Wednesday, 4 February 2015

Makan Daging Sedap di Ayer Rocks, Wangsa Maju

Salam,
Hye kawan-kawan.. apa khabar semua? Harini aku nak berkongsi cerita makan. Lokasi makan di Wangsa Maju je, tak jauh dari ofis ai. Nama Restoran ni Ayers Rock (Butcher and Grill). Wah.. va va vasss nama dia. Aku pernah dengar nama kedai ni, memang tahu ada satu di Avenue K tapi belum berkesempatan nak singgah lagi. Jadi, pada tengah hari nan hening dan panas itu, kak Byha merangkap geng makan telah bersepakat dengan kaki makan ini (akula) untuk makan di Ayers Rock ni. Kak Byha memang dah biasa makan di sini, sebab abang yang jaga kaunter ni memang kenal dengan kak byha.. siap boleh dapat diskaun lagi sebab pengunjung setia. So... nak tengok menu yang kami order?.. Jom layan!

Selfie wajib!


Dekat kaunter tu la abang yang bagi diskaun pada kak byha. Dia cakap dekat kak byha "U selalu datang sini kan?".... hahaha.. kak byha ketawa la siap bagi tahu dia datang bawak aku dan kak byha mention "Kawan saya ni blogger!" ... ewah.. tetiba plak rasa macam glamer mak kene promote gitu. mih mih mih.


So deko-deko dalam kedai ni ala-ala koboi la skit.. tema warna memang terang-terang nampak merah ye.

Ada banyak lagi tempat duduk.. jangan gaduh-gaduh ye, duduk je mana-mana suka k.

Kak byha dan aku yang suka makan. Tengokla pipi aku tu, dari kempis jadi kembong lepastu kempis lepastu kembong balik. ni tengah kembong.. ahh.. nak diet sikit la.

Nah.. taraa!! eiii sedapnya. Lapa la pulak ni. adoi sedapnya sedapnya! ni aku punya... uhh air liur meleleh-leleh

Ni kak byha punya.. erm.. nyam nyam nyam!

Selflauk dulu sebelum makan

Ni daging kambing aku.. memang sedap di cicah sos putih tu. Isk isk.. napala aku update cerita makan.. kan dah lapo tetiba ni.. adoi.. sedapnya!

Nah daging dicelah tulang kambing... memang laju je aku makan. 

Kemudian, abang nizam ni bagi name card dia. hihi.. nah aku publishkan kalau korang nak buat event kat sini ke kan... boleh contact dia. Kalau nak singgah makan tu ada alamat dia.

Kak byha punya daging besar giler so tak habis, bungkus bawak balik. Malam boleh sambung makan lagi. 

Taraaa! resit ... macam-macam jenis daging ada kat sini, pilih aja mana-mana suka. Kemudian, boleh pilih jugak nak berapa kilo punya daging. Hebatkan?

Wehu!.. syoknya makan. Ok malam ni nak makan daging grill lagi la. Lapa la pulak ni. kikiki jom jom!

Ok.. tu je, nak bagi korang cuci mata dengan makanan. Thank you korang sebab sudi baca. Sayang korang ahh!

Sekian.