Monday, 29 September 2014

KRIM BERKESAN UNTUK RUAM DI BADAN ANAK

Salam,
Hye, kalini aku nak berkongsi satu ilmu yang aku tahu berkenaan ruam pada anak terutama bagi bayi.Aku pernah post satu entry berkenaan Ruam di Muka Bayi dan nampaknya ramai juga ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama. Aku juga dah gunakan pelbagai krim untuk masalah ruam sehingga aku mendapat nasihat yang sangat berguna dari seorang ahli farmasi ni.

Wafri Eiman semasa berumur 9 bulan

Friday, 19 September 2014

MARIMO POKOK PELIHARAAN YANG JINAK

Salam,
Siapa tahu Marimo angkat tangan. hihi
Saya pun ada dah Merimo saya sendiri. Ceh.. guna saya sebab cerita kalini pasal benda comelkan, ayat pun kene comel. hihi Meh saya perkenalkan pokok peliharaan saya yang terkini nama dia MOMO!

Bentuknya bulat dan berwarna hijau

Begitu senang sekali membela Momo kerana.....

Wednesday, 17 September 2014

"ABANG NAK PERGI TEMPAT SEJUK LA" kata suamiku

Salam,
Minggu lalu, sepanjang minggu suami aku asik cakap nak pergi tempat sejuk-sejuk macam Genting ke Cameron ke.. ntah napa tah dia ni.. haritu ada ke ajak naik Genting untuk lepak-lepak sejam dua lepastu balik. Kosa sangatla aku nak naik Genting yang jalannya mak hai berpusing-pusing tu. Halahai!! Aku ni pulak jenis cepat pening dan muntah.

So sempena ada sedikit acara berkumpul adik-beradik belah Mak aku di Ipoh, suami aku terus mencadangkan untuk naik ke Cameron. Haritu aku dah tolak, kalini kasi chance la kat dia sebab jalan ke Cameron tu takla pening sangat macam kat Genting kan.

Yang penting... mak shopping sayur!!! Jom layan gambar-gambar best! Sejuk! bak kata lakiku.

Anak teruna... sikit punya lebor senyum tu

Monday, 15 September 2014

ANAK AKU DAH BOLEH MAIN GELUNGSUR DI TAMAN PERMAINAN

Salam,
Hye, menghadap perkembangan anak sendiri membesar memang amat seronok! Setiap perkara baru yang dia boleh buat memang merupakan kegembiraan yang terlampau buat aku. Selalunya aku akan menjerit dan melompat sambil tepuk-tepuk tangan.. haha.. excited sangat weh!

Suatu petang beberapa minggu lepas, semasa kakak dan mak aku datang ke rumah kami di KL, aku bawak mereka ke Taman Permainan berdekatan. Kakak Pika la yang sangat seronok bermain, memanjat la, menggelungsur la, naik see saw la.. Anak aku... berlari berlari dan berlari ke sana ke mari tanpa arah dan dikejar oleh aku dan suami.. pergh penat wooo! Rasanya banyak kalori terbakar haritu mengejar Eiman.

Wednesday, 10 September 2014

Melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia

Salam,
Hye.. harini aku nak berkongsi kisah lawatan aku ke Muzium Kesenian Islam yang terletak di Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur. Haa.. ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Muzium Kesenian Islam ni. Kalau nak tahu, di Kuala Lumpur ni banyak tempat menarik untuk dilawati tau. Bagi sesiapa yang menetap di Kuala Lumpur, mungkin anda sudah biasa mendengar ataupun telah melawat tempat bersejarah seperti ini. 

Memang aku secara jujurnya suka melihat negeri/negara orang, sejarah mereka,keindahan ukiran, kesenian, budaya dan sebagainya namun semua itu agak menelan belanja yang tinggi kan. haaa.. apa kata kita tukar angin.. hujung minggu kita bersama keluarga melawat tempat-tempat menarik disekitar Kuala Lumpur. Suami aku yang sejak kecik menetap di Kuala Lumpur pun, tak pernah pergi Muzium-muzium, taman Rama-rama, Aquaria ke... semua yang dia pergi ni adalah kali yang pertama... takpe takpe.. nanti lepas ni banyak lagi tempat yang kita akan lawati di Kuala Lumpur.. hahaha bersiap sedialah ye bang.. kikiki

Seterusnya, jom kita alami pengalaman aku semasa melawat Muzium Kesenian ni.

