Friday, 31 October 2014

NYUMMEH BBQ KOREAN RESTAURANT!!

Salam,
Harini dah hari jumaat. Syukur!! Sampai juga ke hari Jumaat minggu ini. Amin. Masih diberikan ruang dan peluang oleh-Nya untuk bersama dengan tersayang. So, i nak kongsi cerima makan lagi harini sebab ada beberapa entry makan yang i dah hold dalam Draft tunggu masa nak keluar je. Ok back to deh story, di suatu tengah hari, suamiku mengambil aku di pejabat. Di dalam kereta....

Chadeq Nakamura aka Suami ku Mithali sebab selalu bawa isteri pergi lunch: 
Nak makan kat mana??

 jawab isterinya aka pompuan mengada susah nak jaga katanya #hamboihamboikau: 
BBQ Restaurant Wangsa Walk Please!

Thursday, 30 October 2014

MAKAN SEDAP DI DAVE'S DELI

Salam,
Hye semua, bahang demam cherating masih terasa lagi, keseronokan di tepi pantai sukar untuk dilupakan sebegitu sahaja. Malah ia tidak berhenti setakat itu, perancangan bercuti untuk tahun depan telah mula dibincangkan. Nampaknya keseronokan bercuti di Cherating telah mencipta satu memori yang indah bagi semua peserta. Aku dan suami pun masih hangat bersembang mengenai kenangan manis di sana. Oh.. tidak tercerita panjang pulak pasal Cherating. haa... kan dah cakap dah.. tak habis lagi pasal Cherating. Ok back to our topic harini.

MAKAN SEDAP DI DAVE'S DELI  

It's Lamb Bebeh!! Lamb Bebeh!!!

Wednesday, 29 October 2014

FAMILY DAY - PANTAI CHERATING PAHANG (PART 3)

Salam,
HITAM!!!! TERBAKO!! kulit aku terbako!! Habisla.. dahla sedia hitam, sun burn lagik! Anak aku kulit burn, aku kulit burn, laki aku... tok sah cakap... kalau dia berlari keluar bilik air dalam gelap mau aku menjerit orang minyak!! agagagagagagagaga *^&&^%&%^$% Gambar selfie pun rasa tak konfiden. Tapi kalau ikutkan pantun 2 kerat ni;

hitam hitam sitampuk manggis, 
makin ku pandang bertambah manis....

Tuesday, 28 October 2014

FAMILY DAY - PANTAI CHERATING PAHANG (PART 2)

UPDATED on 29 Oktober 2014, Wednesday

Salam,
Hye, harini aku nak sambung cerita family day part 2. Pagi ni kami bangun awal bersarapan dan bersiap sedia ke pantai untuk bersenam dan acara sukaneka. Ahh... bestnya, saya suka suka suka suka suka suka neka! hihi Aktiviti harini di tepi pantai. Persediaan alatan  sukaneka pun telah disediakan oleh urusetia... tapi sementara menunggu kehadiran semua orang kami sekeluarga sempat berjalan di tepi pantai...


Monday, 27 October 2014

FAMILY DAY - PANTAI CHERATING PAHANG (PART 1)

Salam,
Hye you alls. Minggu lepas kami sekeluarga telah pergi bercuti selama 3 hari 2 malam mengikuti rombongan FAMILY DAY pejabatku ke Pantai Cherating. Wah wah wah... teruja sangat sebab pertama kali mengikuti family day pejabat baru ku ini. Baru ke?? haha.. adalah setengah tahun dah!.. Jom layanzzz!

Budak kecik ni duk menyengeh nak pergi bercuti

Thursday, 23 October 2014

Pengalaman Baru dalam HIDUP di Acara Nuffnang Lovin’ iaitu Dialogue in The Dark

Salam,
Seperti yang dijanjikan, harini aku nak berkongsi pengalaman semasa menghadiri Dialogue in The Dark bersama Nuffnang yang bertempat di The School Jaya One, Petaling Jaya. Aku pergi bersama kawan baikku Nuren. Sebelum aku meneruskan perkongsian ini, mohon agar kawan-kawan bersedia menerima penceritaan yang sangat gelap ini..... sangat gelap... ya.. gelap... hahahahahahahahaha (ketawa seperti Darth Vader).....hahahahhahaha

Wednesday, 15 October 2014

Makan Dekat Cafe FLAVOURS Chef Riz, anak Chef Wan

Salam,
FLAVOURS Kitchen ni adalah sebuah restoran kepunyaan Chef Riz, anak Chef  Wan tu. Haritu masa lalu kat Dataran Jelatek, aku ternampak banner perpindahan Restoran Chef Riz ni dari Bangsar ke Jelatek. Oh... dalam hati, boleh la pergi cuba nanti bila buka.

