Wednesday, 31 December 2014

Penutupan Tahun 2014 dengan Jumlah Pelawat 300 000

Salam,
Hye...penutupan tahun 2014 dengan penggenapan angka Jumlah Pelawat sebanyak 300, 000. haha.. giler sikit je.. terkedek-kedek je naiknya. Nan hado la nak berapa mantap cerah masa depan mana di dunia blogging ini. Update entry macam siput sedut. Dengan alasan kesibukan bekerja, anak dan suami.. hahaha.. padahal anak baru seorang. Hakikatnya aku memerlukan tidur yang cukup selama 8 jam setiap hari. kaka.. kalau tak cukup nanti tak produktif bila bekerja keesokan harinya. Kalau tak produktif kan tak bagus untuk performance peningkatan kerjaya. hahaha... 

Nah aku jugak yang dok refresh sebenarnya.. tapi tak dapat angka 300, 000 sebab ada visitor masuk

Sunday, 28 December 2014

MAK SENTAP KES POTONG RAMBUT ANAK

Salam,
Ni kes beberapa minggu lepas, masa tu rambut eiman dah panjang sangat... kesian dia kalau berpeluh kuat. Basah habis kepala. Aku pun mengusulkan cadangan potong rambut eiman kepada suami tercinta. Dia pun memperakuinya... Tapi katanya kena potong kat kedai professional supaya nampak smart bergaya hensem semuala... ok ku turutkan jelakan..

Ni sebelum potong

Friday, 26 December 2014

SUSU KAMBING KARIHOME STEP 3

Salam,
Hye.. harini aku nak update cerita pasal susu kambing karihome STEP 3. ini adalah sambungan kepada cerita SUSU KARIHOME STEP 1 DAN SUSU KARIHOME STEP 2. Anak aku pun dah nak mencecah umur 2 tahun pun.. cuma tinggal lagi 2 bulan je. Aku dah pakai susu karihome ni lama sangat dah.. memang tiap-tiap bulan pakai susu ni sejak umur eiman 3 bulan. Sekarang, bila masuk umur 1 tahun ke atas, aku pun bertukar ke susu Step 3, dan aku tak bercadang pun untuk pakai susu lain. Sebab apa?... boleh baca entry aku sebelum ni. hihi

Saturday, 20 December 2014

Majlis Pernikahan Sepupuku Atika&Hakim

Salam,
Hye uolls, i tengah semangat nak update Majlis Pernikahan Sepupu ai haritu. Tahniah to both of you guys! Sempat jugak aku datang malam tu walaupun husband aku kerja shift malam. Gigihkan jugak ha... walaupun agak terkejar-kejar jugakla. Wajib oii kene datang kalau tak mengamuk cousin ai ni nanti. Diorang tak pernah miss kenduri kahwin ke raya ke mesti kitorang gathering together-gether! Jom layan gambar majlis pernikahan malam tu jom....

 Pengantin sedang debar menantikan saat diijabkabulkan sebagai seorang isteri... waah.. terimbau pulak kenanganku dulu-dulu

Thursday, 4 December 2014

Belanja Makan di Naili's Place Ampang berdekatan Ampang Point

Salam,
Holla, meh citer makan lagi ni nak bagitahu haritu layan makan di Naili's Ampang. Syok jugak lepak situ, santai dan tenang je rasanya dengan deko-deko dalamannya seperti berada di kampung-kampung gitew. Masa ni, yong aku teringin nak makan steak katanya. Jadi kami bawalah ke sini sebab dekat sini semua ada, western, malay food, semua ada...

Kegembiraan terasa membuak-buak sebab dapat makan beramai-ramai terutamanya apabila mak kesayangan ikut sekali. Mak .. mak, rasa macam hari-hari nak tengok muka mak kalau boleh.

Tengoklah makanan semua ni.. lazatnya... ammphh... amphhh...

Jom intai apa selanjutnya..

Wednesday, 3 December 2014

Makan di Victoria Station Jalan Ampang

Salam,
Pejam celik pejam celik dah masuk dah hari Rabu, wah cepatnya masa berlalu, 2 minggu ni memang aku agak busy sebab kerja-kerja membaik pulih sistem sedang giat dijalankan. Ehh terluahkan perasaan pulak.. hihi kat korangla aku nak berceritakan, siapa lagi kan aku nak mengadu. Huh! ok skippp!! 

Beberapa minggu lepas, ntah la dah hilang kira punya berapa minggu, aku ajak en somi makan di Victoria Station. Tekak ni teringin nak makan western pulak. Fefeling omputih haritu.. nak makan spaghetti la sangat rasanya. Balik kerja terus singgah ke VS Jalan Ampang. Husben aku dah siap2 bawak anak masa ambik aku balik kerja. 

Tak pernah lagi aku makan VS ni, kira pengalaman pertama ni macam mendebarkan sikit. ceh ceh.. tak tahu nak letak impression tu macam mana.. jom layan.....

Tuesday, 2 December 2014

Jika Event Menguntungkan Kedua-dua Pihak Apa Salahnya?

Salam,
Isu ni jadi sebutan sekejap bagi blogger-blogger di media sosial.Ada yang menghina ada yang mengeji, ada yang memboikot, ada yang buat tak tahu sebab malas nak ambil port. Bagi aku apa salahnya kalau event itu menguntungkan perutku. Haha.. siapa tak nak sudah. Dia tak paksa pun, dan dia pun tak paksa suruh orang join. 

Rentetan dari blog Ben Ashaari berkenaan hal ini, aku setuju dengan pandangan dia. Event bukan boleh dijadikan harta intelek. Bukan macam tudung ke jam ke kasut ke mahupun selipar jepun jenama Fipper. Rasanya aktiviti macam ni banyak je yang dah dibuat, macam-macam cara dan kaedah ada, boleh pakai mana-mana suka.. atau jeng jeng jeng... mungkinkah ada sesuatu disebaliknya? 

Yang pastinya, bagi pandangan peribadi aku, tak payah la nak terikut-ikut sangat dengan sesuatu perkara yang tak tahu asal usul. Tak payah nak jadi nasi tambah atau mengapi-apikan orang tak baik tau!! Tuhan marah! Baiklah kita berfikir secara positif dan bersaing secara positif! Kalau terikut-ikut sangat nanti takut yang dikendong berciciran dan dikejar tak dapat. Baiklah kita wat lek je.