Suami dan Baby Eiman bergambar di hadapan Muzium

Sunday, 7 September 2014

Pertandingan BowlinG ICT 2014 Peringkat Jabatan Ku

Salam,
Ni cerita pagi semalam.. Jabatan aku, ICT mengadakan pertandingan bowling di Pusat Bowling Wangsa Walk Mall.. Event start pukul 9.30 pagi, ramai yang hadir dan sangat-sangat meriah. Masa inilah aku nak berkenalan dengan keluarga kawan-kawan ofis baru kan. Buat hal pagi tu pulak, aku dan husben dah terlajak tido..tgk jam dah pukul 9.00pagi..hihi sebab mak anak apak semua tido lambat semalam so bangun pun lambat ... hihi.. :)

Diikutkan aku dah bersama mengenali mereka hampir setengah tahun, sejak pindah jabatan baru. Memang seronok dapat bersama kawan-kawan yang sporting dan havoc macam diorang ni. Mana taknya.. Unit aku, 3/4 perempuan oii.. 3 orang je lelaki termasuk bos. haha dapat bayangkan tak?.... 

So inilah semua gambar yang aku sempat rakamkan semasa aktiviti bowling tersebut.... hii hii
Jom layanla....

Girl Rulez!

Friday, 5 September 2014

Saya Nak Let Go Barang-Barang Pre-Loved PERCUMA!

Salam...
Hye..to all my lovely readers! Harini saya nak letgo barang-barang saya yang masih elok dan cantik. Barang-barang ni saya letgo sebab ada yang tak muat, salah saiz, tak sesuai dsb. Kalau nak jual pun macam tak patut sebab dah pakai walaupun sekali. So.. kalu berminat bolehla reply Pantun 2 kerat di ruangan Komen ye..

Barang 1

Kasut Jenama POLO
Warna Oren
Saiz 6
Kondisi 9/10
Pakai sekali je, Sangat comel untuk kasual wear 

Kalau minat ni sambung pantun 2 kerat ni k..
Nanti saya pilih

"Hari-hari makan limau"
........


Wednesday, 3 September 2014

Tuhan, Jaga Dia Untukku

Salam,
Jam di tangan menunjukkan waktu 5.00 petang, dah sampai masa untuk pulang ke rumah. Bersiap-siap berkemas-kemas. Kertas di atas meja susun rapi kerana meja yang kemas boleh membuatkan mood gembira apabila tiba di pejabat esok pagi. Tap! Tali pinggang di bangku duduk kereta di pasang. Memang aku wajibkan agar sentiasa memakainya. Keselamatan mestilah di utamakan.

Memandu laju keluar melusuri pintu gerbang. Keadaan memang sentiasa sesak maklumlah duduk di Kuala Lumpur menjadi kebiasaan bagi kami. Sebelum itu, hands free telefon di pasang di telinga. Seperti biasa, perkara yang aku akan buat................................. 


kredit gambar dan mesej dari Google

Rumah Terbuka Nuffnang 2014 bersama UMobile

Salam,
Pada 23 Ogos 2014 (Sabtu ) seperti yang telah dikecoh-kecohkan di blog haritu, aku pun melangkahkan kaki menuju ke.... kereta, haha naik kereta la kan... lalu husben aku pun memandu kereta ke Wanaka The Bunglow untuk menghadiri Majlis #NNRaya Open House 2014 yang julung kalinya dilakukan oleh team Nuffnang berkolaborasi bersama UMobile, AmbiPur, Carama Castrol, Humble Beginnings, Doof Industries dan WOW Photobooth. Disamping perasaanku yang sangat teruja untuk berjumpa blogger-blogger kesayangan... hihi 

Ha.. tu baru intro... dah nampak macam gempaq kan? haha so jom layan apa aktiviti yang aku lalui pada hari itu... jom

Sampai sahaja kami di Lokasi dengan bantuan Waze, aku pun turun kereta, dan menyuruh husbenku untuk mengambil gambar aku yang masih elok make up, baju pun masih kemas dan bebau wangi seperti pewangi Ambi Pur itu. Ceh... sempat promote Ambi Pur kan...

Lokasi : Depan rumah Wanaka The Bunglow