Friday, 23 January 2015

MAKANAN SIAP BUNGKUS DI SUSHI BOX AVENUE K

Salam,
Bersempena dengan Minggu AK Food Adventure, aku janjikan nak cerita sampai habis semua kedai yang aku lawati. Salah satu kedai yang aku suka adalah Sushi Box. Memandangkan aku pun memang suka sangat pada Sushi kan, jadi peluang yang diberikan pastilah jangan dilepaskan. Sebagai seorang pengembara makanan, aku diberikan peluang untuk memilih satu bungkus kotak Sushi yang aku suka.

Yang mana aku pilih? Jom ... tengok jom




Keadaan di dalam kedai Sushi Box ini mengingatkan aku pada lawatan aku ke Negara Jepun Tahun 2014 yang lalu. How i miss Japan so much!

Ada Hot Udon, ada Kacang Pea, ada pelbagai jenis Sushi

Memang susah sangat aku nak buat pilihan. Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Cantik je tersusun rapi di dalam bekas. Pada setiap bekas terdapat 6 ketul Sushi. Pilihan hati aku semestinya Teriyaki Salmon!


Kalau nak yang lebih besar boleh pilih Set Combo atau Supreme

Kedai ini mengamalkan konsep layan diri/Self Service. Anda hanya perlu pilih dan bayar di kaunter.

Yang menariknya adalah, anda tidak perlu risau kerana semua makanan di Sushi Box ini adalah HALAL!


Aku tu, mendukung si Eiman. Melihat pembantu kedai itu untuk menyusun kotak-kotak sushi yang telah siap di pek kan.

Jangan haraplah budak ni nak berdukung lama.

Selepas siap bergambar semua, acara wajib adalah bergambar bersama pembantu kedai. Thank you pretty girl. See you again ya!

Wah.. nampak gemuk pipi ku di situ. Tu lah makan-makan je kan. Setelah selesai di Sushi Box, kami pun meneruskan pengembaraan makan ke kedai yang seterusnya... nak tahu kedai mana?

Stay Tuned ya!!

Kalau nak cerita dengan lebih cepat boleh subscribe di blog ini pada ruangan sebelah kanan dan juga jangan lupa ikuti Blog Nova Leeza di MukaBuku ya!

Thank you for coming!

Sekian.