Tuesday, 10 February 2015

Peraduan Malaysia’s Best Momazing Moments oleh Scott’s®

Salam,
Hye semua, harini aku nak berkongsi maklumat dengan pembaca blog ini mengenai pelancaran Kempen “Malaysia’s Best Momazing Moments Contest by Scott’s®” pada hari Khamis 29 Januari 2015 yang lalu bertempat di Kidzania, Mutiara Damansara. Kempen Momazing ini adalah betujuan untuk mengiktiraf dan meraikan ibu dan detik-detik istimewa yang mereka alami sebagai ibu. Jadi, jom baca selanjutnya apa yang istmewa dengan kempen #Momazing ini...



Seperti yang kita sedia maklum, Scott’s® Emulsion adalah produk kegemaran Malaysia dan disukai seisi keluarga sejak sekian lama. Semenjak aku masih kecil ibuku akan menyuapkan aku sesudu Scott’s® Emulsion setiap hari dan kini, aku pula meneruskan amalan pengambilan Scott’s® Emulsion kepada anak aku bermula dari umur 6 bulan hingga kini berusia 2 tahun. Terima kasih ibu kerana memberikan yang terbaik buat aku. Oleh itu, sempena menghargai detik-detik manis diantara ibu dan anak, Scott’s® telah melancarkan satu kempen pencarian Top 10 “Momazing Moments", dan semua ibu bapa Malaysia diseru untuk berkongsi detik-detik momazing mereka melalui platform media sosial Scott’s® Malaysia.

Wah! Membuatkan aku rasa rasa teruja, seronok dan dah tak sabar nak masuk peraduan pencarian ini.

Pada hari tersebut, Cik Katharine Chen, Pengarah Pemasaran GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare Malaysia memberikan gambaran keseluruhan mengenai Kempen #Momazing Scott’s® yang akan bermula pada 1 Februari 2015 dan berakhir pada 28 February 2015 ini.



Selain itu, Cik Gay Li Tan, Pengurus Pemasaran Global Pakar Pemakanan GlaxoSmithKline Consumer Healthcare, juga turut hadir dan berkongsi maklumat mengenai "Pemakanan di Malaysia: Apa yang anak-anak kita perlu".

Sebagai pengetahuan, menurut beliau, " Scott’s® Emulsion kaya dengan Omega-3 asid lemak DHA, salah satu keperluan utama otak. Dalam perkembangan kanak-kanak, keperluan tahap DHA yang lebih tinggi adalah penting bagi pertumbuhan sel-sel neuron. Pengambilan harian Scott’s® Emulsion membantu pembangunan sokongan otak dan pertumbuhan keseluruhan, terutama dalam perkembangan kanak-kanak, berikan mereka dos yang betul seperti yang diperlukan iaitu DHA dan Vitamin A dan D. "


Panel yang ketiga pula adalah Pengurus Pemasaran Penjagaan Kesihatan Pemakanan, GlaxoSmithKline (GSK) iaitu Encik Alan Tan yang menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan peraduan #Momazing ini yang  mencari "Top 10 #Momazing Moments Scott’s®" di Malaysia.


Beberapa keping gambar untuk dikongsi semasa hari pelancaran tersebut.



Kanak-kanak cilik yang telah membuat persembahan Momazing Moment bergambar bersama Cik Gay Li Tan dan Cik Katharine Chen.


Sesi soal-jawab bersama ahli panel Cik Gay Li Tan dan Cik Katharine Chen.

Novaleeza bersama MC lady pada hari pelancaran tersebut.

Bloggerati Nuffnang  @Fillanie dan @Fourfeetnine yang hadir ke Majlis Pelancaran “Malaysia’s Best Momazing Moments Contest by Scott’s®”

Dan rakan blogger mummy yang hadir juga pada hari tersebut.

Kak Pila and me, blogger mommy


Seterusnya, apakah langkah-langkah untuk menyertai peraduan ini?...

1. Rakamkan detik istimewa anda dan anak tersayang.

2. Hantarkan detik istimewa tersebut dengan hashtag #Momazing dan #ScottsMY beserta kapsyen ringkas yang menerangkan detik Momazing tersebut melalui Facebook comments, Twitter atau Instagram (di dalam bahasa Inggeris).

3. Sahkan penyertaan anda dengan melawati Facebook Scott’s® Malaysia dan hantarkan maklumat berikut melalui “Direct Message”:

a) Nama anda di FB/Twitter/Instagram
b) Pautan terus ke ‘Post/Gambar’ yang anda telah muat naik
c) Nama Penuh
d) Alamat Emel
e) Nombor Telefon
f) Perhubungan dengan kanak-kanak tersebut
g) 4 nombor terakhir sijil kelahiran anak tersebut

4. Tempoh peraduan : 1 Februari 2015 hingga 28hb Februari 2015.

5. Anugerah akan disampaikan pada 11 April 2015 dan diumumkan pada Laman Facebook Scott’s® Malaysia.


Semasa aku update di Facebook mengenai peraduan ini sudah ada yang bertanya apa hadiahnya?

1. Penyertaan 100 yang pertama layak menerima Hamper Scott’s®.

2. 10 pemenang adalah berdasarkan 100% undian (Likes).

3. Pemenang utama akan menerima plak 'Momazing Moment Terbaik Malaysia', 4X LEGOLAND tiket dan Hamper dari Scott’s®.


Wah! Bestnya! Boleh bercuti ke Legoland dan 100 penyertaan pertama layak menerima hamper Scott’s®! Jom kita pakat masuk peraduan ni jom!

Jadi untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh melawat ke pautan berikut:

Laman Web Momazing – http://www.scottsmomazingmy.com

Scott’s®,makanan tambahan untuk kesihatan kanak-kanak, dan produk daripada GlaxoSmithKline (GSK), satu jenama penjagaan kesihatan dipercayai diiktiraf oleh masyarakat dan keluarga di Malaysia selama daripada 85 tahun.

Thank you Scott’s® di atas cenderahati yang diberikan. Saya akan sentiasa berikan yang terbaik buat anakku. Terima kasih juga buat Nuffnang kerana sudi menjemput saya ke majlis pelancaran tersebut.



  
“Every Mother’s Dream”


Terima kasih kepada semua kerana singgah ke blog ini dan terus memberikan sokongan.
Sekian.