Sunday, 22 February 2015

Mee Rebus Tulang di Restoran Sup Tulang ZZ, Kempas Johor

Salam,

Aku: "Mak, dah habis dah percutian kita ni mak. Harini kita balik KL ye"
Mak :"Iyelah, balik ler nak ke mana lagi pun.. "
Aku : " Mak seronok tak berjalan ni?"
Mak :"Seronok! seronok sangat! Lainkali kita pergi jalan lagi ye, pergi Melaka lagi bawak Pika. Kita pergi hotel tu lagi seronok hotel tu (Hatten Hotel)."
Aku :.. aku tersenyum je..

.. rasa puas sebab dapat kotakan janji nak bawak mak pergi jalan-jalan. Walaupun dalam Malaysia je,ia dah membuatkan kami rasa amat gembira dan seronok. (memula janji nak bawak gi jauh sikit tapi mak takut pulak naik kapal terbang).  

Sebelum pulang ke KL, kami singgah makan tengah hari di Restoran Sup Tulang ZZ. Dengar cerita Mee Rebus kat sini power!


Aku ingatkan sebelah dia ni kedai lain sebab sign board dia berbeza, tapi rupanya kedai yang sama.

Husband aku dengan mak makan nasi. Tak nak Mee Rebus katanya. Jadi aku sorang jela yang makan mee rebus. 


Taraaaa!.. Mee rebusku sudah sampai... Ayuh sedut ayuh!!

Kuah Mee dia memang pekat lah. Daging di tulang ni pun lembut je.. memang sedap dan sampai licin aku bedal sorang2.


Kedainya biasa je, selain jual mee rebus ada juga nasi dan lauk pauk lain. Ada juga goreng pisang dan kerepek2..



Mak anak selfie

Aku :Eiman pose eiman....
 Eiman: Tak Kuasa!

Peace 5 jari dan stokin sebelah je.. sebelah lagi basah kene tumpah air. Sabo jela.

Mak yang gembira nak balik KL

Disebabkan mak lama dengan kami, eiman seperti dah terbiasa ada opah duduk dibelakang. Sampaila aku hantar mak pulang, eiman jenguk lagi ke belakang bertanyakan opahnya di mana. Erm.. 

Alhamdulillah 4 jam setengah perjalanan pulang eiman lena di pangkuan aku. Cam biasa aku la yang kejang otot sebab tak bergerak. hahaha.. syukur selamat pergi dan pulang,Walaupun percutian kami tak dirancang, ia bukanlah satu masalah dan halangan untuk kami berseronok. 

Terima kasih semua kerana sudi singgah membaca, InsyaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada highway!! haha ok bai.

Travelogue Percutian ke Selatan :