Monday, 19 January 2015

Menikmati Minum Petang di Tokyo Pastry Avenue K

Salam,
Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Tokyo Pastry. Dengan peluang yang diberikan oleh Avenue K dan Tokyo Pastry aku diberikan pilihan untuk mencuba satu jenis kek dan satu jenis minuman. Ohh!! Seronoknya apabila melihat deretan kek yang tersusun cantik di dalam rak kaca di cafe ini. 

AK Food Adventure, apakah yang aku bakal pilih sebagai menu pada hari itu? Jom baca seterusnya.



Membelek-belek menu yang diberikan.. Air apa yang best ni ye?


Pening membuat pilihan. Semua nampak sedap-sedap belaka

Jika anda tidak mahu makan makanan berat, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis Salad

Homemade soup ini, nampak menarik. Salah satu kegemaran eiman

Ha... kalau All Day Breakfast camni la gayanya, terus boleh skip lunch

Kami memilih untuk duduk di dalam ruang ekslusif cafe ini

Seterusnya, hiasan dalaman di dalam cafe Tokyo Pastry ini

Jika ingin lebih privasi atau mengadakan sesi perbincangan, duduk di sini adalah sangat sesuai


Ada juga dijual Kek Cheese yang dibakar segar

Ha... macam mana nak pilih ni.. aduh.. pejam mata one two som jela!

Crepe yang enak-enak sekali. Aku memang hantu kek.. tak puas kalau makan satu. Lainkali kena repeat sekali lagi

Kek dan Pastry

Yang ini adalah lokasi di luar, yang tadi di dalam

Eiman dan daddy masing-masing tak sabar nak makan kek yang aku pilih

Wah... ni lah dia kek yang aku pilih. Nampak macam lazatkan?

Inilah Passport yang perlu ditunjukkan semasa mengunjungi Restoran yang disenaraikan

Semestinya pilihanku Smoothie

Bergambar dengan Air dan Kek yang dipilih


Pelbagai jenis roti juga dijual di sini

Alhamdulillah, kami puas hati dengann layanan dan makanan yang disediakan. Sungguh enak dan lazat sekali. Kami pasti akan kembali ke Tokyo Pastry. Akhirnya, bergambar dengan gadis comel yang sanggup melayan kerenah kami. 

Thank you Tokyo Pastry Avenue K, sehingga kita berjumpa lagi.

Sekian. Thank you for reading guys!