Tuesday, 20 January 2015

Menikmati Makanan di Restoran WonderMama X di Avenue K

Salam,
Seterusnya, restoran yang aku lawati semasa AK Food Adventure atas tajaan Avenue K Mall dan Retoran-restoran yang mengambil bahagian, adalah WonderMama X. Kalau sebut Restoran WonderMama memang tak asing bagi aku kerana aku pernah mengunjunginya di Bangsar Village tempoh hari. Boleh klik di pautan di bawah ini untuk membaca.


Jadi nak tahu apa pula yang aku order di Restoran WonderMama X ini? Jom baca selanjutnya...


Restoran ini terletak betul-betul di pintu hadapan Mall Avenue K.Memang tak susah nak cari, dah masuk tu pandangla ke kiri, akan nampak restoran ini.

Ada beberapa jenis kek disediakan kepada pengunjung sebagai dessert

Selain kek, kuih muih juga disediakan ye. Special betul.

Ini adalah hiasan dalaman restoran ini, berkonsepkan santai supaya anda dapat menikmati makanan dengan rasa selesa sambil berbual-bual bersama rakan-rakan.

Jika anda mahu duduk bersendiri, anda juga boleh duduk di kerusi bar ini.

Semasa kami mengunjungi restoran ini, rekaan dalaman sangat meriah dengan konsep sambutan Hari Natal.

Selain itu, anda juga berpeluang menikmati makanan dengan harga yang sedikit murah jika dipaparkan sebagai Happy Hour

Terdapat juga kerusi untuk bersantai di sudut restoran ini

Kami duduk dibahagian hadapan kerana ingin menikmati kesibukan pekerja restoran ini melayan tetamu dan melihat pengunjung Avenue K berjalan masuk ke dalam Shopping Mall ini.



Salah seorang pekerjanya sedang sibuk menyediakan dessert untuk tetamu

Eh.. mana pulak anak aku kan... sedap di buai mimpi indah

Bergambar di lokasi tempat duduk aku
 

Selesai memilih menu yang ingin dicuba. Aku ambil yang ringan je sebab perut telah terasa agak kekenyangan..

Pilihan aku : Yakitori Beef
Rasanya seperti daging panggang.. enak sekali

Air mineral sparkling yang di order untuk menghilangkan haus

Peneman setia aku merangkap tukang habiskan makanan.. hihi

Selfie satu.. daddy sibuk bertelefon

Selain aku, ada beberapa blogger lain yang aku sempat berkenalan


Inilah penyambut tetamu yang melayan kami dengan baik pada hari tersebut. Terima kasih atas layanan mesra dan baik dari WonderMama X. Sehingga berjumpa lagi ya!


Bergambar dihadapan bunting WonderMama X


Sekian, thank you for reading guys!

See you again ya!