Friday, 2 January 2015

Pengalaman 2014 - Penyakit Jangkitan Paru-paru / Bronkitis kepada Bayi

Salam,
Pada Januari tahun 2014 yang lalu, ada satu kisah yang aku nak kongsikan dengan semua. 

1) Kami ke Jepun bulan 12,  2013
2) Bulan 1 - Pulang dari Jepun, eiman jadi tak sihat
3) Disahkan jangkitan kuman dalam paru-paru
4) Doktor paksa untuk anak kami di tahan di wad
5) Hampir 5 hari berada di Hospital KPJ Ampang
6) Pengalam berharga sepanjang kesusahan menghadapinya



Apa itu bronkitis - merujuk pada WIKIPEDIA
Bronkitis merupakan keradangan pada membran mukus bronkus (salur udara besar yang mengalirkan udara dari trakea ke bahagian distal parenkima paru-paru).Bronkitis terdapat dalam dua kategori iaitu akut and kronik. (maklumat lanjut boleh lawat web wikipedia di atas)

Kisahnya bermula semasa eiman mencecah umur 11 bulan. Balik dari Jepun, dia mula batuk-batuk, hingus banyak, diikuti badan panas dan suka menangis. Masa tu kami ke Ipoh, rumah saudara sebab ada kenduri. Nampak macam eiman tak larat, aku memang jenis takkan tangguh kalau eiman demam je aku akan terus bawa ke klinik atau hospital. Maklumlah background keluarga aku ni memang kerja hospital. Dari kecik arwah ayah dah latih begitu. 

Aku masih ingat hari Sabtu, kami ke Pantai Hospital Ipoh. Ramai dan lama tunggu. Lepas doktor check, dia kata dada eiman ada bunyi. Kemudian, dia terus suruh ambik nebulizer. 


Balik tu banyakla ubat doktor tu bagi. 

Balik dari Ipoh, demam eiman masih tak kebah, batuk makin teruk dengan hingus banyaknya. Nampak dada dia susah nafas. Petang dalam pukul 6 tu, badan Eiman dah naik panas sampai 39 darjah celcius. Aku cepat lap dengan air dan kemudian mandikan dia supaya demam kebah. Bila suami aku balik je kerja pukul 7 kami terus bawa eiman ke Hospital KPJ Ampang. 

Aku bergegas ke Emergency, cakap anak aku panas dan terus mereka suruh bawa eiman masuk. Dalam hati ini Allah sahaja yang tahu. Masukkan ubat dalam bontot. Doktor check dada.. Buat suction hingus kahak sehingga eiman menangis sekuat-kuatnya. Kemudian dia panggil kami masuk dalam bilik. 

"Anak you kena tahan wad!"..kata Doktor
Aku mengangguk setuju. Kalau itu terbaik aku serah pada doktor.
"Kalau tak masuk wad tak boleh ke doktor? Bagi ubat je" tiba-tiba suamiku mencelah
"Tak boleh! Dada dia sudah ada infection, kene jumpa pakar kanak-kanak" kata doktor
Beberapa ketika semasa berbincang, suami aku agak bertegas supaya eiman boleh balik.. sehingga doktor suruh kami sign surat menyatakan semua risiko atas tanggungan sendiri. 

Aku pujuk jugak suami agar bersetuju masukkan eiman ke wad "Doktor lebih arif dan tahu akan keadaan anak kita bang".. namun suami nampaknya tak suka juga eiman admit.

Bila nurse pasang je jarum di tangan, eiman dah hilang suara sebab menangis lama dengan prosedur tadi. Dah tak ada bunyi uwaa. Aduh!! luluhnya hati aku. Saat itulah ujian kesabaran sebagai suami isteri begitu hebat sekali. Suami aku pun dah mula hilang sabar melihat eiman dilayan selamber je oleh misi kat situ. Aku pulak, fikirkan yang terbaik buat eiman. Mereka lebih arif hal ini! aku paham dia marah sebab takut eiman sakit jarum! "Bukan anak kita je sakit, banyak kes dia dah handle la dd! "... bentak aku.

Bergenang mata aku, aku keluar dan telefon mak mertua. Tak dapat aku tahan sebak di dada. Menangis aku!

Malam tu kami tak tidur, mana taknya eiman tak tidur sebab tak selesa dengan jarum drip air di tangan. 5 hari kami bersusah payah, mengikuti setiap program yang di aturkan untuk eiman terutamanya Fisioterapi. Menangis la budak tu kene tepuk pastu tak biasa pulak dengan orang. Suction 2 kali sehari pulak tu.  

Terima kasih daddy, kita berjaya harunginya bersama. Kesian suami aku, penat kerja malam. 

Jarum ni entah berapa kali pasang. Ada sekali tu, eiman sentap jarum sampai berdarah meleleh keluar. Aku panik giler keluar menjerit panggil misi. Memang eiman rimas sangat pasang jarum dan air ni. Kesabaran di tahap tertinggi sebab kena perhati dan tengok dia setiap masa.


Alhamdulillah Eiman semakin baik dan memberi tindak balas positif dengan antibiotik yang doktor beri. 5 hari aku berkampung di sini. Suami aku pula kerja shift malam. Mak mertua la yang datang temankan kami waktu malam. Terima kasih mak atas jasa bantuan mak. 

Hari ke 5 doktor bagi kami pulang. Tapi banyak prosedur yang kena uruskan dulu. Ubatla, bil la.. erm.. total semua RM 5500. Kami bayar RM 500 yang tak cover sebab upgrade bilik. Yang lain Insurance Eiman yang bayar. Alhamdulillah. 

Ha.. dah bukak jarum.. aku tinggal kejap je nak ambik gambar bilik. Dah digigit nya kapas kat tangan dia. Aduh! Eiman oh eiman..

Lewat kami keluar dari Hospital. Singgah makan di Nandos.. lapa oii.. Muka eiman pun dah ceria balik. Syukur Ya Allah.

Yang paling best sekali...

Suami aku dah mula faham kenapa anak kena bawak klinik/hospital cepat2 kalau demam/sakit, kalau kena tahan wad pun tahan jela.

"BB .. betul la cakap awak.Eiman memang kena masuk wad rupanya. Paru2 dia banyak kuman dah. Kalaula abang berdegil jugak, apa la nasib agaknya"

Aku senyum je.. berbaloi aku mempertahankan eiman untuk admit jugak.

Cerita ni aku tak kongsi pun di blog sebab hati resah gundah gulana berkepit je dengan eiman lepas dia baik. Tahun 2014 tu jugak aku berpindah jabatan. Lagi lah sibuk uruskan segala macam mak nenek. Tapi, pengajaran yang aku nak kongsi kat sini adalah:

1. Sentiasa waspada bila anak kurang sihat sepeti demam batuk dan selsema
2. Cepat ke hospital/klinik kalau anak dah demam panas/lembik/muntah
3. Jangan melawan cakap doktor kalau dia suruh masuk wad
4. Sentiasa bersabar dan hadapi dengan tabah apa sahaja dugaan mendatang
5. Anak perlukan kasih sayang sepenuhnya dari ibu bapa semasa sakit
6. Jangan berlengah! Kesihatan anak itu penting!

Sekian. Thank you sebab rajin singgah blog ai! Semoga tahun 2015 merupakan tahun yang lebih baik dari tahun 2014. Amin.