Sunday, 28 December 2014

MAK SENTAP KES POTONG RAMBUT ANAK

Salam,
Ni kes beberapa minggu lepas, masa tu rambut eiman dah panjang sangat... kesian dia kalau berpeluh kuat. Basah habis kepala. Aku pun mengusulkan cadangan potong rambut eiman kepada suami tercinta. Dia pun memperakuinya... Tapi katanya kena potong kat kedai professional supaya nampak smart bergaya hensem semuala... ok ku turutkan jelakan..

Ni sebelum potong

jam sekitar 9.30 pagi.. lepas minum pagi terus ke salun ni.. area Ampangla.. kompom2 mahal punya.. tapi anakkan.. apa ada hal. Masa kami sampai sini tak ada siapa pun lagi..

Masa masuk kedai tukang gunting tu siap2 cakap.. "nanti dia nangis susah mahu potong ahh, lu kasi pujuk dulu duduk dulu arr".. Memang eiman ni kuat nangis pun, pantang orang usik dia.. Tapi biasalah bagi aku, budak kecik kan.. rasa tak selamat dan terancam je mestilah nangis melalak.

Dekat sofa salun tu, ni bagi dia relek-relek dulu...

Kemudian, bila aku duduk je kat bangku potong rambut tu dengan dia, eiman pun start menangis, Aduh!.. bukan first time pun nak menangis. Memang payah sangat la dak eiman ni. Tukang gunting tu pun siap-siap cakap "Gunting rambut dia RM 20 arr!" Aku angguk kan jela..

Masa dia on kan je mesin potong tu lagi kuat eiman menangis. Aduhh! Tukang potong tu pun dah menggelabah semacam. Dia cakap kat aku.. "Kita kasi potong semua arr! Dia sudah nangis oo.. susah mahu gunting arr!.... Dalam keterpaksaan aku menggangguk je. 

Padahal muka laki aku dah ketat dah.. aku tahu kompom dia bengang kalau setakat sodok habis je rambut eiman kat kedai mamak pun boleh buat, murah pun murah!. Habis je gunting bayar jela RM 20 tu. Memang laki aku mengamuk dalam kereta.. "Bayar mahal!.. servis tah apa-apa.. kata je profesional!" marah benar lakiku. ermm.. biarlah.. aku diamkan je. Dia kata kalau ikutkan hati tadi nak je dia angkat eiman keluar.. tapi memandangkan aku angguk setuju, dia tahan jela marah kat situ.

"Tula bang... kedai prosefional tak semestinya pandai potong rambut budak!... pengajarannya

Nah... parajurit muda terus anak aku ni ha

Dia aspek nak macam ni la (sebelum ni)... hensem smart bergaya anak aku hahaha... yang potong ni Zandy, hairstylist kat kampung aku di Tg. Malim. Memang feveret aku dan Nuren.. Pandai giler potong! Dahla murah! 

Cam ni la baru sedap dan sejuk mata memandang

Minggu ni, aku balik kampung, sampai je Tanjung Malim, terus ke kedai gunting depan Maybank tu, "Zandy!! Zandy!!... please help! i potong kat KL, tengokla rambut anak i ni.. please do something!"..

Si Zandy tu senyum je! Dia belek-belek rambut eiman... DAN SESI BAIK PULIH DILAKSANAKAN!

Macam biasa anak anak aku memang melalak la.. tapi biasala tu.. tak payah la nak gabra sangat kan!!

Ha... tadaaa! RM 5 je dia charge!... bapak murah!

odw balik Tg. Malim.. rambut kembang semangkuk dah!

Tada.... settle.. sodok kiri kanan... macm ni baru <Macho> sikit


Ha. sejuk balik mata mummy.... aduh... lenkali aku akan balik kampung la potong dengan Zandy... he will be my feveret hair stylist forever and everla!!

Sekian.

#sentapmakrambutanakburuk