Friday, 28 March 2014

FULL HOUSE PERTAMA KALI PERGI

Salam,
Aku dah lama dah dengar nama restaurant Full House ni. Ada yang cakap cantik. Selama ni dengar jela orang makan kat situ.. takpun tengok gambar. Teringin jugak nak pergi. Pastu, hari pertama aku masuk kerja.. masa lunch ... dia datang ke pejabat amik aku, nak makan sama2.. mentang2 la dekat je kan sekarang

Husben: Nak makan mana?
Aku : Mana yang best?
Husben: Ntah.. nak makan apa?
Aku: Apa2 jela
Husben: Nak makan biasa ke nak makan best?
Aku: Tak kesah... janji sedap
Husben: Makan nasik nak?
Aku: Tak nak
Husben: Nak makan goreng2 ke?
Aku: Tak nak la.. tak nak makan goreng2 tak selera

..... lepas beberapa suggestion diberi olehnya, telah ditolak oleh aku

Husben: Abang tak tahula! Nak makan apa ni??..
Aku: Ala .. yang sedapla.
Husben:... okla jom pusing2 dulu cari kedai makan..

Ronda punya ronda ... lalu la depan Restaurant Full House
bila dia tunjuk tu Full House.. terus setuju! haha.. 
Abang, ni la makan APA2 JE... yang saya nak!

Lalu... si suami pun terus pengsan.


SALAM PERPISAHAN BUAT SEMUA DI SANA!

Salam,
Puas jugak fikir... macam mana nak mulakan entry perpisahan ni.. bukan sehari dua kita berkenalan.. hampir 4 tahun setengah.. suatu masa yang panjang.. banyak pahit manis.. masam masin segala kenangan yang ditempuhi bersama.. masakan dapat dilupakan begitu sahaja. Sayu .. sebak.. semua ada.. rasanya tak tertinggal kawan2 sebegini.. tapi.. masakan kita merubah takdir.

Sudah ditetapkan, aku akan berpindah ke jabatan lain tanggal 18 februari 2014. Berita yang agak mengejut jugak bagi aku sebab aku diberitahu akan perpindahan ini kurang dari sebulan sahaja. Memang aku yang memohon untuk berpindah jabatan di sekitar KL.. rasa senang sikit sebab anak dan suami ku memang di KL. Aku je ulang alik setiap hari ke Putrajaya. Perjalanan mengambil masa 1 jam.. kadang kadang 1 jam setengah.. tapi tu takdala menjadi hal sangat. Yang membuatkan aku berpikir banyak kali sebab duit minyak dan Tol MEX  dan servis kereta yang mahal tu. erm..


Friday, 21 March 2014

Happy Birthday My Baby! We Love You!!

Salam,
Hye harap masih tak terlambat nak berkongsi gambar Sambutan Hari Jadi Baby Eiman pada 11.2.2014 yang lalu. Maka genaplah Eiman 1 tahun, tahun ni.



Tuesday, 18 March 2014

TRIP TO JAPAN - SOALAN DARI STUDENT

Assalamualaikum akak..

Maaf mengganggu.saya ada bace trip akak dan family ke jepun..saya sekarang tengah uruskan trip untuk group kawan saya di ****..saya cadangkan diorang pergi jepun jadi sekarang saya yang kena uruskan trip tu..saya nak tanya beberapa soalan dekat akak..maaf kalau menyusahkan akak. ni antara soalan-soalannya :

1)berapa kos nak buat passport biometrik tu dan apa syarat2nya.

2)saya rancang nak tidur hotel dan kongsi bilik ramai2..kiranya budget student..hehe..tapi kan kalau hotel, dia kira per bilik ke per orang?

3)kami nak guna pass yang mcm yokohama-minatomirai dan lain-lain..tapi dalam masa sama kami rancang nak pergi tempat2 yang kami dah susun aturkan..kebanyakan train yang akak naik, tren2 tu kerap x berhenti?sbbnya tempt kami nak pergi banyak dan jarak xjauh dan xdekt..risau pulak tren tu berhenti jauh2.jdi kami x dpt brenti dkt tmpt kami nak brenti

4)boleh x kalau kami bawak periuk nasi sendiri..boleh guna x?

Maaf ye akak byk sgt soalannya..

