Monday, 9 February 2015

Bercuti dan Menginap di Hatten Hotel, Melaka

Salam,
Hye semua.. so today i nak kongsi cerita i bercuti beberapa minggu lepas. Actually, percutian itu memang mengundang amarah kepada kakak aku.. sebabnya aku pergi tak ajak dia. Yerla, kalau aku ajak pun belum tentulah dia nak ikut sebab hari bekerja, Ahad-Selasa. Bukan dia je terkejut, laki aku pun terkejut. haha.. 

Ok meh aku story, Ahad petang tu, aku ambik mak di RnR Sungai Buluh (abang aku drop kat situ, dia nak balik Nilai).. tujuan mak aku ke KL sebab nak uruskan Insurance dia. Minggu tu aku dan husben memang cuti, saja je nak bawak mak jalan-jalan. Ada jugak husben aku tanya, nak pergi ke mana? Aku pun tak tahu nak ke mana.. takda plan. Dalam perjalanan nak ambik mak aku di RnR Sg. Buluh tu, aku terus cakap kat suami aku... 

"Abang! Jom ke Melaka!!"



Apa lagi, melompat lah dia.. "Betul ke awak ni??" .. jawabku "Betullah! tapi jangan bagi tahu mak!" 

Baju kami memang dah ada dalam bonet sebab kami nak balik rumah di Setiawangsa, jadi tanpa ragu-ragu lepas ambik mak, husband aku terus memecut kereta ke lebuhraya menuju ke Bandar Melaka!.. Memang gila, hotel tak tempah, perancangan langsung tak ada, duit??... ermm takpe, semua bisa diurus. Yang penting Perdana Menteri merangkap driver setuju... Off we go!

Dalam kereta tu, mak aku dah perasan, "Eh.. kita ni nak ke mana ni?Ini bukan jalan ke rumah kamu ni" Aku senyum-senyum je jeling laki aku, "ehh...tahu pulak mak aku ni jalan ke rumah aku" bisik aku di dalam hati. "Kita nak ke mana ni?? bentak mak aku lagi sekali, kali ini lebih kuat suara dia.. Aku ketawa kecil sambil menyahut "Mak ikut jela!"..

"Eiii.. bertuah kamu ni! Mak tak bawak baju jalan-jalan! dan bla bla bla"..membebel la mak aku berbakul-bakul dalam kereta. "Hahaha.." ... aku ketawa je.

Sampai di Melaka, kami drop di beberapa hotel untuk check rate dan aku mencari chemistry dengan hotel-hotel ni, dan akhirnya aku rasakan aku paling suka di Hatten Hotel. Bila masuk je hotel ni terus tercium bau wangi. Oh.. menenangkan selain itu, hotel ini pun hotel baru. Nak tengok bilik? Jom..

Bilik dua katil

Ada 2 TV besar dalam ni

Ruang beristerhat

Ni ha.. TV satu lagi

Selesa bilik airnya

Eh... anak aku ni laju je dia kan..

Sebenarnya, mak aku memang seronok kalau bab berjalan ni, kalau boleh hari-hari jalan pun takpe. kikiki.. perangai tu turun kat aku, dan nasib baiklah husband aku ni jenis kepala layankan jela isteri gila dia yang suka buat keputusan mengejut-mengejut ni kan.. hihi. Thank you abang sebab selalu jadi suami yang sporting. hihi

Malam tu kami makan di Umbai, nanti aku share di entry seterusnya. Di hotel ni, kami lepak-lepak berehat dan esok pagi pergi Breakfast. Nak tengok tak breakfast kitorang? Makan sampai nak termuntah!

Yang penting kena bagi Eiman makan dulu, kalau tak huru hara!

East meet West nama Menu untuk anak aku.. hihi

Mak makan salad tu...

Ha.. tengok betapa cerianya muka mak aku tu.. dah bersinar-sinar dan berseri-seri ... hihi

Buffet... pilih-pilih mana suka



Pau la seketul pau ni!

Carrot cake ni.. sedap!

Buat makan kudap-kudap

Bubur pun ada, kalau ada anak kecik suka la ni


"Coffee or Tea sir?"

Kau mampu makan lagi?


Roti pun aku bedal jugak

Meat or Chicken Loaf? with Cheese anyone?

Ha.. macam-macam makanan ada boleh pilih. Mak aku la habis semua dia rasa... memang puas hati katanya duduk di sini.. Terbaik! Siap cakap nak datang lagi sekali bawak Pika (anak buah aku) pulak.. hihi..


Kek Pisang, Kek Carrot dan PAU!

Lepas makan, perut kenyang kami pun lepak-lepak di tepi Swimming Pool... cantik woo..


Angin kepus-kepus kuat sebab dekat dengan laut

Aku tahu eiman tu bergelodak je dia nak main air

Wow! Seksehhh!

Layankan budak tu rendam kaki je sampai habis basah seluar. Memang aku tak kasi masuk air sebab eiman tengah selsema.

Selesai kami lepak-lepak di Swimming Pool, kami balik ke bilik untuk berkemas-kemas dan meneruskan perjalanan ke Johor pulak. Mak aku memang tak tahu lagi, dia ingat dah nak balik KL la lepas ni.. kih kih kih... sekali sekala seronok juga buat macam ni. huhu

So bergambar di Lobby Hotel selepas Checkout. Oh lupa nak bagitahu, Hotel di sebelah Mall.. Dalam satu bangunan.. best je nak cuci-cuci mata kan..
Aku bersama anak yang huru-hara ke sana ke sini

Aww...

Perdana Menteri

"Tangkap gambar mak kat sini!"... katanya

Nak jugak!

Cantik kan sofa-sofa dia..

Reception.. belah kanan, mall belah kiri.. perdana menteri tengah-tengah

 I love u mak!

Siling hotel.. di hiasi lampu-lampu 

 Kemudian, kami meneruskan perjalan menuju ke selatan.. Off we Go!! Wehuuu!

Entry lepas ni aku update pasal makan di Umbai. Mak aku suka giler.. dia cakap nak bawak Pika jugak. hihi..
Sekian. Thank you singgah sini.. Best tak best tak?