Thursday, 28 August 2014

PEREMPUAN BERMUKA STRESS MENGHADAP LAPTOP

Salam,
Minggu ni tak sempat nak update blog lagi. Isnin dan Selasa aku cuti. Isnin tu aku cuti sebab aku kena sakit belakang susah nak duduk nak baring semua la... ah sudah! Ni sebab slip disk tu la... tak boleh jadi, terus ke hospital dan dapat injection. Petang tu, aku gagahkan badan ke tempat mengurut di Manjakaki Ampang Point mencari kak Zana, bidan urut yang aku amat puas hati setakat ni. Tapi malangnya haritu kak Zana cuti pulak, aku call dia, dia rekemen kat aku Kak Mai. Dia kata kak Mai pun bagus.. Memang tip top la Kak Mai tu.. macam kak Zana jugak. Lega sangat sakit belakang ni... huh! Selasa tu pulak aku cuti sebabada appoinment dengan Pakar Ortopedik di Hospital Angkatan Tentera (HAT MIZAN). First time refer sini lepas dapat surat pelepasan dari Pakar Ortopedik Hospital Serdang. 

Tue ha.. sijil cuti sakit warna hijo atas meja aku... tak hanto lagi kat pengurusan..
Meja aku pun bersepah tu... ahhaa pemalas sangat oii!

Friday, 22 August 2014

Hang Out Dengan Besties di Coffee Bean & Tea Leaf Ampang dengan Harga Murah

Salam,
Hye ualls.. malam ni i nak sembang berkenaan Hang Out atau Lepak-lepak dengan kawan baik di Coffee Bean & Tea Leaf dengan harga yang sangat awesome! 

Macam mana caranya.. jom layan entry ni!

nyummm!!

Thursday, 21 August 2014

Bawak Anak Melawat Taman Rama-rama di Lake Garden KL

Salam,
Minggu sudah kami ke Taman Rama-rama dengan tujuan untuk memperkenalkan rama-rama yang hidup pada Baby Eiman dan kakak Pika sebab asyik tgk kat TV je kan. Eiman sejak setahun dah kenal rama-rama sebab lagu kat Chu Chu TV tu ada rama-rama terbang dan setiap kali dia nampak rama-rama dia akan sebut "BA!.. BA!"  dengan mudahnya dipendekkan dari perkataan Butterfly. Belasahla eiman, janji ada bunyi.

Lokasi:
Kuala Lumpur Butterfly Park,
Jalan Cenderasari,
Taman Tasik Perdana,


berjalan ke bawah... mencari rama-rama
(ni kakak saya yang comel & vogue gitu.. kasut tinggi kau hader!)

SELAMAT PENGANTIN BARU IRA DAN HAIKAL

Salam,
Minggu lepas aku dan suami menghadiri MEJELIS PERKAHWINAN IRA & HAIKAL. Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Ha... Keluarga Ira ni, sebelah perempuan dah lama aku kenal dan dah macam saudara. Agaknya hampir 20 tahun dah kot. Kakak aku yang aku panggil Nyah tu berkawan baik dengan kakak Ira yang bernama kak Lina. erm.... tak yahla cerita asal usul perkenalan sejarah semua.. so kita terus je menatap gambar perkahwinan sama cantik sama padan ni k! Zass!

2 gadis 2 mak dara!

Wednesday, 20 August 2014

Jemputan NNRaya Open House 2014

Salam,
Semalam, aku buka facebook... tengok ada kawan blogger AkuBiomed update pasal jemputan raya Nuffnang dah diedarkan kepada yang terpilih. Aku pun ada join jugak contest tu.. tapi takda pulak email dari Nuffnang.. ermm dalam hati, tak dapat kot. Sentap Mak!


Thursday, 14 August 2014

CARA MENANGANI APABILA ANAK DISERANG SELSEMA

Salam,
Selsema adalah penyakit yang sangat sinonim dengan kanak-kanak terutama bagi mereka yang berumur di bawah 3 tahun. Anak aku pun selalu sahaja diserang selsema bila terdedah dengan persekitaran yang kotor tercemar dengan virus selsema, keadaan yang terlalu sejuk seperti penghawa dingin yang di pasang terlalu sejuk dan lama, mandi di kolam renang awam, keadaan panas dan sejuk yang tidak menentu dan sebagainya. Itulah diantara sebab-penyebab anak aku akan diserang selsema.

