaliknya? 

Yang pastinya, bagi pandangan peribadi aku, tak payah la nak terikut-ikut sangat dengan sesuatu perkara yang tak tahu asal usul. Tak payah nak jadi nasi tambah atau mengapi-apikan orang tak baik tau!! Tuhan marah! Baiklah kita berfikir secara positif dan bersaing secara positif! Kalau terikut-ikut sangat nanti takut yang dikendong berciciran dan dikejar tak dapat. Baiklah kita wat lek je.


Marilah menyokong diantara satu sama lain dan hindarkanlah hasad dengki. Blogger Malaysia ni tak ramai mana pun, pusing-pusing jumpa batang hidung yang sama jugak. Ok!

erm... idea aku banyak kali je kene curi, aku halal kan je, mana tahu rezeki aku lebih melimpah ruah.. anggap je sedekah ilmu, lagi banyak bagi, lagi banyak dapat. 

Nah satu, aku sedekah selfie.... 
sekelip mata dapat dah untung si Ben follow aku kat Ig dan Twedder...

kot kot tak paham sedekah tu apa, gi google kasik paham

Sekian.