Tuesday, 27 January 2015

Malam Sabtu di Dataran Merdeka

Salam, 
Malam Sabtu yang lepas suami aku menyuarakan keinginan dia untuk membawa kami ke Padang Dataran Merdeka. Memandangkan aku ni bukanlah dilahirkan di Kuala Lumpur, jadi aktiviti di Dataran Merdeka ni bukanlah di dalam bidang pengetahuan aku. Cuma husband aku pernah cakap masa dia muda-muda dulu selalu jugak lepak dengan kawan-kawan di Dataran Merdeka sambil tayang-tayang kereta yang telah dibikin.

Oh... macam tu ekk?.. "Budak baru nak UP bb, macam tulah!" katanya. haha.. 




Masa kami sampai di kawasan menuju ke Dataran Merdeka, jalan disekitar tersebut telah di tutup. Yerlah malam Sabtu, bagi chance la kat pengunjung yang datang untuk menikmati kecantikan bangunan lama Sultan Abdul Samad. Kami pun park kereta di sekitar dan berjalan masuk ke Dataran. Nampaknya ada persembahan seni dihadapan Perpustakaan Kuala Lumpur. Ada yang menyanyi, ada yang berpuisi dan ada yang membuat persembahan tarian. 

Wah! Pengalaman pertama hidupku di Dataran Merdeka.

Kemudian, kami berjalan terus menuju ke padang berhadapan Dataran Merdeka. Oh.. ramainya orang! Ada yang berkelah, ada bersantai bersama keluarga dan kanak-kanak sedang berpesta meraikan malam yang penuh dengan kegemilangan cahaya lampu kelip-kelip dan spot light yang terang benderang. 

Ada juga peniaga jalanan yang menjual barang permainan seperti lastik cahaya, pistol bubble, bola dan sebagainya. Pandai mereka mencari rezeki. Kami pun beli Pistol Bubble dan bola untuk bermain dengan Eiman. 

Tengoklah eiman sibuk nak tangkap bubble

Sampai bubble jatuh ke tanah pun dia nak tangkap

Daddy... thank you d! Memberikan kecerian kepada kami di malam Sabtu

Bangunan tua yang masih tesergam indah

Anak-anak dan ibu bapa sibuk bermain di padang

Cuaca pun elok je malam tu.. langit pun cantik

Mummy selfie satu kali

Melayan eiman bermain bola

Eiman jom bergambar eiman

Nak dukung katanya

Jom main bola!

Aku lambungla tinggi-tinggi.. 

Eiman seronok sangat malam tu sampai tak nak balik. Dia nak main lagi katanya. Badan dia berpeluh habis basah baju.

Tak sangka sungguh malam Sabtu di Dataran Merdeka sangat meriah, Rasanya kami patut lebih kerap berkunjung ke sini untuk melakukan aktiviti bersama keluarga di samping boleh beriadah. Seronoknya! Thank you dd!

Jom beriadah jom! Malam Sabtu ok? Set! Kita berkelah sambil makan bihun dan ayam goreng. Air teh ais.. pergh! Bestnya.

Ok, tu jelah nak share. Nanti aku share pulak aktiviti Street Jump yang kami buat hari Ahad, esoknya.

Sekian. Thank you for coming ya! See ya on the next entry!

Bye.