Jawapan:

1) Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun

Untuk maklumat lanjut perkaitan passport boleh baca sini : PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

2) Di Jepun kebanyakannya akan kira per orang. Jepun agak strict dalam tempahan hotel, selalunya akan kira berapa orang yang boleh masuk satu bilik. Ada sesetengah hotel tak benarkan lebih dari 3 orang dewasa dalam satu bilik yang disyaratkan 2 orang sahaja. Akak tak pasti hotel yang murah kat mana. Sebab akak sewa bilik dalam rumah orang. Akak cari di sini https://www.airbnb.com/c/nleeza?s=3&i=1 

3) Berkenaan train, jarak satu train dengan train selepasnya sekejap je dalam 5 ke 10 minit. Memang train dia cepat dan jarak jauh mana pun tak ambik masa yang lama sangat. Yang penting dah tahu mana nak pergi. Perancangan kena teliti kalau pergi sendiri. Kena belajar Map Train dia... sebab banyak interchange. Tapi jangan risau sebab kalau tak paham boleh je tanya kat pegawai yang jaga dekat kaunter atau tanya je orang muda di jepun. Diorang mesti akan tolong.

4) Boleh bawak periuk nasi tapi soketnya kena bawak yang universal socket sekali.. pastu ada yang cakap.. nasi tak berapa masak sebab rice cooker kita guna power yang kuat.. kat jepun, powernya tak kuat. akak masak guna rice cooker yang tuan rumah sewa punya.. hiihii.. :)

Harap ia membantu k. Kalau ada persoalan lagi bleh drop emel leezarule@gmail.com.

Sekian.


Thursday, 6 March 2014

WAHAI SEMUA PEMBACA BLOG NOVA LEEZA yang disayangi! jom menderma jom!!

Salam,
Harini aku terpanggil untuk menulis, satu entri khas buat seorang anak kecil bernama ADRA AFIEYA. Siapakah anak kecil ini??

Baby ini menghidap sejenis penyakit yang dipanggil BILIARY ATRESIA.
Bila aku tengok muka baby ni.. terus rasa sayu je hati aku..
Adra memerlukan sumbangan orang ramai.. kawan-kawan semua..
Pembedahan transplan memerlukan kos sehingga 1 juta ringgit. Sehingga kini, kutipan telah mencapai RM 450 000 update on facebook page hari ini 6.03.2014 sejam yang lalu.

Sikit je lagi... InsyaAllah boleh dapat jumlah ni dengan bantuan rakan rakan semua..

Facebook : Donation for Baby ADRA AFIEYA  
#DonateRM1forBabyAdra

jom menderma.. semua Allah memurahkan rezeki kalian agar melimpah ruah... amin

Kepada yang sudi memberikan sumbangan, bolehlah berbuat demikian ke akaun 
bapa Adra, Maybank 5622 2732 7760 - ADZRIEFAIZ ADZLAN. 

Semoga ibu bapa adra sentiasa kuat dan tabah.. Allah menguji hambanya yang terpilih.
Sebagai seorang ibu ... aku juga merasa kesedihanmu... InsyaAllah semua selamat.



Jom tengok video ni.


Sekian.. terima kasih semua!

Wednesday, 5 March 2014

Bercuti ke Tokyo Jepun Part 6 (Harajuku)

Salam,
Hye genap la sebulan aku tak hupdate blog.. haha.. jangan marah ye sebab aku sibuk dengan pindah Jabatan.. pastu sibukla menyiapkan kerja-kerja di opis lama supaya tidak tertunggak.  So sekarang aku memang tak busy lagi di ofis baru.. baru kan mana nak ada kerja lagi. Kalau dah lama kang banyakla kerjanya... ok tutup cerita alasan semata.. meh sambung cerita di Harajuku. 

Last day untuk berjalan, Hari Jumaat, sebenanrnya kaki dah letih.. badan dah penat. Ikutkan planning patutnya harini ke Yokohama.. di Yokohama ada pusat pameran Toyota, ada Hello Kitty world ada Aquaria.. tapi erm... tapi bila bincang balik.. sudahnya ke Harajuku jela.. jauh pun tak jauh sangat. Yela aku kan bawak anak kecik. Bawak baby ni payah sebenarnya. Bagi aku la, sebab aku ni jenis cepat penat.

Pagi tu, cehh macamla pagi sangat padahal tiap2 hari keluar pukul 11 tak pun 12 tengah hari.. sebab pepagi rasa sejuk sangat.. Bangun awal?? macam tak la kot.. berselimut lagi sedap kot kat dalam futon tu. haha emangnya dasar pemalas bangun pagi!

Sampai di Harajuku tengah hari.. perot lapa... ni gambar mak masa di satu Mall ni.