Friday, 26 December 2014

SUSU KAMBING KARIHOME STEP 3

Salam,
Hye.. harini aku nak update cerita pasal susu kambing karihome STEP 3. ini adalah sambungan kepada cerita SUSU KARIHOME STEP 1 DAN SUSU KARIHOME STEP 2. Anak aku pun dah nak mencecah umur 2 tahun pun.. cuma tinggal lagi 2 bulan je. Aku dah pakai susu karihome ni lama sangat dah.. memang tiap-tiap bulan pakai susu ni sejak umur eiman 3 bulan. Sekarang, bila masuk umur 1 tahun ke atas, aku pun bertukar ke susu Step 3, dan aku tak bercadang pun untuk pakai susu lain. Sebab apa?... boleh baca entry aku sebelum ni. hihi


Setiap bulan sekurang-kurangnya aku akan gunakan 4 tin, paling banyak 6 ke 7 tin. Bergantung pada tahap penyusuan Eiman. Banyak susu tu bukan apa, sebab dia demam atau tak sihat, dia akan kurang makan. Jadi aku kenela lebihkan minum susu. Walaupun tak selalu, bila dikira bulan-bulan bukan sikit jumlahnya. Paling murah aku boleh dapat RM 95.90 satu tin, selalunya aku beli RM 98 kat AEON BIG atau di Farmasi. Ce darab dengan 4 tin, ha... tak ke nak dekat 400 sebulan. isk isk.......

3 tin beli kat Yat Fong, kedai dekat kampung aku murahlah sikit. Satu tin dah standby beli kat Aeon Big takut tak cukup.

Bulan ni susu Eiman telah di sponsor oleh kakak aku.. hihihi.. Rezeki oii... Alhamdulillah. Terima kasih yong. Semoga murah lagi rezeki yong!

Husband aku ada jugak usulkan untuk bertukar ke susu yang lain, tapi aku rasa berat hati sangat nak tukar. Sebabnya, anak aku ni sekali minum  7 ke 8 auns terus. Dahtu sehari bukan sebotol dua... emm.. badan dia pun dah sedang elok sekarang. Risau pulak kalu tukar montel jadinya. hihihi.. bersabor jelah dulu. Itu lah yang bestnya susu kambing ni, pandangan peribadi aku, susu ni tak naikkan berat badan eiman dengan mendadak sangat walaupun minum bertin-tin.. hihi

Kalau ada yang bertanya kat aku pasal bertukar susu ke atau nak campur susu ke.. aku memang angkat bendera putih. Sebabnya aku bukan doktor, malahan nutritionist pun jauh sekali.. hahaha Lagipun anak aku tak pernah tukar susu selepas amalkan KariHome ni. so aku tak ada pengalaman. Mungkin boleh rujuk dengan pakar kanak-kanak. 

So untuk Step 3 ni, aku akan gunakan sehingga anak mencecah umur 3 tahun. Harap makin membesar makin kurang lah.. hihi...Tapi kalau tak kurang pun aku redho jugak asalkan eiman sihat dan pandai! Amin.

Macam-macam akai dah sekarang ni... isk isk


Sekian. Thank you for reading ye! Muah!

Kalau nak lawat entry lama silakan lah ye :) Search karihome pada blog ini ye.

Kedai Susu Karihome Online : Babydash.com