Pemenang Samsung Galaxy S5 NNRaya 2014

Salam,
Oh... mana nak mulakan ni, ok mulakan dengan Bismillah. Amin syukur ... 
Menjerit, melompat, ketawa terbahak-bahak, hilang selera makan, tersenyum seorang, dan menangis teresak-esak merupakan simptom-simptom gangguan emosi yang telah di alami dalam tempoh 48 jam ini. haha.. macam nak gila jugak tak percaya, 10 kali baca emel ni atas bawah atas bawah.. bukan SPAM ni bukan SPAM ni... betul ni.. betul ni. pitam......

Monday, 13 October 2014

PERKAHWINAN BELLA DAN AIMAN

Salam,
Minggu lepas mak dan family kakak aku turun KL di atas pujuk rayuan adiknya ini kerana mengajak mereka ke kenduri AIMAN & BELLA. Pengantin ini sama cantik sama padan. Suka sangat tengok diorang berdua ni, manis je di atas pelamin tu...

Friday, 10 October 2014

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 3

Salam,
Hye semua, akhirnya selesai sudah perjalanan kami selama 3 hari 2 malam di Singapura. Hati sungguh rasa gembira dan seronok kerana berjaya menghabiskan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Kini tibalah masa untuk kami meninggalkan Hotel V dan menaiki teksi ke Lapangan Terbang Changi. Barang-barang telah siap-siap kami kemas semalam sebelum tidur agar tidak kelam kabut untuk bertolak awal keesokan harinya.

Until we meet again V!

Thursday, 9 October 2014

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 2

Salam,
Merajinkan diri untuk update cepat sebab kalau makin lama datang pulak penyakit Alzheimer's disease aku ni kang. Haha.. nasib boleh refer dengan Nuren bila lupa kronologi penceritaannya. Boleh gitew kan! 

So, hari kedua, haruslah berjalan sakan lagi ke tempat lain ceruk di Singapura itu. Hari ini kami merancang ke Mustafa Centre, EXPO, Orchad sekali lagi sbb nk beli sourvenir lagi dan makan di Saizeriya sekali lagi. Kami dari Bras Basah akan menuju terus ke Ferrer Park. dari situ kami berjalan kaki di sekitar Little India dan terus ke Mustafa Centre.

Pose satu di Stesen MRT Bras Basah
Dengan Tema Kawan Baik Selamanya!

Wednesday, 8 October 2014

CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS YANG MENCANAK-CANAK

Salam,
hye.. tadi saja je usha CPUV kat Nuffnang, erm... baru je lepas Cash Out 30 haribulan lepas. Dapatla sikit pendapatan untuk buat belanja suka-suka. Terbeliak mata tengok CPUV kemain berjela panjang kat Blog ai tu. Betul ke betul ke? sampai gosok-gosok mata.. sebab selalunya satu dua tiga ke.. ni sekali dia bagi 12 sekali On Going... harap melekat lama-lama sikit. Oleh itu, saya akan rajin menaip blog selepas ini. Hahaha.. Motip sangat!

Depa kata ada isu disebalik kemasyukan CPUV ni.. erm.. ok kita tunggu dan lihat sahaja perkembangannya. Betul kah??


tu je nak share.. haha...sekian.

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 1

Salam,
Hye... penat berjalan masih terasa lagi, kaki lenguh sebab berjalan dari pagi hingga ke malam. Percutian kali ini adalah bersama kawan baikku iaitu Nuren. Yes, kami berdua je, anak-anak dan bapa-bapa kami tinggalkan di Malaysia. hihi.. Actually, nuren is on business trip, aku pula sebab pergi bercuti. Tapi bukan senang tau aku nak dapatkan persetujuan dari persatuan bapa semalaya ni, tambah-tambah pergi berdua pulak tu kan. Walau apapun yang pasti kami dah selamat pulang Sabtu lepas. Wehuu... Jom layan gambar-gambar yang aku sempat tangkap semasa hari Pertama kami menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Changi Singapura.   

Kami menaiki Kapal Terbang Air Asia AK 707 yang bertolak lebih kurang jam 11 tengah hari.