Wednesday, 31 December 2014

Penutupan Tahun 2014 dengan Jumlah Pelawat 300 000

Salam,
Hye...penutupan tahun 2014 dengan penggenapan angka Jumlah Pelawat sebanyak 300, 000. haha.. giler sikit je.. terkedek-kedek je naiknya. Nan hado la nak berapa mantap cerah masa depan mana di dunia blogging ini. Update entry macam siput sedut. Dengan alasan kesibukan bekerja, anak dan suami.. hahaha.. padahal anak baru seorang. Hakikatnya aku memerlukan tidur yang cukup selama 8 jam setiap hari. kaka.. kalau tak cukup nanti tak produktif bila bekerja keesokan harinya. Kalau tak produktif kan tak bagus untuk performance peningkatan kerjaya. hahaha... 

Nah aku jugak yang dok refresh sebenarnya.. tapi tak dapat angka 300, 000 sebab ada visitor masuk


Azam tahun 2015 ni aku nak rajinkan menulis.. kakaka... konon je..sebab ada banyak entry yang tertuggak.. haha.. maaf ye kawan-kawan saya hutang gambar korang semua!! kiki

Padahal akhir tahun semua orang dah boleh rileks sebab semua SKT (yang mana keje gomen) dah complete, tapi aku akhir tahun ni selinsing tangan semua dok pi pantau orang pasang PC. Aduh!!.... 24 jam sehari dah rasa tak cukup... erm.. terpikirla macam-mana la perempuan yang aku perati dalam blog mereka, dalam IG ke dalam Youtube ke, boleh bangun pagi siapkan sarapan untuk anak dan suami, pastu bekerja pakai baju cantik-cantik, makeup bagai, pastu bekerja dengan penuh gaya. Kemudian, balik rumah boleh masak untuk anak dan suami siap buat deko-deko kat plate, siram pokok bunga malam-malam, pastu boleh tidurkan anak, tidurkan suami, kemas rumah,  lipat kain, update blog, pakai skin care bagai mask la sebelum tidur...last baru pejam mata..

Aku suspek diorang bela jin... takpun diorang ada kuasa untuk hentikan masa!

Aku ni, rasanya 50% je aku boleh buat dari semua yang disebutkan di atas. Kadang-kadang lepas makan anak tido, aku pun tido. Esok pagi anak bangun aku pun bangun.. hahaha... tapi memang rasa segar sangat. Lepastu, baru boleh bersiap pergi kerja dengan gembira!.... haha...

So adakah azam tahun baru aku ni nak jadi Super Mom?

ermm.........macam tak kot.. aku suka je macam sekarang. Buat yang termampu.. hihi.. 

Dahla malas nak fikir, kala fikir nanti jadi cemburu ... agagga.. ok 

Sekian. Bye..

Apela yang aku merepek ni.