Saturday, 17 January 2015

Makan Sedap di Johnny Rockets, Avenue K

Salam,
Beberapa pada hari Sabtu, 29 November 2014 yang lalu, aku telah mendapat jemputan ke AK Food Adventure dan ia adalah acara pengembaraan food blogger untuk mencuba makanan di restoran-restoran yang disenaraikan di dalam Mall Avenue K! Salah satu Restoran yang terlibat adalah Johny Rockets. Food Adventure ini bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan semua food blogger yang terlibat boleh mengunjungi restoran-restoran yang disenaraikan. 

Johny Rockets adalah restoran barat yang wajib aku kunjungi kerana ia menghidangkan makanan yang sangat sedap dan enak, terutamanya Burger-Burger yang gemuk lazat itu. Setibanya kami di depan Restoran Johny Rockets kami dibantu oleh penyambut tetamu yang sangat ramah. Kemudian, aku menunjukkan passport AK Food Adventure dan mereka pun menyediakan burger yang sedap untuk kami. Ini adalah kali pertama aku mengunjungi restoran ini. Rasa keterujaan sangat!




Ini lah menu Johny Rockets

Ada starter dan Sandwiches

Menu Burgers 

Selain itu, HotDog pun ada

Anak aku selamat dah tidur masa ni, lepas minum susu terus lena

Bertema Merah Putih dan Hitam, kitchen terbuka sangat menarik 

Penyediaan Air

Terdapat juga sitting di tingkat atas. Kalau nak bercinta tu bolehla beromantik di atas ni..hihi

Inilah keadaan di dalam Restoran tersebut

Mak bergambar dulu ye.. ihihihi

Tengoklah air yang dihidangkan. Sedap mak ooiii!

Memang licin aku belasah

Semasa kami makan, lagu di pasang dan perkerja restoran ini mula menari mengikut rentak lagu. Wah!! Seronoknya ada persembahan pula tu kan!

Nah burger! Dahla besar banyak pulak tu Fries nya! Memang kenyang lah!

Comel je cili tu dia lukis gambar senyum

Setelah selesai menikmati hidangan, aku sempat bergambar dengan pekerja-pekerja Restoran Johny Rockets

Bergambar dengan penyambut tetamu pulak

.......


Kemudian, setelah sebulan berlalu, akibat terkenangkan keenakan vanilla shake tempoh hari, suami aku mengajak aku ke Johny Rockets semula. Uhh! Orang dah ajak tu jangan ditolak kan.. haha.. ikutkan jela mih mih mih


Eiman pun dah lapar tu

"Mummy, nanak! nanak!" - dia cakap tak nak bergambar hihi

Mummy eiman dan Eiman

Suami ku cam biasa mesti nak order Ice Lemon Tea

Langsung tak  ak berenggang dengan telefon la dia ni

Ha.. tercapai jugak impian mak menikmati Vanilla Shake ini sekali lagi.. aww aww


Selain mak, budak ini pun enjoy menikmati Vanilla Shake 

Ha.. habis comot ahh

Menari lagi... eiman pun terkinja-kinja menari dekat kerusi


Yeay Burger dan sampai dah! nyam!

Pumpkin Soup untuk eiman.. banyak betul dia makan sup ni. Memang sedap.

Ni husben aku punya

Ok... selesai makan, kami pun bayarlah bilnya. Ehh.. kali ni kena lah bayar ye. Yang ni tak free. hihi. Memang berbaloi bagi aku walaupun agak mahal tapi makanannya lazat dan enak. Sesekali bolehla bawak yang tersayang mengunjungi Johny Rockets, pasti si dia tersenyum gembira.

Dah kenyang, hati senang jom gi jalan pulak di shopping mall Avenue K! Hooray!

Sekian. Thank you for reading ya!