Friday, 20 February 2015

Selera Makanan Laut di Umbai Medan Ikan Bakar, Melaka

Salam,
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Seronok weh cuti 4 hari berturut-turut. Ke mana agaknya korang bercuti ye? Keluarga kecilku tak ke mana pun, memandangkan suamiku sibuk bekerja. Takperla tak cuti pun, asalkan dapat lepak rumah bermain dengan anak pun dah cukup seronokkan. 

So, meh aku sambung cerita percutian ke Melaka bulan lepas. Malam tu setelah kami berseronok-ronok di Hotel Hatten,Melaka kami menuju ke Medan Ikan Bakar Umbai yang terletak di Pantai Umbai, Jasin-Melaka. Kalau dari Hotel yang kami duduk lebih kurang 30-45 minit ke sana. Nak tengok tak apa yang kami order untuk makan malam? Jom!...layan.... 


Medan Ikan Bakar Umbai ni memang akan sentiasa ada pengunjung, Ada banyak deretan kedai yang menjual masakan panas yang sedap-sedap belaka. Korang boleh pilih je kedai mana yang suka dan pilihlah lauk apa yang berkenan untuk dimasak. Malam tu, kami berkunjung ke kedai No. 16. 

Selain nasi panas, nasi lemak juga ada di jual di sini. Kalau mengidam nak makan nasi lemak bungkus bolehla berkunjung di sini.  Aku tak makan nasi lemak ni jadi tak dapat nak komen rasa dia macam mana, tapi aku rasa nasi lemak tu memang panas lagi lah. 





Taraaa.. yeay lauk dah sampai. Kami order siput buluh. Ini kali pertama mak aku rasa siput buluh ni dan dia suka pulak. Kalau siput buluh ni masak pedas memang membuka selera. Nyam nyam... Selain nama Siput buluh ia juga dikenali sebagai Ambal.

Menu kedua adalah Ikan masak 3 rasa (masak separuh)

kerana separuh lagi dibakar.. nyam!

Sotong goreg tepung wajib ada

Cicah..

Dan seterusnya ialah Udang Butter.. kecur liur aku.

Licin lincau disebat oleh kami bertiga. Alhamdulillah.

Tak silap aku Medan Ikan Bakar ni tutup agak lewat dalam pukul 1 pagi. Kalau salah tolong betulkan. Dan masa aku sampai di Umbai ni pun dah agak lewat dalam pukul 10 lebih jugakla. Mak pun seronok nampaknya dan dia bercadang nak bawak pika makan di sini. hahaha... mesti ingat kat Pika walau di mana sahaja mak berada. kikiki... 

Ohya, kalau korang nampak sepanjang percuti Melaka-Johor aku ni aku pakai tudung yang lebih kurang sama je kan.. sebabnya ialah.. aku lupa nak masukkan tudung. dalam beg. hahahha... so tibaila tudung mak kan. hahahaha.... Jadi, jumlah makanan kami hari itu lebih kurang RM 86++.  

Ok, sekian. Terima kasih kerana sudi singgah. Lepas ni aku ceritakan perjalanan kami menuju ke Selatan... Johor kami datang!

Travelogue Percutian ke Selatan :