Wednesday, 28 January 2015

Melompat di Jump Street Asia PJ

Salam,
Hye semua! Minggu lepas aku dan suami ke Jump Street Asia yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Kalau korang mengikuti aku di Instagram mesti korang dah tahu, jadi harini aku nak berkongsi pengalaman aku dan anak semasa melompat di sana.

Sebelum tu, ada yang tanya :
"Macam mana nak beli tiket masuk?" ... haa... aku beli tiket online untuk mengelakkan kesesakan, menunggu dan beratur panjang.

Soalan kedua: Macam mana nak bayar? Online payment guna debit atau kredit card.

Website dia di sini:


Nah daddy baru nak warm up, eiman dah melompat-lompat kegirangan

Si daddy mintak ambil satu gambar dia.. layan kan je

Ada beberapa perkara yang aku rasa wajib aku highlightkan di sini. Perkara ini pun ada dalam T&C semasa nak buat bayaran, tapi mungkin kita malas nak baca atau ambil tahu. So diantara yang penting adalah :
  1. Memakai pakaian yang sesuai kerana anda akan berpeluh dengan kuat
  2. Anda perlu membeli stokin yang special di jual untuk kegunaan di trampoline ni
  3. Satu petak lompatan untuk satu orang sahaja
  4. Ibu bapa yang bawa anak perlu awasi anak kerana kecederaan boleh berlaku 
  5. Anak kecil kena jaga betul-betul, bila dia berlari ke sana ke mari especially bila dia masuk petak lompatan orang yang tengah melompat boleh menyebabkan hentakan kuat pada kanak-kanak.
  6. Jangan melompat sambil pegang anak/bayi!
  7. Sebelum melompat kena buat regangan dulu 
  8. Ulang sekali lagi, jagan anak-anak kecil baik-baik!

Kenapa nak tekankan pasal anak kena jaga baik2, sebab anak aku pun berlari sakan ke sana ke mari, masuk petak lompatan masa aku tengah jumping. Nasib aku perasan dan terus stop. Huh! bahaya!

Ada satu lagi kes masa kat sini aku nampak ada seorang mak ni dia pegang anak dia bawah 1 tahun (sebab aku nampak macam tak pandai jalan lagi). Boleh je dia lompat-lompat di trampoline sambil pegang ketiak budak tu. Pergh,risau giler aku tengok sebab nampak kepala budak tu tergoyang-goyang dengan kuat. isk isk.. Bahayanya!

Tapi kalau anak yang dah besar tu takda masalah sebab ada banyak referee yang awasi dan jaga setiap tempat ni. Kalau dia nampak ada yang melompat sekali nanti dia akan tiup wisel suruh stop.

Yang ni laki aku lompat atas sponge petak. Aku tak buat pun, jaga eiman yang sibuk berlari ke sana ke mari.

Ada satu tempat ni boleh melompat sambil masukkan bola dalam net. Best ni.

Berehat la! penat penat penat!

Cantik la dinding yang dia lukis. Memang kat sini lah port bergambar.

"Kurus abang macam ni!" katanya

Ha.. kena pakai gelang kertas ni semasa berada di sini

Jom bergambar!

Suka gambar ni so letak banyak-banyak

hihihi

Eiman.. dah besar dah anak aku ni

Ecece.... poyo lak dia ni

Mulut tu pot pet pot pet je..

Belanja selfie satu

Tu dia!


Okla, dah penat. Anak aku pun dah penat nak tidur tu. Tengok jam dah pukul 2.30 petang...jom balik!

Kesimpulannya, aku rasa aktiviti ini sangat menarik dan seronok untuk dilakukan hujung minggu. Nampak je senang lompat-lompat tapi berpeluh menitik-nitik kau! Erm.. happy la sangat! Satu pengalaman yang baru. Korang pun kene cuba jugak k!

Sekian.

Thank you for coming!