Friday, 30 January 2015

Layan Makan Aiskrim di Magnum Cafe IOI Mall Putrajaya

Salam,
Beberapa minggu lepas aku dan suami pertama kali jejak kaki ke IOI Mall Putrajaya. Besar Mall ni, dengar cerita ada ice skating dan wall climbing.. wah gempak jugak! Ok yang tu nanti kita explore. So semasa berjalan menuju ke lokasi air pancut berwarna-warni yang dibina di ruang legar utama IOI Mall ini, aku terpandang lambang Magnum dan nampak orang tengah beratur panjang.

"Wah!!!... syioknya! Abang JOM AISKRIM!"


Hari itu bukan hari minggu, tapi pengunjung tetap ramai. Agaknya sedap kot kan.. ~dalam hati

Dekat Cafe ni boleh pilih sama ada nak makan aiskrim yang telah di design dan diberi nama atau kita nak pilih sendiri bahan yang kita nak. Ehh.. susah pulak nak terang kat sini. Aku malas nak pilih-pilih bahan so aku cakap je nak Cookie Monster dan Golden Flower .. apa tah nama dia lupa dah. Lepastu dia ambik sendiri bahan-bahan tu dan campur dan goncang dalam shaker. Kemudian tabur atas aiskrim. Siap!

Nah.. ni Cookie Monster tuk husband dan Golden Flower tu utk aku

Comel kan aku punya aiskrim ni.. memang kelopak rose betul ni yang dah agak kering. Aku belasah tak ingat laki dan anak.. pergh sedap!

Nah sekali lagi Cookie Monster close up! Daddy share dengan eiman. mih mih mih.

Eiman yang excited nak makan ni..


Hihi...

Sedap Cookie Monster ni.. memang berbaloi beli

Tengokla eiman tu pandang daddy macam tak puas hati je.. haha takut daddy habiskanla tu!

Redho je di suap walaupun dia memang nak pegang sendiri

Erm.. seronok budak ni makan aiskrim sampai habis!

Biarlah comot-comot!



Seronok makan sampai tertidur

eh.. dah bangun dah! hihihi

Harga sebatang aiskrim dalam 9 ringgit lebih la.. kalau tanya aku sedap ke?
Aku jawab SEDAP!.. sebab aku memang hantu aiskrim. Kalau lagi mahal harga aiskrim tu lagi sedap! 
agagagaga.. ok selurang-kurangnya pernah la merasa kan?

Ok. Thank you for reading ya! Singgah lagik!

Sekian.