Wednesday, 3 December 2014

Makan di Victoria Station Jalan Ampang

Salam,
Pejam celik pejam celik dah masuk dah hari Rabu, wah cepatnya masa berlalu, 2 minggu ni memang aku agak busy sebab kerja-kerja membaik pulih sistem sedang giat dijalankan. Ehh terluahkan perasaan pulak.. hihi kat korangla aku nak berceritakan, siapa lagi kan aku nak mengadu. Huh! ok skippp!! 

Beberapa minggu lepas, ntah la dah hilang kira punya berapa minggu, aku ajak en somi makan di Victoria Station. Tekak ni teringin nak makan western pulak. Fefeling omputih haritu.. nak makan spaghetti la sangat rasanya. Balik kerja terus singgah ke VS Jalan Ampang. Husben aku dah siap2 bawak anak masa ambik aku balik kerja. 

Tak pernah lagi aku makan VS ni, kira pengalaman pertama ni macam mendebarkan sikit. ceh ceh.. tak tahu nak letak impression tu macam mana.. jom layan.....

Kedainya nampak classic sangat. Dekat depan pintu masuk tu ada Kepala Keretapi, hiasan dalam pula macam duduk dalam station keretapi. Wah... fefeling zaman 19 80 an dulu masa aku kat Stetsen Keretapi Tanjong Malim. Falling in love sangat!  Ha.. ni ha aku order sepegeti tu, air minuman teh o je senang.


Nah satu lagi gambar spaghetti

Kemudian, untuk eiman aku order brocolli soup dengan 2 keping mini bun. Sedap pulak brocolli soup ni, tu lah al kisah kepada breakfast eiman yang aku cuba buat haritu. Eiman nampak suka sangat siap menjilat ke sudu.. memang sedapla brocolli soup di ni. 

Ha.. tengok menceceh-ceceh sampai ke pinggan... nasibla eiman ni memang dah biasa pakai napkin masa makan, takdala kotor baju dia..

Husband aku pulak, kompom-kompom ambik daging, ntah tulang kambing ke lembu ni, rasanya macam kambing sebab kecik ke tulangnya.. rasa pula sedap sangat katanya.. lembut je.. aku pun cuit cuit jugak Memang sedaplah!

ha, tulang bahagian mana aku tak ingatlah, yang aku tahu sedap je... hihi

Layanan memang tip top, lagipun masa kami sampai adalah dua tiga kerat je pengunjung dalam tu. Keseluruhannya, aku berpuas hati dan menikmati makanan dengan gembira. Kalini takdala nak buat muka kesengihan sebab control malu depan waiter bangla dalam tu.. eh..hahaha memang semua waiter bangla. kikiki.. tapi tak kesah apa bangsa pun, kita kan satu Malaysia.. eh.. 
  
Muka comot makan brocolli soup.. eiman cakap "dap.. dap!"...

ok, setakat ini sahaja perkongsian aku, happy sangat eiman suka makan, bagi aku yang penting anak tu suka, aku dengan husband tak kesah sangat janji boleh telan.

Ok. Total harga dia aku lupa da, tapi ni tengah ada promosi
25% diskaun pada Set Menu Anniversary. Lepastu kalau dapat 12 stamp pada passport VS boleh dapat baucer RM50. Best jugak tu.
Boleh terjah laman web dia http://victoriastation.com.my/index.php


So sehingga berjumpa lagi, sekian.
Thank you for reading ya korang! muah!