Sunday, 18 January 2015

Menikmati Buffet di Restoran Samba Brazilian Steak House Avenue K

Salam,
Ha... dalam minggu ni, InsyaAllah aku akan habiskan semua entry berkenaan AK Food Adventure yang lalu. Aku akan ceritakan satu persatu restoran yang aku telah lawati di Avenue K. Memang dah niat nak buat setiap satu entry bagi satu restoran yang aku pergi demi untuk menghargai layanan dan kemurahan hati mereka melayan aku sebagai Food Blogger pada hari tersebut. Selain itu, di bawah ni aku letakkan pautan ke Laman Web Restoran Samba tersebut jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan restoran ini.


Pose dengan replika lembu yang berada di hadapan restoran ini. Lembu merupakan salah satu binatang yang sangat berkait rapat dengan Negara Brazil. 

Kami dilayan dengan baik sekali pada hari tersebut. Bahkan manager Restoran tersebut turut turun melayan kami. Suami aku juga diberikan peluang untuk merasai semua jenis makanan yang ada di situ walaupun dia hanya sebagai penemanku. Restoran ini adalah restoran pertama yang kami lawat semasa acara Food Adventure tersebut.


Jadi, jom kita tengok makanan apa yang dihidangkan di Restoran ini. Pasti ia akan membuatkan anda kecur air liur.. haha

Tengoklah tu ada Pasta Salad

Buah-buahan segar

Potato Salad pun ada

Pelbagai jenis salad sebagai pembuka selera

Wah... Cheese!... pelbagai jenis dan ianya sangatlah lazat ok. Aku ni penggemar Cheese jadi hasruslah tidak melepaskan peluang untuk mencubanya.

Nah, nak roti apa? Garlic bread pun ada tu

Meat Loaf

Selain itu, makanan berat yang dihidangkan adalah seperti nasi, sayur, mushroom, bake bread dan sebagainya

Wah nampak segar dan menyelerakan sungguh

Aku ambiklah nasi ni jugak. Memang sedap.


Ada juga pencuci mulut ye... boleh pilih mana yang disukai

Cake



Ni di bahagian depan, dihidangkan masakan dari kentang


Ada sebuah pondok telefon sebagai hiasan di dalam restoran ini

Keadaan di dalam restoran ini adalah sangat luas dan selesa

Kerusi berkonsepkan kulit lembu hitam/putih, unik sekali



Ada yang tak boleh duduk diam di dalam kerusi nampaknya tu

Air kami pun dah sampai. Kerlass sparkling mineral mak... hihihi

"Nak nashik! Nak nashik".. sambil mengetuk-ngetuk meja

Nah makan kentang dulu nak meh

Black pepper beef sausage.. lazat ahh

Pelayan ni akan datang ke meja untuk offer hot sausage.. ni chicken sausage pulak

Kemudian, palayan tu datang lagi bawa ayam bakar

Tersenyum kegirangan mak

Ha.. ni plate yang aku ambik.. ada spagetthi, ada nasik ada mash potato ada pasta ada daging

Ha.. dia datang lagi offer kebab pulak. Memang kenyang teramat masa ni. Padahal ini adalah restoran yang pertama ni

Tak lengkap rasanya kalau tak ambik dessert

Nah.. pilihlah nak yang mana. Semua comel-comel je

Sempat juga aku merakamkan pemandangan dari sidut luar... anda boleh duduk di sini kalau sukakan pemadangan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur


Indah tersusun

Ha.. KLCC di sebelah je

Syukur. Selesai makan aku bergambar pula dengan dua ekor lembu yang gagah ini. Satu pengalaman yang menarik dan indah semasa berada di Restoran Samba Brazilian Steak House Avenue K. Pasti suatu hari nanti aku datang semula. 

Sekian, thank you for reading ya!

Keep on coming ya! Love you all!