Ada kisah tahun 2014 sampai eiman kena masuk wad.


Tuesday, 12 August 2014

Daddy Yang Penyayang

Salam,
Eiman Yang Mummy Sayang, 
Mummy mention mummy je sayang sebab bukan daddy tak sayang, daddy tak suka tulis blog, dia kata leceh dan dia tak reti nak tulis ayat panjang-panjang, jadi mummy mention mummy je sayang. Tapi eiman jangan terasa pulak bila dah besar baca blog mummy ni balik. Nanti eiman cakap daddy tak sayang pulak. Daddy adalah seorang bapa yang sangat penyayang and he loves you so much and mummy rasa dia sayang eiman lagi banyak dari dia sayang mummy. Sebab mummy dapat rasakan dengan menggunakan naluri ke 6 mummy, mummy dapat rasakan cinta daddy pada eiman adalah mengatasi cintanya pada mummy sejak ......

gambar dari google

Monday, 11 August 2014

BELAJAR MENEROKA TOPI KELEDAR SAMPAI MAK TERSENTAP

Salam,
Dah lama dah teringin nak beli helmet untuk eiman. Dah tengok lama dah.. tapi tangguhkan dulu sebab kepala dia kecik sangat lagi, tak muat helmet pun. Beberapa minggu lepas, aku lalu tepi kedai, nampak helmet BEN 10. Bila tanya, dia kata tinggal satu je!!! Mata aku dah bulat  sebab aku rasa helmet tu Schomeelll!!! Kalini aku nak jugak ambik! "Abang, saya tak kira, saya nak jugak!!"

Suami aku mengangguk!

macam ni pun boleh la!

Friday, 8 August 2014

MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG DI WANGSA MAJU KL

Salam,
Keterujaan berkongsi makan tengah hari di Restoran Mak Jah Kuala Sepetang membuak-buak kerana keudangan yang melimpah ruah semasa menjamu selera Mee Udang Sepecial dan Kue Teow  Udang Sepecial. Lokasi adalah di Wangsa Maju, di hujung deretan kedai-kedai berdekatan Wangsa Walk. Erm.. memang puas hati dapat makan sedap harini. Memang tidak mengecewakan dan berpuas hati dengan layanan baik dari mereka. Tisu pun mereka hantar tanpa diminta selepas lihat kami makan agak bersepah dengan kulit-kulit udang di situ.


Thursday, 7 August 2014

PERKHIDMATAN DESIGN BANNER BLOG

Salam,
Aku nak mewar-warkan di sini bahawa aku ada menyediakan satu tawaran hebat iaitu:

PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK/DESIGN 
BANNER BLOG

.. macam ni banner tu :



Wednesday, 6 August 2014

BERUBAH SELEPAS KAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK

Salam,
Selamat menyambut syawal buat semua pembaca Blog Nova. Nova harap masih tak terlambat untuk minta ampun dan maaf di atas segala salah dan silap yang telah saya lakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Jika ada terhutang dan saya telah lupa untuk melangsaikan hutang pada saudara dan saudari, mohon beritahu pada saya agar dapatlah saya selesaikan segera. Kepada semua pembaca setia mahupun pembaca yang datang secara sembunyi-sembunyi... ya, maksud saya adalah kamu... Saya harap saudara saudari akan selalu mendapat keberkatan hidup agar aman damai tenang dan dimurahkan rezeki. Amin. Terima kasih kerana masih mengunjungi blog Nova. 

So, masa pantas berlalu, sebulan di bulan puasa tidak puas aku nikmati, mungkin kerana sibuk dengan urusan keluarga yang semua sedia maklum, kesihatan arwah nenek terganggu sejak pertengahan bulan Puasa. Masa banyak dihabiskan di kampung dan di hospital. Walaupun begitu, saudara-mara tak henti kunjung tiba, malah pakcik-pakcik kesayangan hamba juga telah menghabiskan banyak masa mereka bersama kami sekeluarga. Syukur ke hadrat Illahi di atas kuniaan keluarga yang pengasih dan pengayang dan saling bantu membantu semasa susah senang. Syukur.

Monday, 4 August 2014

SEBUAH HATI YANG TELAH PERGI

Salam,


Menulis kali ini dengan penuh hiba,
Kesedihan tak terpendam menyarang di hati,
Keperitan menjunam menerjah lubuk terdalam,
Kepasrahan dan keredhaan dipangku teratas,