Sunday, 29 June 2014

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

Salam,
Ha.. panjangkan tajuk entry mak kalini. haa.. sebelum tu ai nak ucapkan SELAMAT BERPUASA!! buat semua pembaca blog ini yang terchenta.. wahh... puasa puasa jangan tak puasa. kikki, jadi bersempena bulan puasa ni pening-pening pikir nak masak apa kan.. meh aku nak kongsikan satu resepi RAHSIA!!! shh... jangan bagitahu orang tau. Resepi Pakcu aku yang sangat2 sedap lazat iaiutu MEE KUAH IPOH MALI!

Ok... teruskan sahaja dengan cara-cara memasak agar korang semua dapat menatap masakan yang enak ini..haha..

Thursday, 26 June 2014

Coach Bowling Awak Tu, Dia Boleh Ajar Kat Alamanda Je Ke?

Salam,
Holla, hye semua, puasa nak dekat dah ni, anda sudah bersedia kah? Belum lagi? Samala! saya juga masih belum bersedia. Saya risau badan saya tak fit untuk berpuasa kerana gastrik. Yang pastinya memang tak boleh skip Bersahur! hihi.. 

Harini aku nak gossip satu benda dengan korang ni. Kalaulah korang masih ingat kan, aku pernah keluarkan satu artikel berkenaan aku menuntut ilmu main bowling dengan laki aku kan. Dah tua camni baru nak belajar kan. Biarla kan, umur bukan penghalang kan kan Janet kan. Lepas skill bermain tu berjaya ku garap, sedari itu aku memang konfident la digelanggang bowling, walaupun sentiasa di tangga terbawah. Takper kita pelan-pelan kayuh.

Paling kelakar, masa aku post artikel bowling tu, ada satu komen ni mencuit hati sangat.

Salam awak..nak tanye.. y coach bowling awak tu,die bleh ajar kat alamanda jeke?

Dik, coach bowling saya ni personal punya. Dia merangkap suami, sahabat, coach, teman makan dan teman sebilik saya, dik. hahahha!



Tuesday, 24 June 2014

Kenduri Doa Selamat dan Tahlil Secara Ad Hoc!

Salam,
Cerite minggu sudah...

"Salam, Balik kampung tak minggu ni?" - yong (kakak sulong)
"Erm.. tak sure lagi sebab abang (lakiku) ada kelas hari Ahad ni, kenapa yong?" - Aku
"Mak & Nenek nak buat Doa Selamat Sambut Puasa dan Tahlil utk Arwah Abah" - Yong
"Oh yeke, tak tahu pun, bila rancang nak buat nya?" - Aku
"Pagi tadi, sebelum mak pergi kerja" - Yong
"Haa.... yeke, arini kan hari Jumaat, kenduri bila?" -Aku
"Malam esok, malam Sabtu. Kamu balik tau!!" - Yong
"Aaa.... aa... aa.. ooo key.. okeey" - Aku

Ha... boleh je kan terkejut-terkejut nak buat kenduri macam tu kan.. Memang kelam kabutlah yong aku sibuk booking catering la, meja bangku la.. beli barang-barang keperluan kenduri. hihi.. Boleh je kan gitew! Memandangkan dah mandatori kena balik, terpaksalah kami pulang Jumaat malam sebab nak tolong apa yang patut kan... 

Inilah Master Mind nya... kih kih kih
Otai... masih berbisa!! 

Friday, 20 June 2014

LUMUT PART 3 : MAKAN DI RESTORAN TELUK MUROH

Salam,
Haha.. FB hantar friendly reminder.. dia cakap aku dah lama tak update FB Page dan follower FB Page aku menunggu update terbaru.. eleh yeke.. cam boleh caye ke. haha


Aku memang pun hutang cerita Lumut Part 3, kali ni aku nak update pasal makan di Restoran Teluk Muroh, Lumut Perak. Walaupun hampir sebulan lepas kan, hahaha ape salahnya kan update cerita lama-lama, ai is ok jerrr. hihi.Malam terakhir tu aku dan suami mencari2 jugak kedai makan yang best, search kat Waze, kat blog blog.. nampaknya ada juga yang mencadangkan Restoran Teluk Muroh ni. Bagus jugak sebab tak jauh sangat dari Hotel kami di Marina Island. 

Kami sampai sekitar 8.00 malam, memang keluar lepas solat Maghrib sebab Eiman ni jenis tido awal, Nanti lambat mengamuk pulak dia kat kedai makan tu. So untuk meraikan keberdatingan kami yang ke 44 kali ni kami pun orderla makanan-makanan yang sedap-sedap ini.....