Tuesday, 8 July 2014

PERNAH CUBA MAKAN FUEL SHACK DI KLCC TAK?

Salam,
Kisah makan Fuel Shack ni bulan lepas... kami pergi bertiga, salah satu sebabnya adalah kerana rasa bersalah tidak meraikan hari jadi suamiku dengan sempurna seperti tahun-tahun yang lalu. hihi.. Itu pun selang beberapa hari kerana menunggu suami aku habis kerja malam. Memang ada planning nak belanja dia makan Burger sedap-sedap skit kat TGI ke Victoria Station ke Chillis ke... hotel ke.. tapi dia pulak tak nak. Dia kata dia tak kesah, janji sedap.

Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana bulan ni kami dah banyak berbelanja.. pindah rumah, bayar deposit, sewa lori dan macam-macam lagi lah. Masa tu jugakla Insurance dn Road Tax kereta kena renew. Tayar kereta 4 bijik kena ganti, Bateri Motor lagi....erm.. walaupun susah bulan lepas, kami syukur semuanya berjalan dengan baik.

Nyam... ok jom kita layan gambar Fuel Shack, pastu nanti aku kongsikan harganya berapa k!

Monday, 7 July 2014

SELAMAT HARI LAHIR ABANG KE 30 Yang Sangatlah Meriah!

Salam,
Holla, haa... nak share gambar ni. Memang dua tiga minggu ni sibuk sangat sebab menolong suamiku punya assignment... uhhh!!Semalam, semuanya sudah selesai! Lepastu cepat-cepat nak update blog. hihi.

Kalau tak simpan gambar ni kat blog nanti hilang pulak kenangan hari jadi suami ku yang ke-30 kan. Memang sambutannya meriah sangat.... tak caya jom layan!

Eehh sebelum tu i nak ucap Welcome to 3 series d!